Tuesday, February 14, 2012

Jemputan Pengantin (1)



Saya suka sangat tengok pelamin bertemakan merah, putih dan gold ini. Memang cantik. Berseri2. Menyerlah!!! Pelamin ini dibina di bawah khemah...di luar kediaman pengantin. Nampak ringkas aje tapi amat menyerlah.

Ini pula ialah meja untuk pengantin makan berdamai. Diletakkan di sebelah kanan hadapan pelamin. Hanya untuk pasangan pengantin dan juga pengapitnya. Di sebelah kiri pun ada juga meja cam gini tapi tak adalah kerusi untuk pengantin tu. Menyerlah..kan?


Khemah tempat makan untuk tetamu dan pengantin. Semuanya merah, putih dan gold.

Pada hari Sabtu minggu lepas...ehhhh...bukan minggu lepas tapi dua minggu lepas...kami ada menerima tiga jemputan untuk ke majlis walimatul urus. Yang ini ialah majlis yang pertama. Majlis yang kedua dan ketiga, akan saya ceritakan selepas ini.
Pada sebelah pagi, telah diadakan majlis Yaasiin dan doa selamat untuk kaum hawa. Alhamdulillah, ramai yang telah hadir. Pengantin perempuan juga turut sama dalam majlis tersebut.

Pengantin perempuan di sebelah kiri tu...yang bertudang 3-rona tu. Ibu kepada pengantin perempuan pula ialah yang di sebelah kanan tu...Kak Uji...sedang kusyuk membaca surah Yaasiin.

Sebahagian daripada kami yang hadir pada majlis tersebut.

Selepas majlis tersebut, kami semua telah menjamu selera. Kebetulan waktu majlis tersebut tamat, jam menunjukkan dah 11:30 pagi. Memang waktu tu tetamu lain dah ada yang datang. Jadinya kami sama2lah menjamu selera. Selepas bersalaman dengan tuan rumah, kami pun mengundurkan diri.

Jadinya, gambar pengantin tak adalah sebabnya masa tu belum ada pengantin lagi. Adapun cuma pengantin perempuan yang masih santai aje. Sebelah petang tu saya dah tak ke sana sebab pergi ke majlis yang dua lagi tu.



No comments: