Monday, November 30, 2009
Karipap Tak Pusing
Kalau sebelum ni saya buat entry pasal karipap pusing, kali ini pulak cerita pasal karipap tak pusing. Kenapa tak pusing? Sebab karipap tu memang tak boleh berpusing kecuali kita yang pusingkan. Isshhh..berpusing2 pulak kenyataan ni...pening! Memandangkan anak2 berebut dengan karipap pusing Cikgu Shikin ari tu, keeseokan harinya saya buat karipap tak pusing ni pulak. Intinya ialah kentang manakala dohnya pulak saya ikut cara biras saya kat Muar tu. Tepung gandum digaul bersama dengan minyak hingga boleh dikepal sebelum diuli dengan air bercampur garam hingga tidak melekat di tangan. Lepas tu bulat2kan kecil2 sebelum dicanai dan dibentuk. Lepas tu digoreng dengan api yang perlahan untuk elakkan kulitnya dari mengelembung. Khas untuk Adik, saya buatkan karipap yang tidak berinti.
Karipap Pusing
Sedap pulak karipap ni...! Rangup je kulitnya! Adik cukup suka tapi yang menjadi masalahnya ialah saya kena keluarkan "isi perut" karipap tu dulu sebelum dimakan oleh Adik. Sebenarnya karipap ni diberi oleh Cikgu Shikin, jiran sebelah rumah saya. Biasalah...kalau bendanya sikit, mesti berebut2. Kalau banyak tu, buat derk jer.... Itulah anak2...!
Kereta Berasap!
Selepas je kami minum petang tu, tiba2 terdengar bunyi pembesar suara di jalan. Ingatkan lori "suratkhabar lamaaaa, komputer, besi buruk, bla...bla...bla.." ataupun lori "tilam...tilam...! tilam lama tukar baruuuu!!!!" Tapi rupa2nya pengumuman tentang proses penyemburan asap untuk menghalau @ membunuh nyamuk. Katanya semua penghuni diminta untuk keluar dari rumah, tutup semua tingkap dan makanan dan biarkan pintu terbuka. Waktu tu dah jam 6:50 petang. Dah nak masuk waktu maghrib... Malas le kami nak keluar rumah maghrib2 ni. Saya dan anak2 pun berkurung je kat dalam rumah. Masa tu hubby belum balik kerja lagi. Bila dengar je orang tu menyembur asap kat depan rumah, anak2 sibuk nak mengintai. Saya larang sebab nanti penuh lak asap dalam rumah dan mereka pulak yang menghidu asap tu nanti. Tapi sempat gak saya curi2 snap gambar "kereta berasap" ni....!
Masih Mood Raya Kot!
Agaknya masih ada mood raya haji le ni! Itu sebab masih lagi memasak dengan hidangan ala2 raya gitu.... Ye ke? Tak de lah! Saja je nak masak rendang dengan daging korban yang masih segar ni. Tak perlu nak duduk atas api lama2.... Maklumlah....daging fresh! Lepas tu ada pulak baki pulut masa masak pulut kuning hari tu. Saya kukuskan juga. Dapat le semangkuk kecil je... Lepas tu ada pulak cream cheese yang dah nak expired! Resepi paling senang ialah Cheese Cake ni. Campurkan semua bahan dan pukul je sampai kembang. Lepas tu bakar....siap! Tapi disebabkan guna loyang yang agak besar, dapat nipis je keknya.
Sup Tulang Gear-Box
Tulang yang dapat masa korban Sabtu lepas. Dapat bahagian sendi2nya. Masa memasak, satu periuk muat 2 sendi je. Masa menghidang, satu sendi untuk satu mangkuk je. Satu hubby yang slurrpppp dan satu lagi Abang Yang yang slurrppp!!!! Yang lain2 makan sup tulang bahagian rusuk jer...!
Kesyukuran Seindah Korban
Salam kesyukuran seindah korban untuk semua pengunjung. Selari dengan tajuk entry kali ini, ianya berkaitan dengan ibadah korban. Seperti tahun2 yang lalu, kumpulan kami mengadakan ibadah korban lagi. Kali ini 2 ekor lembu dikorbankan. Hubby ambil satu bahagian dengan menamakan Ayong sebagai penamanya. Tahun lepas dah buat atas nama saya. Dan InsyaAllah, tahun2 mendatang akan dibuat untuk anak2 yang lain pula.
2 ekor lembu korban dengan 14 penama / bahagian. Pada yang mampu, mereka ambil lebih daripada satu bahagian. Proses penyembelihan dilakukan di taman berhampiran. Begitu jugak dengan proses melapah, menimbang dan pembahagian...semuanya dilakukan di tempat yang sama. Proses penyembelihan bermula seawal jam 7:30 pagi. Tukang sembelihnya ialah Pak Imam. Saya cuma sempat melihat proses penyembelihan untuk lembu yang kedua aje. Proses penyembelihan lembu yang pertama tak sempat nak tengok.
Lembu kali ini tidaklah gemuk sangat, setakat sedang2 aje. Yang seekor tu kami dapat 71kg dagingnya dan yang seekor lagi tu kami dapat dalam 84kg. Untuk penama2, setiap orang mendapat 3kg dari lembu bahagian sendiri dan 1kg dari lembu bahagian yang satu lagi. Manakala bahagian tulang2 pulak diberikan kepada penama2 dan juga kepada "pelapah2" yang bukan terdiri daripada penama2. Bahagian dalaman pulak, kami serahkan kepada seseorang untuk dimasak sebelum diagih2kan.
Alhamdulillah! Semuanya telah selamat kami agih2kan kepada penduduk setaman dan juga mereka yang memerlukan. Moga tujuan dan matlamat ibadah korban kami kali ini mendapat keberkatan daripadaNya.
Gambar ni saya yang snap sendiri. Inilah pertama kali dalam hidup saya, saya melihat secara terang2an proses penyembelihan lembu. Sebelum ni saya tak pernah tengok berdepan macam ni, sekadar dari belakang je. Sebab itulah bila balik aje ke rumah, kepala rasa pening hingga ke keesokan harinya. Agaknya penangan "pengalaman" ini kot...!
Sunday, November 29, 2009
Diari Raya Aidil Adha 1430H
Salam untuk semua. Aidil Adha dah nak sampai ke penghujungnya. Saya baru nak update cerita raya korban ni. Tak ada yang istimewa pun. Kami tak balik ke kampung pun, sekadar beraya di Taman Pasir Putih ni saja. Ramai jiran yang balik kampung. Kat deretan rumah saya ni, cuma tinggal saya dan jiran sebelah rumah saja. Itupun sebab anak sulungnya sedang menghadapi peperiksaan SPM. Kalau tak, mesti mereka pun balik kampung jugak.
Petang Khamis tu saya dah mula memasak untuk pagi raya la konon2nya. Masak yang ringkas2 aje. Tapi tak sempat nak tunggu sampai pagi raya pun...separuh dah abis! Dan pada pagi raya tu, berebut2 pulak anak2 nak makan. Apa yang saya masak? Tengok je gambar kat bawah nun....!
Pagi raya kali ini hubby bawak Adik pergi ke masjid untuk sembahyang sunat Aidil Adha. Macam tak percaya pulak saya sebab Adik ni bukannya jenis boleh duduk diam. Nanti dia kacau pulak orang bersembahyang. Balik2 aje mereka dari masjid, soalan pertama yang saya ajukan pada Adik ialah, "Adik kacau orang sembahyang tak?". Abang Yang yang tolong jawabkan, "Tak...tapi dia ambil songkok orang tengah sembahyang". Bertuah betul Adik ni!!!
Tuesday, November 24, 2009
Kek Lapis Sarawak
Kek lapis ni bukannya hasil kerjatangan saya tetapi sebaliknya saya beli dari jiran saya. Dia ni memang orang Sarawak. Sebelum ni memang dia selalu buat kek ni untuk makan2 sendiri dan special untuk rumah terbukanya saja. Sekarang ni dia menyamping sikit2. Saya pun baru pertama kali membeli daripadanya. Sedap!!!!
Monday, November 23, 2009
Lempeng Je....
Majlis Akhwatul Muslimah TPP (AMTPP) Ke-11
Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Dua minggu berturut2 kami mengadakan majlis Akhwatul Muslimah ni. Hari Sabtu lepas (21hb November 2009) majlis tersebut telah diadakan di rumah Puan Salina binti Selamat (Lin) di Jalan Senangin 1. Majlis berlangsung dalam suasana dan cuaca yang nyaman dan redup sebab hari hujan.
Dan telah menjadi rutin dalam setiap majlis AMTPP ni, majlis dimulakan dengan Zikir Munajat, diikuti oleh bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat. Majlis kali ini juga diterajui oleh Kak Pah dan Kak Normah. Dan untuk kali ini, Kak Izan tidak menyampaikan sebarang tazkirah sebaliknya beliau menerangkan serba sedikit tentang program yang akan kami langsungkan pada 12hb Disember nanti iaitu satu program khas yang telah dirancangkan dalam bentuk ceramah berkenaan kesihatan wanita dan keluarga, motivasi dan pemantapan fardu ain. Program pertama yang akan berlangsung bulan Disember nanti adalah penerangan mengenai kesihatan wanita oleh seorang doktor jemputan. Saya lupa pulak siapa nama doktor tersebut tapi yang pasti ialah seorang doktor perempuan.
Masa ni tengah dengar Kak Izan bagi penerangan pasal program ceramah tu...
Masing2 tengah khusyuk mendengar penerangan dari Kak Izan...
Tengoklah Kak Izan tu....penuh semangat!!!
Close-up sikit mereka2 yang hadir...
Tengoklah Kak Izan tu....penuh semangat!!!
Close-up sikit mereka2 yang hadir...
Salah satu buku yang diperkenalkan sebagai panduan dalam kehidupan seharian. Masing2 sibuk membelek buku tersebut. Berkenan ke?? Cari sendiri kat kedai buku ya...!
Kuih Bakar
Juga dikenali dengan nama Bingka Tepung. Tapi kalau emak saya (dan jugak orang kampung saya...), mereka sebut BENGKANG instead of BINGKA. Kenapa??? Wallahhualam.... Saya memang suka sangat dengan Kuih Bakar ni terutama masa tengah panas2 tu. Fuuhhhh...sedap! Nak membuatnya pun tidaklah sesusah mana. Campur je semua bahan dan putar hingga sebati dan tidak bergentel2 dan bakar. Kalau untuk makan sendiri, saya biasanya masak satu adunan saja. Itu yang dapat nipis2 tu... Dan saya suka bakar hingga agak2 gelap dan garing. Bestnya...!!! Errr...kuih ni saya buat untuk sarapan hari Sabtu lepas sebenarnya...hehehe.
Friday, November 20, 2009
Makan Apa Pulak Hari Ini?
Jom tengok, apa saya masak hari ini!!! Hari ini hari Jumaat, masa agak singkat sebab tengahari hubby akan balik untuk makan tengahari sebelum ke masjid. Hari ni jugak, giliran Abang Ngah pulak ada jamuan akhir tahun. Apa nak masak ya??? Abang Ngah suggestkan saya masak pizza. Mak oiiii...pizza!!!!
Untuk sarapan, saya cuma gorengkan Otak2 Gulung segera ni. Kebetulan semalam saya ke UO, pergi bahagian beku dingin tu...capailah apa yang patut! Tapi masalah untuk Adik sebab dia tak makan otak2 dalam tu, dia nak makan kulitnya aje. Jadinya, kenalah keluarkan isinya sebelum dia makan kulitnya aje. Samalah juga kalau dia makan karipap atau apa2 je yang berinti.
Ada stok slice cheese yangbaru saya beli semalam (12 pieces), roti slice pun ada satu paket yang kecil tu (14 pieces). Sosej pun ada stok jugak. Jadinya....jadilah Roti Gulung Sosej Keju ni sebagai juadah untuk jamuan akhir tahun Abang Ngah. Tak payahlah berpizza2...roti gulung dah le! Setiap gulung dipotong 2, dapat banyak le...!
Dan untuk makan tengahari, saya masak resepi baru ni... Ikan Kukus Asam Boi! Rasanya memang sedap sangat....ada masamnya, ada manisnya. Ishhhh...terliur pulak! Resepi saya dapat dari bekas rakan sekerja, Ila. Dia pun selongkar dari blog mana entah. Dah dicuba katanya, memang sedap. Memang betul kata Ila...wallllaaaaa rasanya!!!! Cubalah! Tapi saya punya ni tak cukup bahan. Saya campurkan apa yang ada aje.
