Ini sambungan cerita kami ke Negeri Sembilan hari Sabtu lepas...perjumpaan dengan ahli2 AGIKO di Senawang.
Malam tu kami menyewa sebuah apartment di Spanish Villa tu. Nak balik terus ke Pasir Gudang, impossible rasanya. Penat pun belum reda lagi. Seawal jam 9:00 pagi, kami dah check-out. Mana tidaknya, kat dapur tu bukannya ada apa2 pun yang boleh dimasak dan dimakan untuk sarapan. Kelengkapan memasak memang ada...ada dapur, petiais, mesin basuh, microwave....lengkaplah sebagai sebuah rumah. Selepas menyerahkan kunci, kami menyusuri jalan menghala ke tol Senawang. Dalam perjalanan tersebut, mata memerhatikan kiri kanan jalan...melilau menengok mana restoran ataupun gerai yang boleh kami singgah untuk sarapan. Akhirnya kami terlihat restoran McD berhampiran dengan Giant Hypermarket...rasanya dekat2 dengan Senawang Specialist Hospital. Kami bersarapan di McD aje.
Kami order Family Breakfast Box set A dan B...untuk 6 orang makan...
Masa saya tengah mengambil order, kawan hubby (kawan saya juga...!) menelefon hubby. Menjemput kami untuk singgah di rumahnya dulu. Zamri Abdullah...yang datang beraya bersama2 dengan ipar-duai dan ibu mertuanya ari tu. Untuk tidak menghampakan harapannya, selepas sarapan kami pun singgah di rumah Zamri (sebenarnya dia yang datang menjemput kami di hadapan Giant tu sebab kami tak tau jalan nak ke rumah dia...) di Taman Tuanku Jaafar.
Abang Ngah dan Abang Yang melayan Adik dan Danial bermain...
Isteri Zamri ialah seorang guru yang mengajar subjek Biologi di salah sebuah sekolah menengah di sekitar Senawang. Kesempatan itu diambil oleh Ayong untuk mendapatkan tips2 menjawab dan skema jawapan. Sambil menyelam minum air...!
Terima kasih Cikgu...!
Sekitar jam 12:00 tengahari barulah kami meninggalkan kediaman mereka. Destinasi kami yang seterusnya ialah Ayer Keroh. Dah janji dengan anak2 nak singgah di Ayer Keroh...nak jalan2 di Taman Rama2. Nak masuk zoo...dah "selalu" ke sana. Ke Taman Rama2 pernah pergi sekali dulu tapi anak2 dah lupa "kenangan" di situ. So...let's fresh our memory...!!!
Gerbang di Taman Rama-Rama...
Nak masuk ke Taman Rama-Rama ni kena beli tiket dulu. Kalau tak silap, dewasa kena RM5 dan kanak2 RM3 setiap orang. Kalau bawak kamera dan nak tangkap gambar, kena bayar RM3. Kalau tak bayar RM3 tu, simpan ajelah kamera tu. Tapi kalau kita tangkap gambar pun bukannya ada orang yang memerhatikan...macam tak ada penguatkuasaan pun.
Jom layan gambar2 di Taman Rama-Rama...
Penat juga jalan2 di taman ni...tapi enjoy!!!
Selepas selesai tawaf di Taman Rama-Rama, kami meneruskan perjalanan ke Bandar Hilir pulak. Tujuannya cuma nak cari baju-T. Nak jalan2...malas rasanya. Jalan menuju ke Bandar Hilir memang sesak. Banyaknya kenderaan menuju ke sana. Kami memakirkan kereta berhampiran dengan kolam renang tu. Lepas tu terus aje kami menuju ke gerai2 yang berhampiran. Macam2 ada!
Dah dapat apa yang kami cari, kami meneruskan perjalanan lagi menuju ke Pasir Gudang pulak. Hubby malas nak berpatah ke tol Ayer Keroh...kami ikut jalan lama menuju ke Muar sebelum memasuki lebuhraya PLUS melalui tol Pagoh. Kami singgah makan malam di R&R Pagoh. Lepas tu terus je ke Pasir Gudang. Alhamdulillah...kami selamat sampai sekitar jam 10:30 malam. Selepas berkemas sikit, kami terus zzzzzzzzzzz...penat!!!
No comments:
Post a Comment