Wednesday, February 22, 2012

Kunjungan Teman FB Dari Manjung






Hari Isnin lepas, saya menerima kunjungan dari kenalan Facebook yang tinggal di Manjung, Perak. Kak Siti Rohaya. Dulunya seorang navy. Dah bersara awal. Sekarang ni Kak Siti ada dua buah kedai kraftangan di Daerah Manjung. Sebuah diserahkan kepada anak bujangnya yang baru berusia 19 tahun. Anak tunggal. Disamping itu Kak Siti juga merupakan seorang kontraktor kecil2an...katanya. Tapi dapat projek sampai ke Johor ni. Tahniah Kak Siti. Moga Kak Siti akan berjaya dalam segala bidang.

InsyaAllah, pada hari Ahad ini, 26hb Februari, Kak Siti akan pergi menunaikan umrah bersama dengan suami, anak bujangnya dan juga seorang anak saudaranya. Moga Kak Siti selamat pergi dan selamat kembali ke tanahair. Dan moga dipermudahkan semua urusan di sana. InsyaAllah. 

Kak Siti sampai ke rumah saya pada waktu malam. Rasanya dalam sekitar jam 8:00 malam. Kak Siti datang bersama dengan anak bujangnya, Aliff, dan juga Kak Karina dan suaminya. Mereka sebenarnya baru balik dari Tanjung Pengelih...ada kerja di pengkalan TLDM di sana. Kak Karina pulak tinggal di Taman Sutera, Perling. Malam tu saya sempat jamu mereka dengan puding roti kuah kastad dan cistat je. Siang hari tu saya sibuk buah tempahan Kak Siti pulak. Last minute Kak Siti order cistat dan apam polkadot. Tapi saya sempat juga bakarkan sebiji almond chocolate brownies untuk Kak Siti.

 Puding Roti Kuah Kastad...tapi masa hidangkan pada Kak Siti aritu, buah stroberi tu tak ada...



Buat cistat lebih sikit untuk dihidangkan pada tetamu...

 Puding Roti ini saya buatkan untuk Kak Siti bersama dengan kuah kastadnya untuk dibawa balik ke Manjung.



Almond Chocolate Brownies ini pun saya buatkan istimewa untuk Kak Siti sebagai buah tangan.




Apam olkadot dan bluberi cistat ini pula ialah tempahan daripada Kak Siti. Kak Siti menempah bluberi cistat sebanyak 100pcs dan apam polkadot pun 100pcs juga. Terima kasih Kak Siti untuk tempahan ini.

InsyaAllah, jika ada keizinanNya, kita jumpa lagi di lain masa. Kalau datang ke Johor lagi, jangan lupa singgah ke rumah saya lagi ya!!! Selamat menjalani ibadah umrah hujung minggu ini. Doakan untuk saya sekeluarga ya. Moga selamat pergi dan selamat kembali.




3 comments:

KakAsma said...

waaa...seronoknyer ada tetamu..tengok puding roti tu teragak lak nak try buat..ntah biler lak akak nyer giliran kan...

Cute Oven said...

Selamat pergi dan kembali Siti n family.... u kat Logistic ke Siti...

Unknown said...

Untung la kak siti jumpa Azita, mcm2 dpt.