Friday, February 17, 2012

Selamat Mendaftar Di SDAR Seremban


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah. Anak ketiga kami, Muhammad Azrai bin Abd. Aziz, telahpun selamat kami daftarkan di Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR), Seremban pada hari Rabu lepas, 15hb. Februari 2012. Pengalaman pertama mendaftarkan anak ke sekolah berasrama penuh (SBP). Alhamdulillah...akhirnya Abang Yang ditawarkan tempat di SDAR pada pengambilan kali kedua. Memandangkan pendaftaran bermula jam 9:00 pagi, jadinya seawal jam 4:00 pagi kami telahpun bertolak ke sana. Nasib baik senang nak mengejutkan anak2. Saya memang tidak lelap mata langsung sepanjang malam tu. Disamping menyediakan apa yang patut, saya juga memastikan segala dokumen penting tidak tertinggal ataupun tercicir. Semua barang keperluan dan dokumen2 penting dah ditempatkan setempat. Hubby sempat juga melelapkan mata malam tu.

Sepanjang perjalanan, anak2 semuanya sedap tidur. Saya pun kadang2 terlelap juga. Nak tidur sedap2, tak best pulak rasanya sebab hubby memandu sorang2. Nanti takut dia termengantuk ke...apa ke... At least, kalau saya tak tidur, adalah teman untuk berbicara...(ewahhhh....!). Sekitar jam 6:00 pagi, kami sampai di R&R Ayer Keroh. Kami berhenti di situ. Solat dan sarapan. Lepas tu lepak2 kejap. Sebelum meneruskan perjalanan, Abang Yang sempat bertukar pakaian ke pakaian sekolah. Nasib baik SDAR masih menggunakan baje kemeja putih lengan pendek bersama seluar warna hijau olive sebagai pakaian sekolah mereka. Jadinya, pakaian sekolah yang ada masih boleh digunakan.

Suasana pagi di R&R Ayer Keroh masih sunyi dari pelanggan. Kedai pun masih banyak yang tutup. Abang Ngah dan Abang Yang makan mee goreng, Ayong dan saya tak makan apa2 pun. Hubby pulak minum kopi. Adik??




Haaa...ini bahagian Adik. 2 biji pau ayam dan segelas milo ais....


Jam 7:00 pagi kami bergerak semula meninggalkan R&R Ayer Keroh. Destinasi kami ialah ke Plaza Tol Pedas/Linggi. Sebenarnya boleh juga keluar ikut exit Senawang ataupun Seremban tapi memandangkan kami telah mendapatkan khidmat nasihat daripada seorang teman, kami disarankan untuk keluar di Pedas/Linggi.

 Jam 7:55 pagi kami sampai ke exit Pedas/Linggi. Selamat Datang Ke Daerah Rembau...
Di simpang ini belok ke kiri...

 Di round-about ni, ikut jarum jam pukul 12...


Di simpang tiga jalan besar ini, belok ke kiri...

 Jumpa Stesen LRT Sg. Gadut, belok kiri lagi. Jalan terus je. Dari kejauhan dah nampak SDAR yang megah di atas bukit...!!!


Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR)
Kami sampai di sini dalam jam 8:15 pagi. Alhamdulillah...selamat sampai ke SDAR.

 SDAR telah dinaiktaraf ke SBT (Sekolah Berprestasi Tinggi).

Di sebelah kiri SDAR ialah RTM. Cantik bangunannya...


 Laluan dari pos pengawal ke kawasan sekolah...

 Ada banyak gelanggang permainan...

 Padang bola yang luas...saujana mata memandang!

 Penyejuk mata dalam kawasan sekolah...

 Penghargaan untuk semua GURU...!




Sebaik sahaja kami memakirkan kenderaan, 2 orang pelajar datang menjemput kami. Baik je budi bahasanya. Bercakap pun guna tatabahasa penuh. Pelajar2 tu ialah murid Tingkatan 4 yang bertugas pada hari itu. Merekalah yang melayang ibubapa dan murid2 yang mendaftar pada hari itu. Kami di bawa ke kaunter pendaftaran kedatangan dan mengambil beberapa borang yang perlu diisi. Lepas tu kami dibawa masuk ke dalam dewan.

 Besar sangat dewannya. Luas dan lengkap dengan sistem audio, video dan papanlayar.


Keluarga pertama yang mendaftarkan anak mereka. Mereka ini dari Batu Pahat. Atuk dan neneknya pun ikut sama.

Ada 2 kaunter pendaftaran di dalam dewan tersebut. Kaunter A dan Kaunter B. Kaunter A untuk murid Kelas 1AB (1 Aminuddin Baki) dan Kaunter B ialah untuk Kelas 1RK (tak pasti pulak RK tu singkatan untuk apa...). Abang Yang mendaftar di Kaunter A. Selepas penyerahan dokumen dan membuat pembayaran (yuran makan dan koperasi), kami dibawa ke koperasi untuk mengambil barang2 yang diperlukan.

Patut le bayaran koperasi menjangkau RM600++...banyak benda yang wajib dibeli. Buku tulis, fail, buku nota, tali leher dan klip, t-shirt (7 helai), baju batik, samping, seluar sukan, cadar, selimut, sarung bantal, kad Touch N Go, dan macam2 lagi.

Selepas dah dapatkan semua barang keperluan di Koop, kami dibawa pula ke asrama. Selepas pendaftaran asrama, kami dibawa terus masuk ke bilik dimana mereka ditempatkan. Abang Yang ditempatkan di C1. Sebilik dengan budak dari Batu Pahat tadi. Namanya Hazim. Mereka juga sekelas. Hmmm...dah dapat kawan dah.

 Asrama mereka...

 Ayong dan Abang Ngah tengah menolong Abang Yang mengemas katil...


Selesai urusan hostel, ada pulak taklimat untuk ibubapa dan murid di dewan besar tadi. Jam 11:00 kami berkumpul semula di sana.

 Sebahagian daripada ibubapa yang hadir...

 Pengetua Cemerlang sedang memberi taklimat...

Antara guru2 (Ketua Bidang) yang hadir...


Selepas selesai taklimat, kami dibenarkan untuk membawa anak2 keluar. Tapi jam 3:00 petang, anak2 msti diserahkan kepada pihak sekolah dan ibubapa perlu beredar dari kawasan sekolah. Hmmm...mana nak pergi ya? Bukannya tau jalan2 kat kawasan tu. Akhirnya kami mengikut aje kata stereng. Keluar dari kawasan sekolah, belok kiri. Sampai simpnag kat depan sana tu, belok kiri lagi. Nampak rumah kedai berderet. Cari talin pinggang Abang Yang dulu. Lepas tu berpatah balik menuju ke Bandar Seremban Selatan.

 Bandar Seremban Selatan...selepas lampu isyarat yang pertama. Kami menuju ke rumah seseorang ni... Rumah siapa??? Tunggu cerita selanjutnya di episod akan datang ya...

Jam 3:00 petang...masa untuk berpisah dengan anak2...

 Nampak rileks jer...

 Pesanan2 dari seorang ibu...huhuhu!

 Berkumpul di depan dewan...

Steady la Abang Yang...!

Selamat tinggal Abang Yang! Moga Abang Yang akan tabah menhadapi suasana baru. Abang Yang boleh!!!

10 comments:

ROZILA said...

salam Azita,

Tahniah utk Azrai,dpt masuk SBP

noorss said...

Tahniah,, selamat datang ke nsembilan...

MamaLeeya said...

Tahniah... anak tunggal saya juga pelajar tingkatan 2 di SDAR. Setiap ahad pasti melawat dia..almaklum..rinduuuu..

afiqms said...

RK=Rahim Kajai

Salam dari SDARians 2000-2004 :)

ayu ayuni said...

assalamualaikum. sekarang anak puan tingkatan berapa? saya baru nak masuk sekolah tu 1 julai ni..

Aida Ajid said...

Salam tq for the info...anak nak daftar esok. Pasti si Abang dah tamat belajar. Ade ke insiden seperti buli sepanjang belajar di sana?

afiqms said...

Puan Aida Ajid,

Saya boleh katakan keadaan SDAR Sg. Gadut (ini adalah perpindahan SDAR kali ketiga) adalah lebih baik berbanding keadaan SDAR di Jln Sikamat. Keadaan di asrama adalah sangat berbeza daripada di rumah tambahan pula di sekolah yang semuanya lelaki. Hormati senior, rakan satu batch dan junior, dan elakkan diri dari memberi peluang kpd senior utk mencari alasan utk membuli. Ada pelajar yang baik, ada juga yang kurang baik, itu normal dalam mana2 sekolah pun.

Apa yang penting adalah anak puan dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di asrama. Semua pelajar hidup bermasyarakat dan kita sendiri tidak boleh menjadi kera sumbang. Saya percaya, dengan bimbingan senior dan guru-guru di SDAR, anak puan boleh menyesuaikan diri dan berjaya di SDAR. Jangan lepaskan peluang ini kerana 'networking' alumni SDAR terutamanya di alam pekerjaan sangat kuat.

SDARIAN 2000-2004

Nazura said...

Salam...anak saya dapat tawaran SDAR. Risau betul bila fikir pasal buli di asrama. Harap tuan puan yang ada info boleh share info atau isu2 terbaru di SDAR untuk makluman.

eni said...

Nazura,sama lah dengan anak saya.risau juga.terima kasih pada puan punya blog sedikit sebanyak dpt info.terima kasih juga pada afiq alumni SDARIAN atas info yg d sampaikan.moga anak saya juga dpt menyesuaikan diri di SDAR januari nnti

izan said...

Assalamualaikum puan..semestinya abang Yang da graduate & bekerja sekarang kan?