Saturday, February 20, 2010

Sukan Tahunan SK Taman Pasir Putih


Sukan Tahunan Sek. Keb. Taman Pasir Putih telah dilangsungkan pada hari Sabtu minggu lepas (13hb. Februari). Kebetulan hari tu kena turn hubby tak kerja. Lepas hantar Abang Yang (Muhammad Azrai, Tahun 5) ke seoklah, kami terus ke Pasar Tani dulu...nak cari kuih2 je. Selepas tu baru kami ke sekolah semula. Nak bagi sokongan moral kepada Abang Ynag sebab dia masuk 2 acara - 100M Lelaki B dan 4x200M. Acara lontar peluru dia dapat tempat ke-3.

Banner di luar kawasan sekolah...

Papan tanda sekolah...

Pasukan berpakaian seragam - Puteri Islam - di dalam perbarisan...

Pasukan rumah2 sukan dalam perbarisan...

Pasukan berpakaian seragam...

Majlis dirasmikan oleh Tuan Imam Masjid Jamek Taman Pasir Putih...

Upacara menaikkan bendera kejohanan...

Murid2 dan guru2 menarikan tarian poco2 selepas tamat acara perbarisan...

Guru2 pun sama2 menarikan tarian poco2...

Cikgu ni pulak sedang menarikan Chicken Dance...sporting habis Cikgu ni!!!

Abang Yang (t-shirt putih) semasa larian 100M...dapat no.3 dari belakang...

Aduiiii...penatnya berlari!!!!

Adik pulak terjumpa kawan setadikanya. Peluk2 tiang lagi....!

Amboi...bukan main lagi Adik ni dengan anak dara orang!!!!

Sekadar hiasannnn.....

 


No comments: