Thursday, October 20, 2011

Bingka Roti Kukus Pandan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.





Dalam minggu ni aje dah dua kali saya tergoda. Tergoda dek masakan yang kelihatan amat menyelerakan. Diiringi dengan mood rajin yang mendadak datangnya. Mula2 ari tu saya tergoda dengan kek yang ditayang oleh Yatie. Semalam pulak saya tergoda dengan bingka yang ditayangkan oleh Kak Ummi. Issshhh...terliur melihatnya.  Bingka ini amat ringkas pembuatannya. Juga main celup2 macam Kek Lapis Cheese Pesona ari tu. Ari tu main celup2 biskut marie. Kali ini main celup2 dan rendam roti slice pulak. Boleh guna sebarang jenis roti slice...macam2 jenama ada kat pasaran. Kalau tak pun, buat roti sendiri. Lagi power!!!

Bingka Roti Kukus Pandan ni saya buat selepas Maghrib semalam. Selepas masak, saya sejukkan di suhu bilik. Lepas tu saya masukkan ke dalam petiais. Pagi tadi saya hidangkan sebagai hidangan sarapan pagi. Tapi bingka tu saya dah potong dan keluarkan awal2 lagi. Takkan ler nak jamu sarapan pagi dengan makanan yang sejuk2. Betul tak?

Selepas anak2 semua dah ke sekolah dan hubby pun dah ke tempat kerja, barulah saya mengadap bingka ni pulak. Saya makan versi yang baru keluar dari petiais. Kawankan dengan Nescafe tarik panas2. Wowwww...!!! Nak resepi??? Tengok kat SINI ya...


 Dah kena ngap sikit...

 Sesudu lagi...

 Lagi sesudu...nyaman jer tekak!

 Tak boleh nak berhenti...!

 Sesudu lagi...!



Tinggal secoet...

Abis dah...!

Dalam piring ni je yang abis. Dalam loyang dalam petiais ada lagi 5 potong rasanya. Jap lagi Adik balik mesti dia ulang makan lagi sebelum pergi mengaji.



5 comments:

anymz said...

waaah!cepatnya sampai rumah ita...:))

Ummi said...

Fuuuhhh..lipas kudung betuii Ita, cepat wat keje, cepat masak...hahahhaa, sedap kaaaann :). Lemak2 santan beraroma pandanssss, mmg ngam2 sap soiii...bila makan tersasuiii-sasuuuiii...hehe

Chik Mimi said...

kak nak jugak terguda dengan warna pandan tu

Azian Elias said...

mintak sikit.. buat minum petang memang best ni..

Azita Zain said...

Anim :
Mana tak cepatnya...terbang macam supermak tu tapi versi baju kelawar...hihi

Kak Ummi :
Ni gara2 godaan K.Ummi lah ni...!

Mimi :
Warna pandan yang lembut tu selembut bingka tu jugak! Yummyyyy....

Yan :
Uiittt...lambat selangkah jer...abis dah!