Wednesday, September 30, 2009

Diari Raya - Raya Ke-2 dan Ke-3

Hari raya kedua ialah hari untuk kami berkunjung ke rumah saudara-mara yang agak jauh. Jauh pun tak jauh mana sangat pun. Kami ke rumah abang emak di Pengkalan Pegoh (Ayah Ngah), abang emak di Sungai Siput (Ende) dan kakak emak di Lenggong (Mak Andak). Kat rumah Mak Andak kebetulan ada kenduri tapi saya tak pasti kenduri apa. Pokok pangkalnya, tumbang le kambing seekor. Makan kari kambing lah kami raya kedua tu. Kami berkonvoi 3 buah kereta ke sana. Di sana, selain daripada kami, ada lagi saudara-mara yang lain yang ada bersama. Wanchu dari KL 2 buah kereta dan anak2 Mak Andak yang lain pun ada juga. Seronok bila sekali sekala berjumpa ramai2 cam gitu. Tapi sayang la sebab tak sempat bergambar ramai2.

Raya ke-3.
Pagi2 dah ke pasar dengan emak dan hubby. Nak beli daging sebab nak masak Rendang Tok lagi. Ari tu dah masak 6kg daging, kali ni 4kg lagi. Kat pekan Chemor tu ada la orang berjual2 kat tepi2 jalan tu. Saya pun singgah kat satu gerai tu...tengok periuk stainless steel. Brand Horse. Ada saiz yang berbeza2...26cm, 30cm, 22cm. Saya pun tanya2lah harganya. Yang 26cm tu harga yang tertera ialah RM39.90. Saya saja2 tanya nyonya tu, kalau RM30.00 saya ambil satu. Mula2 dia tak bagi. RM35 boleh katanya. Saya pun berlalu dari situ dan pergi ke gerai baju2. Saja2 belek baju tu, bukannya nak beli pun. Lepas tu saya pun menuju ke kereta yang hubby parking dekat2 situ. Nyonya tu panggil saya semula. "OK la, ok la...angkat la!", katanya. Akhirnya dapat periuk sebijik, RM30.00, 26cm. Murah kan?

Balik rumah, Pak Yang dah bersiap sedia untuk membakar lemang lagi. Kali ini masak 3 gantang lagi. Dia nak kirim ke BILnya yang tinggal di Kampung Pasir, JB, dekat2 Angsana tu. Tengah hari pulak, Wanchu dan keluarga datang untuk beraya. Alang2 beraya tu, terus makan tengahari bersama.




Raya ke-3 juga kami terpaksa bertolak balik ke Pasir Gudang sebab keeseokan harinya hubby dah mula kerja. Kami bertolak dari Chemor jam 10:30 malam. Alhamdulillah...jalan clear je. Tak ada sebarang kesesakan. Kami berhenti di Hentian Pagoh Arah Selatan dalam jam 3:30 pagi. Hubby mengantuk. Kami berhenti tidur dan rehat2 selama satu jam. 4:30 pagi barulah kami meneruskan perjalanan. Sebelum tu sempat jugak meninjau replika Balai Polis Bukit Kepung di hadapan hentian tersebut.


Kami sampai ke pasir Gudang jam 6:30 pagi. Hubby sempat le sambung tidur lagi sebelum perge ke tempat kerja pada jam 8:00 pagi. Saya di rumah pulak mengemaskan semua barang2 dan membasuh kain-baju. Satu hari tak cukup untuk mengemas dan membasuh. Penat!

