Thursday, February 5, 2009

Saja Nak Tayang Sikit...

Tak ada cerita yang best yang nak dikongsikan bersama. Tu yang saja nak tayang2 sikit hasil tanaman sikit (selalu tu hasil masakan jer...). Selain daripada projek masak-memasak ni, saya jugak buat projek tanaman secara kecil2an. Mana tak kecilnya...ruang yang ada untuk bertanam tu memang kecil sangat. Sebenarnya ari tu dah tayang sikit tapi nak tayang lagi sebab pokok dan makin membesar, cili dah makin menunjukkan kemerahannya dan yang disemai pun dah menampakkan tunasnya. Tu yang best tu...! Actually ada satu projek "datang" semalam tapi saya masih belum menyahut seruannya. Projek apa??? Projek mengajar bahasa Korea. Percaya tak? Percayaaallllaaaahhhhhh...!!!!
Ada satu syarikat Korea + Jerman yang baru dibukak kat Tg Langsat tu, manufacturing company, nak hantar pekerja2 gi training ke Korea selama 2 bulan. So dia mintak saya ajarkan bahasa2 harian yang boleh digunakan semasa mereka kat sana nanti. Kilang tu masih belum beroperasi lagi, still under construction. Bukan senang nak survive kat sana especially pasal makanan. Kat sana segala jenis daging dan ayam adalah tak halal kecuali dibeli @ dimakan kat kedai Muslim. Tapi kat setengah2 area memang susah @ tak ada langsung kedai Muslim. Kalau nak beli roti atau mee segera pun kena baca ingredients dulu. Untuk yang tau membaca mungkin tak apa, tapi mereka2 ni "buta" bahasa Korea. Persoalannya sekarang samada saya nak terima ke tak nak.... Ku dalam dilemma!

Ok, kita tinggalkan masalah dilemma tu dulu. Kita layan gambar2 tanaman saya jap....


Cili padi unik yang merah2 tu dah saya petik pagi tadi. So yang tinggal cuma yang kaler purple dan kuning-kehijauan je. Sebelah cili tu ialah pokok kunyit...dah makin subur sebab dibelai selalu. Bawah pokok cili ialah pokok limau purut. Makin membesar dan dah banyak tunas. Sebelahnya pulak ialah pokok kari. Ada ke patut pokok kari dalam pasu??



Ini pulak antara pokok2 bunga yang ada kat rumah ni. Kemboja tu tengah berbunga lebat. Sepit udang pun banyak gak...berfungsi sebagai pengikat tebing longkang kat depan tu. Bogenvilla tu pulak sedang berbunga...ada yang dah kembang, ada yang baru nak menjenguk dunia dan ada yang baru berkudup.


Yang ini pulak kat bahagian belakang rumah. Pokok jagung baru menampakkan tunasnya, ada la dalam 2 batas. Kat dalam pasu tu pulak ialah pokok tomato. Belum transfer kat batas lagi..tunggu besar sikit baru transfer.

No comments: