Sunday, February 19, 2012

Cerita Di Sebalik Donut Bulat


Amboiii...tajuk entry tu macam orang nak belajar Sejarah aje bunyinya. Sebenarnya bukannya apa...ada cerita disebalik pembikinan donut ini. Bukannya saya tak pernah buat donut. Dah banyak kali dah. Donut Gebu, Donut Suria, Donut Kentang, dan macam2 lagi. Semuanya menjadi. Gebu dan sedap. Lepas tu dipelbagaikan hiasannya. Selain daripada digaul dengan gula sahaja, ada juga yang dicelup dengan cokelat dan ditabur dengan macam2 hiasan lain. Semuanya untuk menarik minat anak2 untuk makan. Alhamdulillah...



Selalunya kalau disebut DONUT mestilah semua orang membayangkan bentuknya yang bulat dan berlubang di tengah. Betul tak? Sebenarnya kita boleh pelbagaikan bentuk donut tu. Bergantung kepada citarasa dan kreativiti sendiri. Bentuk yang paling senang dan untuk orang yang Mnya lebih besar dari segala2nya, bentuk bulat inilah yang paling senang sekali! Hahaha...



Nak nampak cantik dan berseri2, picitlah chocolate ganache kat atasnya. Gerenti sedap dan gerenti mendapat sambutan ramai!


Pada yang tidak suka chocolate ganache, boleh aje sekadar ditabur dengan gula halus. Saya lebih suka yang ini.



Jadinya...pilihlah nak yang mana satu. Nak yang ini....

Ataupun yang ini....

Eh...tadi kata ada cerita disebalik pembikinan donut ni! Apa ceritanya? Hehehe...malu pun ada nak cerita. Iyelah...tak pernah2 buat donut tak menjadi, kali ini pulak entah kat mana silapnya.

Pada satu pagi............ :
Konon2nya nak sarapan dengan donut. Lalu saya pun merajinkan diri untuk menguli doh donut pagi tu. Macam biasalah...saya akan gunakan resepi Donut Suria ataupun Donut Gebu. Memang tak pernah fail buat donut ni. Dah siap diuli, saya timbang setiap biji kepada 30gm...macam yang saya selalu buatlah. Lepas tu saya rehatkan dalam loyang. Susun elok2...berbaris2. Dapat le dalam 24 biji....2 dozen tu! Biasanya selepas 30 ke 45 minit doh tu dah naik. Tapi kali ini dah sejam...tak naik2 lagi. Tunggu kejap lagilah. Lepas 2 jam...tak naik jugak! Allah...apa sudah jadi ni! Penat menunggu donut ni nak naik, akhirnya saya buat sarapan yang lain dulu. Saya ketepikan aje donut tu. Rasa macam dah nak putus asa dah. Dah masuk tengahari saya check sekali lagi. YaAllah...macam tu jugak lagi! Tak naik2... Ah...putus asa dah! Akhirnya saya biarkan aje adunan dok dalam loyang tu. Anak2 pun dah bertanya2...mana donutnya? Kenapa tak naik2 lagi? Apa nak jawab ya... Tiada jawapan untuk soalan2 mereka.

Dah malam saya tengok lagi. Hmm...tetap sama. Besar gitu gak. Akhirnya saya goreng jugak. Alhamdulillah...walaupun tak naik tapi tetap gebu. Habis jugaklah kesemuanya dimakan oleh kami sekeluarga. Sedap! Bukan saya yang puji tau...anak2 yang kata. Itulah ceritanya...cerita donut saya yang tak menjadi donut yang sepatutnya....

9 comments:

Kak Am said...

salam ita, nmpk cam mengebu sakan jer donut tu, bukan main bolat2 lagi rupanya geram nengok..! ada cklt atasnya mmg mnjadi kegemaran semua.. rajin cik ita kita ya...

Azita Zain said...

Am :
donut tu mmg elok jer bulatnya. masalahnya...tak naik2. tapi nasib baik le lepas digoreng ianya elok je gebu. kalau tidak...masuk tong sampahlah jawabnya...

HomeKreation said...

Salam Ita. Agak nya yis meragam lah tu Ita. Gebu juga tu, ok lah kan.

Unknown said...

Mungkin ada silap mana2 tu, biasa la....walau dah terror mana pun, mesti sesekali ada x kenanya. Tension kan?

Chik Mimi said...

kak bolat2 jugak tu,yisnya kut tu yg tak naik

dZana said...

aslmkum ita.. klau buat donat topping camni mmg cepat laris.. tak kira la naik ke tak naik kan..

Unknown said...

yis dah masuk angin tu

Unknown said...

Salam saya pun ada masalah donut xnaik ..selalu buat elok je ..tiba2 xnaik ..da berapa kali buat xnaik ..na kata yeast ..x ..sebab yeast saya naik kembang ..dough saja ..saya xpasti kenapa ..mungkin baking powder rosak ke ..

Unknown said...

Salam saya pun ada masalah donut xnaik ..selalu buat elok je ..tiba2 xnaik ..da berapa kali buat xnaik ..na kata yeast ..x ..sebab yeast saya naik kembang ..dough saja ..saya xpasti kenapa ..mungkin baking powder rosak ke ..