Diari Raya - Baju Raya

Baju raya? Tema apa? Warna apa? Soalan2 yang biasa kita dengar bila menjelangnya hari raya. Hmmm....tahun ni bercadang nak cari warna biru sebab sebelum2 ni belum ada warna biru lagi. Sabtu pertama di bulan Ramadhan ari tu, saya dan hubby dah round di Angsana mencari2 yang berkenan di hati. Ada la 2, 3 set yang berkenan tapi semuanya tak cukup set - ada saiz yang tak ada. Biasanya akan terkena pada Abang Yang, selalunya saiz dia aje yang tak ada. Kami cari set baju Melayu teluk belanga dulu (4 pasang) sebelum mencari baju untuk saya dan Ayong. Akhirnya hampa... Hari Ahad tu pergi pulak cari kat tempat2 lain. Masalah yang sama juga. Tiga empat kali pergi mencari tapi tak juga jumpa set yang lengkap akhirnya kami mengambil keputusan untuk pakai aje baju tahun lepas. Lagi pun baju tahun lepas tu masih belum di pakai di kampung Chemor lagi..hehehe... Jimat gak 4 @ 5 ratus untuk 6 pasang baju. Baju tu pun baru sekali je saya dan hubby pakai, iaitu masa raya pertama tahun lepas tu lah! Yang anak2 punya adalah pakai 2,3 kali je. So, kualitinya masih sangat2 elok, tak ada cacat cela kat mana2 pun. Untuk anak2, adalah jugak beli baju2 yang lain. Hubby pulak cuma beli 2 helai baju-t tapi bukan untuk raya, sekadar untuk basahan aje. Saya pulak.....tak beli apa2 pun! Semuanya pakai yang tahun2 lepas punya. Bukan kedekut tau!!!! Berjimat....!!!!!


Diari Raya - Meriahnya Aidil Fitri

1 Syawal 1430H....Ahad, 20hb. September 2009. Seawal 5:30 pagi saya dah bangun. Terus mandi. Lepas tu siapkan sarapan. Lepas tu baru le menggosok baju. Malam sebelumnya tak sempat nak menggosok sebab kepenatan. Lepas tu baru kejutkan anak2. Hubby awal2 lagi dah bangun untuk solat subuh di surau berhampiran.

Selepas sarapan, hubby bersama anak2 dan emak ke surau untuk solat sunat aidil fitri. Saya pulak berkemas apa yang patut di rumah dengan pertolongan Mak Su (adik bongsu) dan Mak Tam (isteri adik). Balik dari solat sunat aidil fitri, baru kami ke tanah perkuburan untuk menzirahi pusara arwah abah, arwah tok dan pah, arwah anak saudara, arwah pakcik dan kaum keluarga yang lain. Balik dari pusara barulah kami semua berkumpul di rumah mak. Semua adik-beradik saya ada kecuali abang saya dan adik yang duduk di Putrajaya tu (Pak Anjang). Abang saya awal2 pagi lagi dah ke hospital sebab adik iparnya nak bersalin (???) dan Pak Anjang pulak kena turn dia beraya di rumah MILnya di Kulai, Johor. Lepas makan2, kami bersalam2an memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan yang lalu. Anak2 sedara pulak sibuk dengan duit raya masing2. Pah, Mak Ngah (saya la tu...anak ke-2), Pak Yang (anak ke-3), Pak Andak (anak ke-4), Pak Teh (anak ke-6), Pak Tam (anak ke-7), dan Mak Su (anak ke-8, bongsu) masing2 sibuk mengagihkan duit raya untuk anak2 sedara. Bukan main seronok lagi mereka bila dapat duit raya.

Jom layan gambar2 suasana raya di rumah emak saya...


Antara tetamu2 yang berkunjung...


Sebelah siang kami tak sempat nak ke mana2 sebab ramai tetamu yang datang berkunjung. Sebelah malam barulah sempat kami menjenguk ke rumah abang dan kakak emak. Sempatlah kami berkunjung ke rumah Pak We (abang emak yang sulung), Mak Yang (kakak emak) dan Kak Yang (anak sedara emak yang arwah Opah saya bela dari kecik lagi...). Tamat sudah raya pertama...

Diari Raya - Balik Kampung

Dah nak masuk 2 minggu berhari raya, baru sempat nak bercerita pasal nak balik raya ke kampung. Tak basi lagi, kan? Bercerita pasal balik kampung ni...tahun ni kena turn beraya di Chemor, kampung saya. Beraya kena ikut turn sebab jauh, satu di Muar dan satu lagi di Chemor. Kalau mula2 dulu memang balik ke dua2 kampung. Kalau raya pertama di Muar, pagi raya kedua mesti bertolak balik ke Chemor. Dan begitulah sebaliknya. Tapi sejak lebih 10 tahun lepas, kami hanya balik ke satu kampung je. Kalau beraya di Muar, kebarangkalian untuk beraya di Chemor amat tipis. Tapi kalau beraya di Chemor dulu, hujung minggu yang berikutnya mesti balik ke Muar. Aci ke tak aci??? Apa yang penting???....kerjasama dan persefahaman!!!!

Sambung cerita pasal nak balik kampung tadi. Minggu terakhir berpuasa tu hubby dah merancang perjalanan kami. Akan bertolak pada hari Jumaat malam Sabtu, sebelum tengah malam. Mungkin masa tu jalanraya dah kurang sikit kesibukannya. Tapi pada tengahari Rabu tu, hubby balik waktu rehat tu. Tak lama selepas hubby duduk, dia ambil tangan kanan saya dan genggam dengan kedua2 belah tangannya. "Abang mintak maaf zahir dan batin ya!!! Kita kena balik hari Sabtu tengahari sebab Sabtu pagi abang kena gi kilang lagi", katanya. Saya pun tarik muka...merajuk la konon2nya! Merajuk kejap tu jer...lepas tu ok balik sebab saya faham kerja dia macam mana. Sabtu pun Sabtu la....asalkan balik!

Pagi Sabtu tu saya pun berkemas2 le mana yang patut. Dah keluarkan kain-baju mana yang nak dibawa balik. Siap senaraikan barang yang nak dibawa, takut ada yang tertinggal. Kuih-raya, serunding raya, kerepek raya, duit raya, seterika, songkok, kasut, toiletteries, pin + brooch, dan lain2. Bila hubby balik, barulah masukkan barang ke dalam beg2 dan kotak2. Pukul 12:30 tengahari kami bertolak. Hubby ajak ikut highway baru Senai-P.Gudang-Desaru. Highway ni baru aje dirasmikan pembukaannya dan baru pertama kali kami nak mencuba jalan ini. Dari P.Gudang ke Senai cuma mengambil masa 27 minit tanpa sebarang kesesakan. Bagusnya highway ni, memudahkan perjalanan dan dapat mengelakkan kesesakan di highway P.Gudang berhampiran dengan Carefour tu. Lagipun sekarang ni highway baru tu masih free lagi, belum dikenakan sebarang bayaran tol. Plaza tol memang ada tapi mereka cuma bagi kad transit je.



Perjalanan berjalan lancar sebab tak banyak kenderaan di lebuhraya. Agaknya orang dah ramai yang balik kampung malam hari Jumaat malam Sabtu tu. Bila sampai ke Sungkai / Trolak, hari pulak hujan agak lebat jugak. Masa ni baru le jalan jadi perlahan sikit disebabkab oleh hujan tersebut. Ingatkan nak ler bebuka bersama2 emak di kampung untuk hari terakhir puasa tu tapi tak sempat juagk. Kami berbuka di dalam kereta je, di simpang lampu isyarat di Tasek. Tak sempat sampai kampung pun. Berbuka pun setakat air bertapis je. Sampai rumah mak baru le berbuka dengan sempurna. Alhamdulillah!!! Selamat sampai ke kampung dan selamat berbuka!


Koleksi Raya 2009

Koleksi untuk raya tahun ni. Tapi jangan salah sangka, saya ni bukannya jenis yang kemaruk dengan pinggan-mangkuk yang berjenama macam Vantage ni. Cumanya, dah orang nak bagi, kita terima ajelah!!! Set sebelah atas kanan tu ialah hadiah hari raya tahun ini dari tempat kerja hubby - set makan 13pieces. Yang sebelah kiri bawah tu pulak ialah hadiah dari tempat kerja hubby jugak tapi tahun lepas punya - mangkuk oval 3 biji. Set bekas kuih, set mangkuk kecil 3 biji dan 12" plate tu pulak, jangan terpedaya ya! Itu bukan set Vantage tapi designnya sama macam Vantage. Yang tu dapat dalam hamper hari raya ari tu. Sebijik macam Vantage, kan??? Kalau saya...tak teringin pun nak beli Vantage tu. Bukannya apa, beli mahal2 berdentum harganya, isinya tetap sama....nasi, lauk, sayur... Kalau beli set Vantage tu boleh membuatkan rasa makanan yang kita masak tu jadi bertambah2 sedap, enak dan deliciousssss...nak jugak saya beli semua setnya yang ada! Sebenarnya ada lagi satu tea set Vantage yang dapat dari tempat hubby kerja, hadiah hari raya tahun 2007. Hmmm...kalau saya masih bekerja, tentu dapat 2 set setiap set tu.



Dairi Raya - Kuih Raya

Inilah kuih2 raya hasil kerja tangan sendiri. Kali ini saya buat paling kurang kena 3 telap unutk setiap jenis sebab untuk 3 buah rumah - rumah sendiri, rumah emak dan rumah MIL.









Monday, September 7, 2009

Kesiannya Emak!

Aduhai emak!!! Kenapa emak terpaksa melalui semua ini? Emak kena banyak2 bersabar dan menerima dengan hati yang terbuka atas segala dugaan yang datang dariNya. DIA tidak akan menduga kita melebihi kemampuan kita untuk menanggungnya! InsyaAllah, dengan berkat kesabaran dan ketakwaan, segala2nya akan pulih seperti sediakala.
Alhamdulillah! Saya telah selamat sampai ke Pasir Gudang awal pagi tadi setelah menempuh perjalanan selama 8 jam dari kampung di Perak. Saya balik menjenguk emak yang baru sahaja keluar dari hospital setelah bebas dari disyaki menghidapai H1N1. Selama 5 hari emak berada di hospital, 2 hari dikuarantin dan 3 hari di wad biasa. Alhamdulillah, bebas dari virus tersebut merupakan satu nikmat yang tak terhingga daripadaNya.

Saya balik ke kampung pada hari Jumaat malam Sabtu yang lepas, seorang diri je. Anak2 semua tinggal dengan hubby even Adik pun tak ikut. Bas bertolak dari Johor Jaya Square pada jam 9:40 malam, singgah di Larkin dan bertolak semula jam 10:45 malam. Kemudian singgah pula di beberapa destinasi yang lain untuk mengambil penumpang sebelm meneruskan perjalanan pada jam 11:45 malam. Sepanjang perjalanan, bas yang dinaiki cuma berhenti 2 kali si hentian sebelah untuk penumpang2 ke bilik air. Saya sampai di Chemor pada jam 5:00 pagi. Mak Su dah menanti di stesen perhentian di Chemor. Sampai di rumah pada jam 5:15 pagi. Emak dah sedia menanti di ruang tamu. Ya Allah!!! Sedihnya saya melihat keadaan emak yang lesu dan suara yang seakan2 menahan kesakitan. Walaupun dah balik dari hospital, kesihatan emak masih tidak betul2 sihat. Emak masih mengalami kepenatan dan sakit ulu hati. Berjalan dari dapur ke ruang tamu pun emak tercungap2. Dalam keadaan yang demikian, emak tidak mampu untuk berpuasa. Bersembahyang pun emak terpaksa duduk.

Makan pun emak tidak berapa berselera. Saya cuma masakkan yang ringkas2 aje. Tapi emak lebih suka nasi dengan ikan masin sahaja. Nasib baiklah menantu2nya rajin2 belaka. Merekalah yang banyak menyediakan makanan untuk emak.

Berat hati untuk meninggalkan emak semalam. Tetapi saya terpaksa pulang semula ke pangkuan anak2 dan suami. Sebelum berangkat saya pesan dengan emak jangan buat sebarang kerja. Kalau nak buat apa2, panggil aje cucu2 yang ramai. Suruh aje anak2 lelakinya dan menantu2 perempuannya yang berada berhampiran untuk melakukannya untuknya. InsyaAllah, anak2, menantu2 dan cucu2 tidak akan menghampakan. Moga emak cepat sembuh seperti sediakala. Kalau emak tak sihat, raya nanti mesti tak best!!! Rajin2 makan ubat, rehat cukup2 ya mak!!!! SAAAAAYYYYYAAAAANNNNNGGGGGG EEEEMMMMAAAAAKKKKK!!!!

