Wednesday, February 24, 2010

Penat Sangatlah Tu...


Jari siapa yang molek2 ni ya? Yang tergolek 3 biji tu apa pulak? Kalau anda semua nak tahu, itulah jari-jemari Adik. Yang bulat2 tu pulak ialah Jemput2 Pisang.  Cam gini ceritanya :

Semalam, Adik sampai lewat dari sekolah sebab van satu lagi mengalami kemalangan. Saya telefon Kak Pah, sekadar bertanya kenapa lambat sangat Adik sampai. Biasanya sebelum 3:30 petang Adik dah sampai. Semalam tunggu sampai 3:50 petang masih belum sampai lagi. Hampir jam 4:00 petang baru Adik sampai.

Lepas tu terus pergi mengaji. Disebabkan Abang Ngah tak ada, saya yang pergi hantar dia. Kami berjalan kaki je. Tak jauh pun rumah Kak Normah tempat Adik mengaji tu, kat depan taman permainan tu je. Habis je mengaji, Adik singgah kat taman permainan tu sekejap.

Sampai aje kat rumah, dia terus bukak baju sebab kepanasan. Lepas tu dia bukak tudung saji atas meja makan dan berulang-kali memakan jemput2 tu sambil tengok tv. Ambil 2,3 biji...baring depan tv sambil makan. Habis nanti dia ambil lagi..dan lagi...dan lagi! Masa tu saya tengah memotong kek pisang membelakangkan dia. Sedar2 aje dia dah senyap! Rupa2nya dah tertidur atas sofa. Suruh Ayong angkat Adik ke bawah. Masa tu lah kami nampak ditangannya masih ada 3 biji jemput2 yang tak sempat nak dihabiskan. Adik...Adik!!!!



Lena tidurnya...

Dengan 3 biji jemput2 menjadi teman...

Jalan2 Hari Ahad

Dah hari Rabu hari ni, baru nak cerita pasal jalan2 hari Ahad lepas. Bukannya apa, hari Ahad lepas kami telah berkunjung ke banyak tempat. Asalnya nak ke satu tempat je tapi terlajak hingga ke 3 tempat. Tak jauh pun...area Pasir Gudang je. Yang paling jauh pun setakat  ke Permas Jaya jer..

Pagi Ahad tu kami sarapan pisang goreng aje...pisang hasil bertani di belakang rumah...pisang nipah. Sekadar makan pisang goreng mana nak bertahan lama kenyangnya. Nak masak lunch, rasa kepenatan mengemas rumah.

Sapa nak makan nasi? (bertanya kepada anak2 sambil baring2 depan TV)

Nak! Tak nak! (masing2 dengan jawapan sendiri tapi ramai yang tak nak dari yang nak...)

Sapa nak makan nasi tepi laut???

Nak! Nak! Nak! Nak! (suara ramai...)

Amboi...dengar tepi laut laju je semua nak makan!

Ok, jom!!! (kata hubby...)





Dah siap2 semuanya, kami menuju ke Kg. Pasir Putih. Bercadang nak makan kat Restotan Rahmat tu. Sampai je kat situ, kosong je kawasan parking. Hmmm.....tutup rupanya hari ni!!! Patut la lengang jer... Hubby kata restoran tu memang ditutup pada salah satu hari Ahad setiap bulan tapi tak tau bila. Alamak...kenalah pulak pada masa kami nak makan!

Then kami terus je ke depan sikit...ke kedai mee rebus. Makan je mee rebus, meehon soto dan tauhu. Tengah2 sedap menjamu selera, nampak Angah (Rafidah) dan 2 orang anaknya datang ke situ untuk makan jugak. Angah ni ialah bekas rakan sepejabat saya dulu, dia masih bekerja di situ.





Lepas makan, kami menuju ke Tanjung Langsat pulak. Cadangnya nak ke Sarang Buaya tapi masih dalam pembinaan walaupun boleh dilawati.



Dari situ kami terus je menyusuri jalan menuju ke Jalan Pekeliling. Saya ajak hubby ke Jusco Permas sebab nak cari pocket size external hard disk. Hard disk saya dah nak dekat penuh sebab simpan banyak gambar2. Itu yang nak cari external hard disk tu, nak transfer semua gambar ke dalamnya.

Cuaca memang cerah dan panas...


Kalau dah sampai ke Jusco tu, bukan setakat yang dihajatkan saja dicari, yang teringin pun dibeli jugak. Apa lagi...kalau bukan buah berangan ni! Saya tangkap 2 pek. Lepas tu masuk kedai buku...beli novel 2 buah. Anak2 pun sibuk mencari buku pilihan masing2.


Buah berangan...


WD pocket size external harddisk, kapasiti 500GB...



Turun aje dari kereta kat depan rumah, terus cari port untuk baca buku dulu. Lepas buka pagar, Adik pulak terus berlari ke basikal dia... Pantang ler Adik ni...!


Pening Lipas

Biasanya kita dengar PENING LALAT, tapi malam tadi saya terdengar PENING LIPAS pulak. Dari mana datangnya ungkapan ini? Begini ceritanya :

Malam tadi, semasa saya masuk ke bilik tidur, saya ternampak seekor lipas. Dengan pantas, saya pun capai le tong Ridsect dan cit-cit (sembur) ke arah lipas tu. Biasalah...kalau lepas kena sembur dengan racun nyamuk cam gitu, lipas tu pun lari macam lipas kudung walaupun pada hakikatnya lipas tu tak kudung pun...! Suddenly (fullamak...!) Adik pulak masuk. Dia mulalah mengusik barang2 yang ada kat dalam bilik ni. Saya pun menakut2kan dia sebab dia memang takutkan lipas...

Dik, usik le barang mak tu. Nanti lipas tu kejar Adik, mak tak tau!

Mana lipas mak?

Tu ha...ada kat situ! Tadi mak dah cit-cit dia... (cit-cit = sembur dengan Ridsect @ sewaktu dengannya...)

Secepat kilat Adik berlari naik ke atas katil. Tak lama lepas tu lipas tu pun menonjolkan dirinya yang merayap macam lipas kudung tu...dengan tak tentu hala tuju. Dah puas berpusing ke sana dan kesini, last2 lipas tu masuk bawah katil.

Mana lipas tu tadi Dik?

Dia pergi nyorok bawah katil mak!

Isshhh...mak pun takut juga. Nanti dia keluar, dia gigit mak pulak (lalu saya pun naik ke atas katil juga).

Lipas tu pening sebab mak dah cit-cit dia. Nanti kalau dia dah tak pening lagi, dia keluar la dari bawah katil mak ni....

Tersenyum simpul emaknya mendengar sambil berkata di dalam hati, "Dah kena cit-cit, tak lama lagi matilah dia...".

Lepas tu masing2 lupa pasal lipas tu....

Saturday, February 20, 2010

Antara Lapis Dan Gulung...

Silalah pilih samada nak yang berlapis ataupun yang bergulung. Jangan segan2 ye! Buatlah macam pankek sendiri....sebab kalau nak, kena buat sendiri! Yang dah siap ni dah abis dah...lama dah!


Yang berlapis...Pankek Blueberry Lapis...

Yang bergulung...Pankek Blueberry Gulung...

Rabu Yang Panas


Panas...memang panas!!! Tengoklah panahan sang mentari tu...amat memeritkan. Tapi tidaklah seterik panahan di SANA nanti...

Pagi Rabu tu saya pergi hantar Ayong dan kawan2nya ke Jusco Tebrau City, nak tengok wayang kata mereka. Penuh satu Trajet 7 seaters. Mula2 tu mereka nak pergi naik bas aje tapi hubby tak benarkan. Itu yang saya pergi hantar tu sebab hubby kerja.

Pukul 4:00 petang Ayong SMS, suruh datang ambil pulak tapi kali ni tinggal mereka bertiga je. So, kami pakat2 untuk pergi bersama hero2 sekali.

Muka2 ceria dalam perjalanan ke JTC kecuali Abang Yang yang tengah 'angin'...

Dekat 4:50 petang baru kami sampai ke JTC tapi tunggu kat bahagian luar je, malas nak masuk parking...

Ayong dan kawan2nya berjalan keluar...

Mentari masih memancarkan sinarnya...

Terus ke hentian bas di Pusat Bandar, menurunkan 2 orang kawan Ayong tu...

Dan kami terus menuju ke SDS Taman Air Biru. Apa lagi...nak makan le!

Muka2 yang tak berapa nak ceria sementara menanti pesanan masing2 tiba...

Capuccino panas ni saya punya...

Ini Adik yang mintak...mini roll cake perisa kopi dan pandan...

Kali ini tak snap gambar makanan yang kami makan sebab 'bad mood'...
Dan dalam pada masa Abang Yang membayar bil, Adik still lagi dengan celotehnya yang macam2. Entah macam mana dia boleh ternampak juga poster yang ditampal di pintu masuk SDS tu...lebih kurang macam kat McD hari tu. Tapi kali ini dia cuma komplen satu jer...

Mak, tak boleh bawak kamera la...!!! (mata bulat ni...)

Ha'ah la! Eeeeiiiii...takutnya emak! Jom kita balik cepat! (sambil pegang tangan dia dan berjalan keluar)

Tersenyum simpul pekerja2 kat situ dengar celoteh Adik...
Sebenarnya memang dah abis makan dan memang dah nak balik pun...!!!

 

Makan Di McD


Hari Isnin lepas, kami bertolak balik dari kampung dalam lebih kurang jam 9:40 malam. Lambat sikit bertolak sebab kepenatan pada siang hari tu. Sampai di Pasir Gudang jam 12:00 tengah malam. Alhamdulillah...jalan tak sesak sebab rasanya masih ramai yang belum balik sempena cuti CNY sampai Selasa tu. Hubby dah mula kerja hari Selasa tu. Itu sebab kena balik juga lepas majlis pertunangan BIL tu.

Pagi Selasa tu Ayong kata kawan2 dia nak datang untuk menyiapkan carta organisasi pancaragam. Alamak...rumah masih berselerakan! Ya lah...baru sampai malam tu, mana sempat nak bersiap segalanya. Dengan kain-baju yang banyak nak dibasuh, lantai yang nak disapu dan dimop. Biasalah kalau dah balik dari kampung...kain-baju yang paling banyak nak dibasuh. Akhirnya, suruh kawan2 dia datang pada sebelah petang.

Kawan2 Ayong sampai dalam jam 3:00 petang. Jam 3:30 petang, kami keluar (kecuali Ayong dan kawan2 dia la..), menuju ke Taman Molek...gi bayar hutang kad kredit di HSBC. Lepas tu kami singgah di McD depan Tesco tu.


On the way ke Taman Molek...kepanasan...!

Ini yang kami makan di McD...!

Aiskrim ni dapt setengah harga...RM1.50, biasa RM3.00...

Kentang goreng...

Filet-O-Fish...utk hubby dan saya...

Big-Mac untuk Abang Ngah dan Abang Yang...

Apple pie untuk 3 hero...

McChicken untuk Adik...

Gelagat mereka menikmati hidangan...

Tau tak apa ni??? Ada cerita sikit disebalik poster ni...

Biasalah....Adik memang tak boleh duduk diam. Ada saja benda yang nak di"peo-pek"kannya, termasuklah pasal poster ni. Sambil merujuk kepada poster yang ditampal di luar pintu masuk, Adik pun memulakan bicara...

Mak, kat sini tak boleh hisap rokok, kan?

Ya...

Tak boleh pakai topi keledar....

Tiba-tiba sampailah seorang crew McD ni, baru nak masuk kerja kot, datang naik motor dan pakai topi keledar. Lepas parking motor depan McD tu, dengan selambanya dia masuk ke dalam dengan bertopi keledar. Adik pun berkata dengan muka terkejutnya...

Mak, dia masuk pakai topi keledar! Tak boleh, kan?? (bulat mata Adik masa cakap ni...)

Oooo...dia kerja kat sini, tak apa. Tapi kalau orang tu tak kerja kat sini, tak boleh....!

Lepas tu tak boleh bawak nasi ngan ikan....

Ha? (emak dan abahnya terkejut beruk ni...) - rujuk gambar bawah dilarang morokok tu...

Tak boleh bawak kucing...tak boleh bawak KUDA....!

KUDA????

Tergelak sakan yang lain2 mendengarnya. Sebenarnya bukan KUDA tapi DOG...

Bukan kudalah Dik...gambo dog tu...! (sampuk abangnya...)

Adui...bagai nak pecah perut ketawa! Ada rupa kuda ke gambar dog tu...? Konpius...!!!



Ayong dan kawan2nya tengah sibuk buat carta organisasi...

Majlis Pertunangan Pak Su


Majlis pertunangan adik bongsu hubby, Pak Su, telah berlangsung pada hari Isnin lepas, 15hb. Februari 2010. Pasangannya ialah orang kampung sebelah...dekat je. Pihak lelaki membawa 11 dulang hantaran yang terdiri daripada sirih junjung, cincin & duit, telekung, sejadah, tuala, buah2an, cokelat2, handbag & kasut, kek, alat2 solek serta baju kurung & tudung. InsyaAllah, mjlis pernikahan akan berlangsung dalam jangka masa satu setengah tahun ataupun mungkin lebih cepat lagi...

Inilah Pak Su. Kat belakang tu ialah MIL...
Sireh junjung hasil kerjatangan saya. Cantik tak???
Cincin pertunangan...
Duit RM70 sebagai simbol hantaran sebanyak RM7,000...
Buah2an...
Sejadah...
Telekung...
Kek...
Baju kurung dan tudung...
Tuala...
Alat2 solek...
Cokelat dan gula2...
Beg tangan dan kasut..

Kami bertolak ke rumah pihak perempuan selepas waktu zohor, lebih kurang jam 2:15 petang. Tak sampai 10 minit dah sampai ke sana.

Masa sampai ka rumah pihak perempuan...

Tengah2 tu ialah FIL, sebelah kiri tu ialah wakil pihak perempuan dan sebelah kanan ialah wakil pihak lelaki... Masa ni tengah sesi "cakap-cakap"...

Kusyuk mendengar wakil kedua2 belah pihak "cakap-cakap"...

MIL menyarungkan cincin ke jari bakal menantu...

Sedang menjamu selera selepas upacara menyarung cincin selesai...

Balasan hantaran dari piahk perempuan...

Ni pun dari pihak perempuan jugak...

Dah sampai ke rumah, masing2 kepenatan. Lihatlah aksi MIL dan FIL yang kepenatan...