Wednesday, January 25, 2012

Ronda-Ronda CNY


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hmmm...bagi mereka2 yang bekerja, hari ini dah mula bekerja semula setelah bercuti selama 4 hari (termasuk Sabtu dan Ahad) sempena Tahun Baru Cina. Hubby pun sama juga. Tapi hubby cuti 3 hari sahaja sebab hari Sabtu lepas  kena giliran dia bekerja..alternate Saturday. 3 hari cuti tersebut kami tidak ke mana2. Cuma stay di rumah sahaja sambil melayan anak2 dan mengambil kesempatan juga merubah penampilan dalaman rumah. Bukannya buat apa pun...ubah sana ubah sini je.

Hari Isnin lepas, kami memutuskan untuk bersarapan di luar. Biasalah...tempat pilihan ialah Restoran Sasa sebab di situ ada banyak pilihan menu. Kami bersarapan pun dah hampir jam 10:00 pagi. Biasalah...cuti2 sekolah ni, anak2 bangun lewat dari biasa. Lepas bersarapan, kami menuju ke Taman Molek sekejap. Ada urusan kerajaan...hihihi. Dari Taman Molek, kami membeok ke kiri menuju ke JB melalui Carefore Jalan Tebrau. Hmmm...destinasi tak tau ke mana lagi. Saja je ikut langkah kaki. Langkah kaki??? Berjalan ke kaki je ke??? Eh...silap! Bukan ikut lagkah kaki tapi ikut kawalan stereng.....

Akhirnya kami menuju ke Danga Bay.


Tak turun dari kenderaan pun. Duduk2 dalam kereta sambil tengok2 pemandangan tengahari tu.



Dalam pada kami berhenti sekejap di Danga Bay tu, hubby dan saya berbincang2 nak menuju ke mana. Hubby bercadang nak ke Tanjung Piai tapi tak tau nak menuju ke mana...ikut arah mana. Kami pun Google la tapi tak jumpa pulak Tanjung Piai. Tapi hubby yakin ianya terletak dekat2 PTP. Iye ke?? Akhirnya kami pun meneruskan pemanduan. Arah tujuannya ialah ke arah PTP.

Dari Danga Bay, kami belok ke kiri. Keliru juga jalan di JB ni...semuanya dah dinaiktaraf. Kami pun ikut je papan tanda yang menuju ke Nusajaya tu.

Tak jauh dari simpang tersebut, ada lagi papan tanda arah...satu untuk ke Nusajaya/Gelang Patah, satu lagi untuk ke pusat bandar. Isshhh...nak ke mana ni? Tertanya2 saya dan hubby sesama sendiri. Akhirnya hubby ikut lorong kanan...ke Nusajaya/Gelang Patah. Hahaha...ikutkan ajelah!
Sampai di satu simpang, jalan nak ke Nusajaya tu nampak macam di tutup. Ada notis kat situ yang tertulis "Hanya untuk kenderaan pembinaan sahaja". Tapi jalan yang itulah yang menuju ke Nusajaya/Gelang Patah. Kalau ikut jalan satu lagi tu, ianya dah berpatah semula ke JB. Akhirnya kami masuk je ke jalan yang menuju ke Nusajaya tu. Kami tengok banyak kenderaan yang mengikut jalan tersebut. Kami pun ikut redah juga.



Setiap kali tiba di persimpangan lampu isyarat ataupun tanpa lampu isyarat, mulalah kami "terkeliru" nak ikut arah mana. Akhirnya kami ikut je ke arah Gelang Patah. Jalan punya jalan, akhirnya sampai ke Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Hahaha...!!!! Bukannya boleh masuk pun ke PTP tu (agaknya la...). Sampai kat depan entrance tu, kami pun buat pusingan U. Sambil memperlahankan kenderaan, saya pun snaplah apa yang ada.
 
 



Pengalaman pertama sampai hingga ke PTP. Dari PTP kami berpatah balik ikut arah Gelang Patah pulak. Sampai di simpang empat, kami ada 4 pilihan samada nak terus, ke kiri, ke kanan ataupun berpatah balik. Kami ke kanan dulu...menuju ke Leisure Farm. Entah apa ada kat situ agaknya.  Jauh juga dari simpang empat tu. Oooo...golf resort rupanya. Ingatkan apa tadi. Akhirnya kami berpatah balik ke simpang empat tadi.






Dari simpang empat tu, kami menuju ke arah Jabatan Laut Malaysia dan Pelabuhan Marin. Ingatkan tentu ada pelabuhan yang menempatkan bot2 dan kapal Marin. 