Friday, September 4, 2009

Happy Birthday Ireen

Tak sempat nak cerita panjang2. Cuma nak tayang kek yang ditempah oleh Ila untuk harijadi anaknya yang ke-4 tahun pada hari Rabu lepas (2hb September). Warna ditentukan oleh Ila dan dia juga request untuk gunakan prune sebagai hiasan. Kek tu saya potong 2 dan letakkan whipping cream + prune. Kat luar tu cuma buttercream je. HAPPY BIRTHDAY IREEN! Thanks Ila, harap2 berkenan dengan keknya!!


Untuk berbuka, saya cuma masak roti jala dan kuah kari je. Kuah kari pun tak guna santan sebab stok dah abis. Santan dah abisssssss!!!! ( jerit macam iklan santan M&S tu...). Nasib baik ada susu rendah lemak dalam stok, gunakan susu je sebagai pengganti santan.

Wednesday, September 2, 2009

Resah Di Hati

Masih resah rasanya hati ini mengenangkan emak masih berada di wad hospital. Setiap hari bertanya khabar berita. Dengan teknologi 3G yang ada, saya bervideo called dengan Mak Su petang tadi semasa Mak Su melawat di hospital. Mak Su berbaring sebelah emak di atas katil yang kecil tu semasa bervideo called. Nampak le wajah emak yang sedikit cengkung dengan tangan masih lagi dicucuk dengan tiub air. Emak memang tak suka duduk kat hospital tapi kali ini emak tak boleh elak. Tak tau sampai bila emak akan di tahan di wad. Moga2 emak akan cepat2 sembuh.

Itu kisah emak. Sekarang ni saya saja je nak tunjukkan menu berbuka kami untuk 3 hari lepas - Sabtu, Ahad dan Isnin. Emak tak boleh makan makanan yang macam gini. Nanti makin tinggi bacaan kencing manisnya. Layan...!!


Menu hari Sabtu - main tunjuk2 je! Hari Sabtu tu saya bermalas2 dengan hubby. Hubby pulak offer untuk tak payah masak, cari je kat Bazar Ramadhan. Sukanya....!!! Dan kami ke Bazar Ramdhan Jalan Bacang, Taman Kota Masai.


Menu hari Ahad - kuih tu main tunjuk2, mee dan ayam tu masak sendiri, tembikai tu belilah!!! Hari Ahad tu hubby dan saya ke Plaza Angsana untuk mencari baju Melayu dan baju kurung. Penat berjalan2 dan melilau satu plaza, jumpa yang berkenan tapi tak ada pulak saiz untuk Abang Yang. Yang lain2 tu macam tak berkenan di hati je. Akhirnya pulang dengan tangan kosong je. Penat je dapat! Singgah bazar, beli kuih2 je. Balik rumah masak mee goreng dan ayam goreng berempah je.


Menu hari Isnin - bayam goreng udang, ikan masak taucu, air katira, nasi ayam, murtabak dan kuih2. Isnin ari tu pun hubby dan saya keluar juga - berdua. Anak2 semua tak ikut. Cari baju raya untuk anak2 - yang hero2 je. Dapat le seluar panjang 3 helai sorang, t-shirt sehelai sorang. Pergi juga mencuba nasib mencari baju Melayu lagi tapi masih hampa. Yang berkenan dihati, ada je yang tidak bersaiz. Selalunya terkena pada saiz Abang Yang...


Dalam minggu ni mesti ke Plaza Angsana lagi sebab akak yang jual baju tu kata, dalam minggu ni stok baju Melayu akan sampai lagi. Harap2 kali ini misi akan berjaya!!! Nak buat sendiri bukan tak pandai tapi tak reti nak jahit seluarnya macam mana! Setakat baju dengan seluar jerut getah je bolehlah! Baju kurung tak ada hal! Kalau tak beli pun, boleh jahit sendiri....