Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Dua minggu berturut2 kami mengadakan majlis Akhwatul Muslimah ni. Hari Sabtu lepas (21hb November 2009) majlis tersebut telah diadakan di rumah Puan Salina binti Selamat (Lin) di Jalan Senangin 1. Majlis berlangsung dalam suasana dan cuaca yang nyaman dan redup sebab hari hujan.
Dan telah menjadi rutin dalam setiap majlis AMTPP ni, majlis dimulakan dengan Zikir Munajat, diikuti oleh bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat. Majlis kali ini juga diterajui oleh Kak Pah dan Kak Normah. Dan untuk kali ini, Kak Izan tidak menyampaikan sebarang tazkirah sebaliknya beliau menerangkan serba sedikit tentang program yang akan kami langsungkan pada 12hb Disember nanti iaitu satu program khas yang telah dirancangkan dalam bentuk ceramah berkenaan kesihatan wanita dan keluarga, motivasi dan pemantapan fardu ain. Program pertama yang akan berlangsung bulan Disember nanti adalah penerangan mengenai kesihatan wanita oleh seorang doktor jemputan. Saya lupa pulak siapa nama doktor tersebut tapi yang pasti ialah seorang doktor perempuan.





No comments:
Post a Comment