Masak-Masak Hari Khamis
Hari Khamis lepas, saya cuma masak telur separuh masak untuk dimakan bersama kepingan roti sebagai hidangan sarapan. Kena buat yang ringkas je sebab mengejar masa. Nak kena masak kuih untuk Abang Yang bawak ke sekolah pulak. Kali ini dia pulak ada jamuan akhir tahun. Ingat tak minggu lepas saya ada buatkan dia muffin? Sebab katanya ada jamuan akhir tahun pada 9hb November lepas. Rupa2nya dia tersalah dengar. Cikgu kata 19hb November, bukannya 9hb November!!!! Apalah Abang Yang....! Kali ini saya buatkan dia Apam Comel Inti Blueberry. Nak buat apam comel ni lebih mudah daripada nak buat Apam Mekar ataupun Apam Senyum tu. Nak buat apam comel ni tak perlu dipukul bahan2nya secara berasingan ataupun step-by-step. Masukkan je semua bahan ke dalam mixer dan pukul sampailah adunan putih pekat. Lepas tu bahagilah adunan kepada berapa warna yang kita nak. Macam yang ni, saya buat 3 warna - pink, hijau dan kuning. Asal-usul apam ini adalah Apam Comel Inti Kelapa tapi saya tak isi init kelapa, sebaliknya saya isikan dengan blueberry. Jadinya namanya kenalah tukar ikut inti apa kita guna ya....! Resepi asal dari Lilydvalley di MyResipi....
Warna2 yang menyegarkan mata...gebu, lembut,sedap....!
Haaa...tu nampak tak blueberrynya dah mengintai...!
Selepas selesai memasak apam ni, saya terus telan pil selesema. Biasalah...bila kena dengan pil ni, mesti saya "pengsan"...tidur lena sangat!!! Tapi lepas tu selesema mesti hilang! Selepas anak2 semua dah ke sekolah, saya pun membaringkan diri di atas katil dan lelap dengan lenanya.
Dalam sedap2 lena tu, telefon rumah pulak berdering. Ah...mengganggu betul!!! Rupa2nya biras saya datang bersama anaknya yang sama usia dengan Adik tu. Dia nak tumpangkan anaknya kat rumah saya. Alamak! Dengan keadaan saya yang macam ni....! Dia siap bawak bekal nasi ayam. Dah selesai anaknya nakam, barulah biras saya ni pergi semula ke tempat kerja. Kena pulak masa tu hujan...cuaca agak gelap. Memang sedap kalau dapat tidur!!! Saya pun ajaklah si Reza tidur sekali tapi bukan le dalam bilik...cuma depan tv tu je, kat living room. Memang sedap tidur! Tepat jam 3:05 petang, alarm kat handphone pulak berbunyi. ..menandakan Adik dah nak balik. Terpaksa bangun untuk jemput Adik dari van dalam hujan2 tu. Selepas Adik selesai makan dan mandi, saya ajak dia baring bersama2. Apa lagi....tidurlah!!!!
Setelah terjaga semula dan selesai solat Asar, saya gorengkan kentang ni untuk dimakan bersama Reza dan Adik. Reza bangun dulu daripada Adik, jadinya kami makan dulu. Saya cuma gaulkan kentang tu dengan sedikit garam sebelum dipicitkan cili sos keatasnya. "Sedaplah Mak Uda masak ni!," kata Reza. Mak Uda gorengkan aje....! Diminum pulak dengan nescafe tarik. Mula2 tu Reza nak minum air masak je tapi bila saya letak ketulan ais dalam cawan dia, laju je dia minum nescafe tu.
Kentang goreng bersalut sos cili...
Nescafe Tarik...
Terlebih rajin la pulak! Ada baki pisang berangan 4 biji, daripada terbiar tidak dimakan, saya cupcakekan. Saya gunakan resepi Kek Pisang Sempoi yang selalu saya gunakan setiap kali saya buat kek pisang. Untuk buat kek ni saya cuma gunakan 3 biji je. Baki sebiji tu saya potong2 dan letakkan kat atas cupcake tu sebelum dibakar. Kalau tengok cupcake kat bawah ni, rupanya memang "buruk" sikit sebabnya saya bakar lagi sebelah pagi tu. Konon2nya nak garing lagi...! Apa2 pun, rasa kek ini memang gebu dan sedap. Idea cupcake ni saya dapat dari AmFlora. Thanks Am for the great idea!!!
