Saturday, February 20, 2010

Majlis Pertunangan Pak Su


Majlis pertunangan adik bongsu hubby, Pak Su, telah berlangsung pada hari Isnin lepas, 15hb. Februari 2010. Pasangannya ialah orang kampung sebelah...dekat je. Pihak lelaki membawa 11 dulang hantaran yang terdiri daripada sirih junjung, cincin & duit, telekung, sejadah, tuala, buah2an, cokelat2, handbag & kasut, kek, alat2 solek serta baju kurung & tudung. InsyaAllah, mjlis pernikahan akan berlangsung dalam jangka masa satu setengah tahun ataupun mungkin lebih cepat lagi...

Inilah Pak Su. Kat belakang tu ialah MIL...
Sireh junjung hasil kerjatangan saya. Cantik tak???
Cincin pertunangan...
Duit RM70 sebagai simbol hantaran sebanyak RM7,000...
Buah2an...
Sejadah...
Telekung...
Kek...
Baju kurung dan tudung...
Tuala...
Alat2 solek...
Cokelat dan gula2...
Beg tangan dan kasut..

Kami bertolak ke rumah pihak perempuan selepas waktu zohor, lebih kurang jam 2:15 petang. Tak sampai 10 minit dah sampai ke sana.

Masa sampai ka rumah pihak perempuan...

Tengah2 tu ialah FIL, sebelah kiri tu ialah wakil pihak perempuan dan sebelah kanan ialah wakil pihak lelaki... Masa ni tengah sesi "cakap-cakap"...

Kusyuk mendengar wakil kedua2 belah pihak "cakap-cakap"...

MIL menyarungkan cincin ke jari bakal menantu...

Sedang menjamu selera selepas upacara menyarung cincin selesai...

Balasan hantaran dari piahk perempuan...

Ni pun dari pihak perempuan jugak...

Dah sampai ke rumah, masing2 kepenatan. Lihatlah aksi MIL dan FIL yang kepenatan...


No comments: