Tuesday, October 18, 2011

Semalam...


Pagi semalam...bila bangun je dari tidur, hidung sudah tersumbat. Tandanya nak kena selesemalah tu. Entah...kadang2 saya pun hairan juga kenapa saya ni selalu kena selesema. Asal lepas menyapu je mesti selesema. Kalau cuaca sejuk je mesti selesema. 

Semalam Adik pergi ke sekolah agama lebih awal daripada biasa sebab minggu ini adalah minggu peperiksaan akhir tahun sekolah agama untuk Tahap 1 (Darjah 1,2 dan 3). Seawal jam 7:15 pagi van dah membunyikan honnya di depan pagar. Baliknya pula macam biasa...10:30 pagi sampai rumah. Lepas tu terus pergi mengaji pulak.

Adik ke sekolah kebangsaan dalam jam 12:30 tengahari. Selepas balik dari mengaji semalam, saya nak makan ubat. Adik cepat2 menawarkan dirinya untuk menolong. Adik ambil bekas ubat dan mencari ubat selesema. Pada sampul ubat2 tu semua ada tertulis ubat untuk penyakit apa. Jadi senanglah Adik mencarinya. Adik pun keluarkan 2 biji pil selesema. Lepas tu Adik pergi ambilkan air dan suruh saya makan ubat tu cepat2...

Semasa menunggu van sekolah sampai, badan saya ni dah rasa macam lemah2 gitu. Ini disebabkan oleh tindakbalas ubat yang saya makan. Kebiasaannya saya akan tidur lepas makan ubat tu.

Emak : Adik...mak rasa macam nak pengsan la..
Adik : Alaa...mak jangan la pengsan...!

Lepas tu saya saja2 melembikkan badan dan saja2 buat macam nak terjatuh baring.

Adik : Emak baring ajela kat sini...
Emak : Tak boleh...nanti orang nampak. Malu ler mak...
Adik : Ok...mak tunggu kejap ya... (dia pun terus ke depan pagar)

Selang beberapa minit, dia kembali semula kepada saya.

Adik : Mak, Adik dah mintak pada Allah supaya sakit emak hilang cepat2....!

MasyaAllah...sucinya niat Adik! Bila dia cakap macamtu, rasa tersentuh sangat hati ini. Moga Adik akan menjadi anak yang soleh...

No comments: