Saturday, February 18, 2012

Bertamu Ke Rumah Kenalan


Alang2 dah sampai ke Seremban tu, kami pun singgahlah ke rumah seorang dua kenalan kami. Mula2 kami ke Bandar Seremban Selatan.

 Memang dekat aje dengan SDAR. Dalam 5 minit perjalanan aje...

Rumah siapa ni???

 Inilah tuan rumahnya...Rohani Hanafi...isteri kepada Mustaffa Kamal Khalili, rakan belajar kami di Seoul, Korea Selatan dulu. Saya kenal dengan Ani melalui Facebook. Walaupun kami kenal dengan suaminya, tapi perkenalan saya dan Ani adalah melalui laman mukabuku. Kali pertama kami dipertemukan ialah semasa AGM Agiko ari tu. Tapi sekadar bertegur sapa macm gitu aje. Tak sempat nak berbual2 pun. Dan inilah kali kedua kami bertemu. Sayangnya...Abang Tapa tak ada pulak di rumah...bekerja. Riuh-rendah rumah Ani dengan suara2 kami. Terima kasih Ani kerana menjamu kami makan tengahari. Ada daging salai masak lemak cili api campur dengan belimbing bulu, ada sayur campur, ada ayam goreng. Sedap!!!!


 Sempat bergambar dengan tuan rumah...

Dua2nya KAK YONG - anak sulung belaka. Masing2 tengah tunggu keputusan SPM. Sorang dipanggil AYONG, sorang lagi dipanggil KAK LONG...


Selepas jam 3:00 petang, setelah Abang Yang diserahkan kepada pihak pentadbiran SDAR, kami beredar meninggalkan perkarangan SDAR. Masa tu langit dah gelap. Tanda hari nak hujan. Destinasi kami seterusnya ialah ke Taman Sedia Raja, Chembong, Rembau. Rumah siapa pulak ya??? Tungguuuu.......! Kami meredah hujan lebat sebelum selamat sampai ke rumah yang dituju. Di simpang jalan besar, belok kanan, Jumpa rumah kedai warna-warni, belok kiri. Jalan terus aje hingga jumpa padang...belok kanan lagi. Kat situlah rumahnya... Kebetulan pulak pagar elok jer terbuka, terus hubby parking dalam kawasan rumah. Mak aiiiihhhh...tak agak2 ye!

 Anak kecil tuan rumah yang tengah tidur. Adik kacau2 dia supaya terjaga...tak terjaga jugak! Memang lena sungguh...

Di rumah ini, kami dijamu dengan mee tomato, rojak nuah dan puding susu (rasanyalah...). Sedap!!!! Terima kasih tuan rumah! Lain kali kalau kami ke Seremban lagi, kami terjah je rumah ni. Boleh kan?

 Hihihi...inilah tuan rumahnya. Kak Asmah Ngah, tuan punya blog Dari Rumah Teres Kak Asma


Inilah si kecil UMAR...baru bangun tidur. Kami dah nak balik baru nampak matanya yang bulat tu...


Terima kasih Kak Asma. InsyaAllah kita jumpa lagi di lain masa. Terima kasih juga untuk rempah rendang tu. Belum cuba lagi pun. Nanti bila dah cuba, saya show kat akak ya...!


No comments: