Tuesday, October 18, 2011

Kek Lapis Cheese Pesona


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hahaha...gambar Kek Lapis Cheese Pesona ni bukannya versi yang dah kena gigit tau! Saja je nak tayang versi yang dah dimakan...yang dah nampak macam dah nak abis. Tu bekas disudu dengan sudu la...! Haaa...petang semalam masa jalan2 di mukabuka, nampak kek ni di dinding Nor Hayati Ramlan. Lepas tu terus pergi merayau kat blog dia pulak di Sinar Kehidupanku. Nak tengok resepi sebab nampak macam sedap jer...! Dah tu terus jer salin resepi di atas sekeping stick-on note. Kebetulan bahan2 ringkas aje dan ada pulak stok. Lepas Maghrib tu teruslah menggodek di dapur nak buat kek ni. Ramai yang dah membuat kek ini. Kalau tak silap Nor Secubit Garam, Izah Daut dan ramai lagi. Penyumbang utama resepi ini menurut kata Yatie ialah si Ryo. Saya pun tak pernah jenguk ke blog ini. Insyaallah, lepas ni boleh jalan2 ke sana pulak. Minta izin dengan tuan punya resepi untuk kongsikan di SINI ya...

Resepi asal kata guna biskut marie berperisa cokelat tapi saya cuma gunakan biskut marie yang beli main timbang2 tu...plain aje. Tapi susu segar tu saya campur dengan coffee emulco sebelum dipanaskan. Sedap rasanya. Rasanya nak campurkan dengan nescafe pun tak jadi masalah sebagai ganti biskut marie berperisa cokelat tu.


Selepas disimpan semalam di dalam petiais, selepas makan tengahari tadi saya pun menyamankan tekak dengan rasa cheese yang uuuummmmpppphhhhh...sukar untuk ditafsirkan! Sedapppppppppppppp...!!! Tapi layer untuk biskut marie saya tu nampak tipis sebab biskut marie tu memang tipis. Rasanya kalau gunakan jenama LEE macam yang disyorkan oleh penganjur, mesti nampak lebih menarik. InsyaAllah...lain kali boleh cuba lagi. SENANG...SEDAP...MENYELERAKAN!!!

8 comments:

izahdaut said...

eh napa lapisan kek akak ni cantik je . nampak mcm ada 3 layer. warne coklat lite2, warne krim pastu warne putih. cantik.. dan mmmg laaaa sangaaaatttt seeddaaapppp..hehee

Azita Zain said...

Izah :
Biskut marie akak tu memang nipis sebab akak beli yang pakai timbang punya. Biskut tu sebenarnya plain aje, jadi akak tambah coffee emulco ke dlm susu untuk mencelup tu.
Adunan krimcis tu akak masukkan dlm piping bag supaya senang nak ratakan...

Sari Yusa Ibrahim said...

cantiknya, kita punya selekeh. Tak terlintas langsung nak letak dulu piping bag, cream cheese tu. Utk siaran ulangan nanti bleh buat style Kak Italah..

Nieda said...

Akak pun dah cuba. anak2 pun suka.

Mamamya said...

tuuu dia....versi kak ita...mmg comel jer..x mcm lia punya..berterabur..huhuuuu (sya amatur lagi..:D) a'ah lah kan...x t'fikir plak nak isi cream cheese tu dalam piping bag...masa lia buat tu..melekat2 biskut bila nak ratakan cream cheese..sabo je lah..tu yg lapis cheese ada yg tebal ada yg nipis.....thanks yer kak bagi idea tu....

ima said...

wahhh cantiknya kek akak buat ni...yang sedap tu tak usah citerlah kan...bilalah boleh dicuba jugak ni...huhu

Azita Zain said...

Nieda :
Memang berbaloi mencubanya...kan??

Lia :
Idea spontan akak...hehehe

Ima :
Jangan tangguh2 Ima...senang je nak buatnya, bahan2 pun ringkas aje...

Azita Zain said...

Yus :
Akak skrg ni apa2 pun guna piping bag senang...kek alunan kasih tu pun guna piping bag lagi senang nak ratakan...