Saturday, February 20, 2010

Makan Di McD


Hari Isnin lepas, kami bertolak balik dari kampung dalam lebih kurang jam 9:40 malam. Lambat sikit bertolak sebab kepenatan pada siang hari tu. Sampai di Pasir Gudang jam 12:00 tengah malam. Alhamdulillah...jalan tak sesak sebab rasanya masih ramai yang belum balik sempena cuti CNY sampai Selasa tu. Hubby dah mula kerja hari Selasa tu. Itu sebab kena balik juga lepas majlis pertunangan BIL tu.

Pagi Selasa tu Ayong kata kawan2 dia nak datang untuk menyiapkan carta organisasi pancaragam. Alamak...rumah masih berselerakan! Ya lah...baru sampai malam tu, mana sempat nak bersiap segalanya. Dengan kain-baju yang banyak nak dibasuh, lantai yang nak disapu dan dimop. Biasalah kalau dah balik dari kampung...kain-baju yang paling banyak nak dibasuh. Akhirnya, suruh kawan2 dia datang pada sebelah petang.

Kawan2 Ayong sampai dalam jam 3:00 petang. Jam 3:30 petang, kami keluar (kecuali Ayong dan kawan2 dia la..), menuju ke Taman Molek...gi bayar hutang kad kredit di HSBC. Lepas tu kami singgah di McD depan Tesco tu.


On the way ke Taman Molek...kepanasan...!

Ini yang kami makan di McD...!

Aiskrim ni dapt setengah harga...RM1.50, biasa RM3.00...

Kentang goreng...

Filet-O-Fish...utk hubby dan saya...

Big-Mac untuk Abang Ngah dan Abang Yang...

Apple pie untuk 3 hero...

McChicken untuk Adik...

Gelagat mereka menikmati hidangan...

Tau tak apa ni??? Ada cerita sikit disebalik poster ni...

Biasalah....Adik memang tak boleh duduk diam. Ada saja benda yang nak di"peo-pek"kannya, termasuklah pasal poster ni. Sambil merujuk kepada poster yang ditampal di luar pintu masuk, Adik pun memulakan bicara...

Mak, kat sini tak boleh hisap rokok, kan?

Ya...

Tak boleh pakai topi keledar....

Tiba-tiba sampailah seorang crew McD ni, baru nak masuk kerja kot, datang naik motor dan pakai topi keledar. Lepas parking motor depan McD tu, dengan selambanya dia masuk ke dalam dengan bertopi keledar. Adik pun berkata dengan muka terkejutnya...

Mak, dia masuk pakai topi keledar! Tak boleh, kan?? (bulat mata Adik masa cakap ni...)

Oooo...dia kerja kat sini, tak apa. Tapi kalau orang tu tak kerja kat sini, tak boleh....!

Lepas tu tak boleh bawak nasi ngan ikan....

Ha? (emak dan abahnya terkejut beruk ni...) - rujuk gambar bawah dilarang morokok tu...

Tak boleh bawak kucing...tak boleh bawak KUDA....!

KUDA????

Tergelak sakan yang lain2 mendengarnya. Sebenarnya bukan KUDA tapi DOG...

Bukan kudalah Dik...gambo dog tu...! (sampuk abangnya...)

Adui...bagai nak pecah perut ketawa! Ada rupa kuda ke gambar dog tu...? Konpius...!!!



Ayong dan kawan2nya tengah sibuk buat carta organisasi...

No comments: