Tuesday, September 28, 2010

Adik Beraya Di Tadika


Hari Jumaat lepas, 24hb September, bersamaan dengan 15 Syawal, Tadika Pintar Bistari telah mengadakan sambutan Aidil Fitri di setiap cawangan mereka. Adik tak sabar2 nak memakai baju rayanya. Awal2 lagi dia dah mandi dan mengumpulkan apa yang nak dipakainya...songkok, sampin, singlet dan tak lupa jugak beg sekolahnya.

Hari tu saya tak bekalkan Adik apa2 sebab mereka akan makan beramai2 nanti. Adik ke sekolah seperti biasa, jam 10:40 pagi van sekolah dah sampai depan rumah. Dalam van tu semua anak2 berbaju Melayu, bersongkok dan bersampin dan yang perempuannya berbaju kurung dan siap kena "touch-up" lagi...!


 Gaya santai Adik semasa menanti van sampai...


 Apam Comel Bluberi dan jajan + duit raya yang telah saya sediakan. 

Semua ini saya hantar ke sekolah pada waktu rehat mereka (sekitar jam 1:25 tengahari). Semasa saya sampai, guru2 sedang mengumpulkan murid2 di depan pintu masuk yang dah siap dibentangkan dengan tikar. Saya serahkan kuih dan jajan2 tersebut kepada cikgu yang menyambut kedatangan saya.


Sempat juga saya merakamkan beberapa gambar mereka...



Hidangan pertama ialah sate....



Yang lain2...wallahhualam sebab lepas tu saya terus balik. Tapi menurut kata Adik, ada pertandingan makan kuih oleh guru2 dan juga kerusi berirama untuk murid2....
Cerita dan gambar2 selanjutnya silalah ke sini...


2 comments:

Cikgu Zainun said...

Assalamualaikum,
Terimakasih di atas buahtangan kepada anak2. Memamg mereka seronok bila dapat duit raya, cikgu2 pulak seronok makan kuih raya. Thanks again

Azita Zain said...

Waalaikumsalam...
Sama-sama. Sekadar nak bagi anak2 gembira...asyik belajar jer, tension jugak! hehehe...

Selamat Hari Raya untuk semua tenaga pengajar dan kakitangan TPB!