Haaa...yang ni plak dah dibelah untuk tunjukkan isi perutnya...!
Sebenarnya saya tak sihat...bersin non-stop dan air hidung asyik meleleh je. Biasanya bila masalah ini melanda, puncanya ialah daripada habuk...! Saya memang alah sangat dengan habuk. Itu sebab setiap kali saya mengemas rumah - menyapu atau mengemop - saya mesti tutup muka saya dengan tuala "good morning" tu. Saya ikat kedua2 hujungnya ke belakan kepala. Kalau saya tak buat macam ni, mesti kena selesema. Tapi semalam (Rabu), saya tak tutup hidung dan mulut saya semasa mengemas. Ingatkan nak buat sikit je tapi akhirnya saya mengemas hingga ke tingkat atas.
Selepas selesai memasak apam ni, saya terus telan pil selesema. Biasalah...bila kena dengan pil ni, mesti saya "pengsan"...tidur lena sangat!!! Tapi lepas tu selesema mesti hilang! Selepas anak2 semua dah ke sekolah, saya pun membaringkan diri di atas katil dan lelap dengan lenanya.
Dalam sedap2 lena tu, telefon rumah pulak berdering. Ah...mengganggu betul!!! Rupa2nya biras saya datang bersama anaknya yang sama usia dengan Adik tu. Dia nak tumpangkan anaknya kat rumah saya. Alamak! Dengan keadaan saya yang macam ni....! Dia siap bawak bekal nasi ayam. Dah selesai anaknya nakam, barulah biras saya ni pergi semula ke tempat kerja. Kena pulak masa tu hujan...cuaca agak gelap. Memang sedap kalau dapat tidur!!! Saya pun ajaklah si Reza tidur sekali tapi bukan le dalam bilik...cuma depan tv tu je, kat living room. Memang sedap tidur! Tepat jam 3:05 petang, alarm kat handphone pulak berbunyi. ..menandakan Adik dah nak balik. Terpaksa bangun untuk jemput Adik dari van dalam hujan2 tu. Selepas Adik selesai makan dan mandi, saya ajak dia baring bersama2. Apa lagi....tidurlah!!!!
Setelah terjaga semula dan selesai solat Asar, saya gorengkan kentang ni untuk dimakan bersama Reza dan Adik. Reza bangun dulu daripada Adik, jadinya kami makan dulu. Saya cuma gaulkan kentang tu dengan sedikit garam sebelum dipicitkan cili sos keatasnya. "Sedaplah Mak Uda masak ni!," kata Reza. Mak Uda gorengkan aje....! Diminum pulak dengan nescafe tarik. Mula2 tu Reza nak minum air masak je tapi bila saya letak ketulan ais dalam cawan dia, laju je dia minum nescafe tu.
Kentang goreng bersalut sos cili...
Nescafe Tarik...
Terlebih rajin la pulak! Ada baki pisang berangan 4 biji, daripada terbiar tidak dimakan, saya cupcakekan. Saya gunakan resepi Kek Pisang Sempoi yang selalu saya gunakan setiap kali saya buat kek pisang. Untuk buat kek ni saya cuma gunakan 3 biji je. Baki sebiji tu saya potong2 dan letakkan kat atas cupcake tu sebelum dibakar. Kalau tengok cupcake kat bawah ni, rupanya memang "buruk" sikit sebabnya saya bakar lagi sebelah pagi tu. Konon2nya nak garing lagi...! Apa2 pun, rasa kek ini memang gebu dan sedap. Idea cupcake ni saya dapat dari AmFlora. Thanks Am for the great idea!!!
Makan-Makan Hari Rabu
Makan pagi Rabu cuma dengan Tepek Nyior aka Lempeng Kelapa. Cicah dengan sambal tumis ikan bilis...walllllaaaaa!!!!
Sebelah petang pulak saya buat Kuih Ketayap aka Kuih Gulung. Buat mini je sebab gunakan non-stick pan berdiameter 6" aje...
Subscribe to:
Posts (Atom)