Ke kiri menuju ke Jabatan Laut Malaysia dan yang ke kanan tu pulak menuju ke Kastam Diraja Malaysia. Kami ke kiri dulu.

 Sampai di depan ni, kami berhenti. Bukannya ada apa2 pun. Cuma pejabat agaknya. Di sebalah kiri bahagian ini adalah kuarters kakitangan mereka. Hmmm...berpatah lagi kami. Masuk ke lorong kanan kat simpang tadi tu, kami jumpa yang ini pulak.


 Kompleks Penguatkuasaan Kastam Sungai Pulai, Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Memang betul peribahasa Melayu ada menyebut, "BANYAK BERJALAN, LUAS PANDANGAN". Memang luas sangat pemandangan kami. Tak pernah2 kami sampai ke tempat2 yang tak pernah terlintas difikiran. Akhirnya kami sampai juga ke sana.

Aduiiii...penat dah sebenarnya. Anak2 pun dah bertanya, tak turun mana2 ke. Mana tidaknya, sepanjang perjalanan asyik duduk dalam kereta aje. Tak turun mana2 pun. Akhirnya kami memutuskan untuk balik ke Pasir Gudang. Dalam perjalanan balik tu, kami berhenti sekejap di tepi jalan yang ada kerangka2 besar ni. Dalam perjalanan pergi tadi dah nampak tapi tak sempat nak berhenti. Agaknya inilah lokasi Legoland tu kot....!






Hajat nak terus balik ke Pasir Gudang kami tangguhkan dulu. Kami singgah kat Jusco Bukit Indah dulu. Pernah 2,3 kali lalu kat sini tapi tak pernah singgah. Kiranya inilah kali pertama kami ke Jusco Bukit Indah ni. Dah agak dah, mesti tak banyak kedai yang bukak. Mana tidaknya, hari pertama CNY. Tak apa...bagus! Mesti tak sesak dan tak banyak RM yang melayang! Hahaha....

Jusco Bukit Indah.








Memang banyak kedai yang tutup. Kami pun bukannya rancang nak beli apa2, sekadar nak jalan je. Dah penat pusing2, kami ke food court pulak. Apa lagi...makanlah!!!




Lepas makan, barulah kami balik. Tapi sebelum melangkah keluar dari Jusco tu, kami singgah kat kiosk jual keledek dan berangan tu dulu. Beli keledek bakar hampir 1kg dan 3 paket besar berangan bakar. Makan panas2...memang sedap!!!!



Tuesday, January 24, 2012

Lempeng Gulung Sambal Ikan Bilis



Lempeng Gulung Sambal Ikan Bilis. Hidangan sarapan pagi yang ringkas dan cepat. Cepat ke? Tak le jugak sebab ambil masa untuk menyediakan sambal ikan bilis tu. Nak masak lempeng tu pun perlukan masa juga. Nak buatnya memanglah senang. Sekadar bancuh tepung + telur + garam + susu segar. Lepas tu layangkan di atas kuali leper. Tapi sebab kena buat satu persatu, itu yang ambil masa sedikit.


Nak digulung dengan sambal ikan bilis tu, sekejap aje. Ratakan sambal ikan bilis di atas permukaan lempeng dan gulungkan. Sambal ikan bilis tu boleh juga digantikan dengan apa2 inti ataupun filling yang disukai...ikut citarasa sendirilah. Kalau ditukar dengan bluberi pun sedap jugak!!!


Kalau tak nak digulung dengan sebarang inti ataupun filling boleh jugak. Lempeng kosong itu sendiri dah secukup rasa. Adik makan lempeng kosong aje. Dia tak nak digulung dengan sambal.


Nak resepi? Nantilah...ada kelapangan lepas ni saya muatnaik kat blog Dari Dapur Azita Zain ya.

Monday, January 23, 2012

Apam Polka Dot Dan Walla Chocolate Cake



Hari Sabtu minggu lepas, hubby ada terima jemputan untuk ke majlis khatam al-Quran anak rakan sekerjanya. Tapi kami tidak dapat untuk menghadiri majlis tersebut kerana balik ke kampung hubby untuk melawat emak mertua yang sakit. Jadinya hubby minta saya buatkan sedikit juadah ubtuk disumbangkan kepada rakan sekerjanya. Malam tu saya pun buatlah apam polkadot ni. Juga sebiji kek cokelat.


Kek Cokelat Walla ni saya toppingkan dengan chocolate ganache saja, lepas tu tabur dengan almond nibs. Ringkas.


Dalam perjalanan balik ke kampung tu, kami singgah di rumah beliau di Taman Kota Masai. Berjumpa dengan isterinya saja sebab rakan sekerja tu tak ada di rumah. Beliau ke UniKL, membawa anaknya untuk menerima anugerah sekolah. Lepas berbual sekejap, kami pun minta diri. Sebelum tu, kami diberikan goodies bag...untuk anak2. Terima kasih ya tuan rumah!

Sunday, January 22, 2012

Daging Masak Lada Hitam Dan Sup Sayur Lagi...



Kat rumah ni jarang sekali masak daging. Anak2 memanglah suka tapi sebab hubby tak makan daging, so jarang2 sekali kami membeli daging. Tapali kali ini kami beli juga...untuk anak2. Anak2 memang suka makan daging terutama kalau dimasak rendang ataupung masak lada hitam ni. Tak payah makan dengan nasi...ratah gitu je boleh habis lauk tu!



Kali ini saya masak Daging Masal Ladi Hitam ataupun juga dikenali sebagai Daging Blackpepper. Anak2 ratah je lauk ni. Cuma saya je yang suka sangat kalau dimakan dengan nasi yang masih panas2 gitu. Gaul2 rata kuahnya dengan nasi...hhhmmmm...hingga menjilat jari!!! Nak mencuba? Lihat resepinya di sini ya...!



Dan macam biasa...bila hubby "berpantang", kenalah sediakan makanan yang boleh dimakannya secara berasingan. Biasalah...menu pilihan ialah Sup Sayur. Kat rumah ni memang kena ada je stok sayur2an yang boleh dibuat sup. Biasanya lobak merah, bunga kobis, brokoli, celery, putik jagung, tomato dan sayur2an lain yang seangkatan dengannya. 


Makan sup sayur sahaja pun dah cukup mengenyangkan. Kadang2 hubby tambah je sesudu dua nasi ke dalam sup tu. Hmmm...habis semangkuk...!!!

Saturday, January 21, 2012

Fruit Pastry Cake



Pertama kali terpandangkan kek ini di blog Nor Azmihah @ Secubit Garam, terus jatuh cinta. Cinta pandang pertamalah kiranya ni. Terus aje copy resepi dan print. Masukkan dalam senarai pilihan. Hasilnya memang tidak mengecewakan. Rasanya tidak memuakkan. Boleh makan banyak2 sekali harung (macam seminggu tak makan...).
Kalau nak mencuba, resepinya ada di sini.



Buah2 kat atas kek, ikut sukahati kitalah nak bubuh buah apa. Tapi kombinasi warna kuning buah peach, merah buah stroberi dan maroon kehitaman seedless grape tu memang amat menarik. Itu sebab boleh jatuh cinta pandang pertama!


Rasa kek ni pun ada masam2 yogurt @ sour cream. Lepas tu baunya pun harum sebab ada parutan kulit oren. Semerbak rumah semasa proses pembakaran.




Friday, January 20, 2012

Kek Lapis Cheese Pesona



Memang kena sesangant dengan namanya....Kek Lapis Cheese Pesona!!! Memang kek ni main lapis2 je. Lepas tu masa makannya...masa menelannya...memang amat mempesonakan!. Tambah2 kalau makan selepas disejukkan. Nyaman jer lalu kat anak tekak. Haaa...masa ni memang tak nampak dah orang kiri kanan. Makan sambil pejam mata...menghayati keenakan yang mempesonakan! 



Dulu dah pernah buat. Sambutannya memang amat menggalakkan. Anak2 asyik ulang makan...terutamanya di Ayong. Hubby pulak tak banyak kerenah. Apa yang dihidangkan, itulah yang dia makan. Mana yang memang kena dengan seleranya, akan minta lagi. Kalau tak kena dengan selerapun, sepiring @ sepinggan @ semangkuk yang telah dihidangkan mesti dihabiskan makannya. Lega hati sang isteri...


Buat yang sebelum ini, saya taburkan chocolate rise di atasnya. Kali ini saya ikut macam resepi tu kata...taburkan kepingan biskut marie yang telah dihancurkan. Memang berbeza rasanya daripadayang lepas. Sedap!!!!


Sedap dan senang nak membuatnya. Celeu[2 jer biskut marie tu dalam susu suam. Susuun dalam loyang. Tuang pulak adunan krimcis, ratakan. Lepastu susun lagi biskut marie yang telah dicicah dalam susu suam. Susun lagi. Lapis lagi dengan krimcis. Buatlah berapa banyak lapispun. Asalkan lapisan terakhir ialah krimcis. Lepas tu taburkan kat atasnya serbuk biskut marie atau apa2 pilihan yang lain. Sejukkan dalam petiais semalaman. Lepas tu bolehlah dimakan. Yummyyyyyyyyy....!!!!!