Friday, February 17, 2012

Shopping Barang Keperluan Ke SBP Dan Makan2



Hari Khamis, 3hb Februari lepas, baru dapat surat tawaran ke SBP. Tarikh pendaftaran ialah pada 15hb. Februari. Hmmm...ada dalam 11 hari aje lagi...termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum. Banyak urusan yang perlu diselesaikan. Banyak barang yang perlu disediakan. Kalau tengok daripada senarai yang diberikan, memang banyak belanja yang diperlukan. Itu belum lagi dengan bayaran yang wajib dijelaskan kepada pihak sekolah.

Memandangkan hanya ada satu hujung minggu je untuk membelibelah, jadinya pada hari Ahad, 5hb Februari tu, kami pun pergilah membeli barang2 keperluan. Mula2 ke Jusco Permas Jaya. Cari apa yang patut. Dah penat jalan2, kami ke Sedap Corner untuk mengisi perut yang kelaparan.


Setiap kali ke Jusco, mesti beli berangan ni. Ari tu masa ke Jusco Bukit Indah, kami beli 3 paket berangan ni. Kali ini pun kami beli 2 paket. Sedap!!!


Dah beli berangan ni, baru masuk Sedap Corner. Menu pilihan ialah yang di bawah ni :





Dah kenyang, sambung shipping lagi. Tak jumpa barang2 yang diperlukan di Jusco, kami berpatah balik ke Pasir Gudang. Kami ke UO Pusat Bandar pulak. Capai apa yang perlu. Bayar. Pergi ke Masai pulak. Aduh...penatnya! Cukuplah dulu...yang lain2 tu nantilah kami cari di lain hari.


No comments: