Monday, November 29, 2010

Putu Perak


Susah ye kalau dah teringin sangat nak makan sesuatu yang sukar dicari. Saya ni tengah teringin sangat nak makan PUTU PERAK ni. Kena pulak hari tu saya terbaca cerita putu ni dalam Kosmo! Siap saya simpan keratan akhbar tu. Tapi sayangnya tak ada pulak contact no untuk dihubungi. Mana nak cari ya??


credit gambar dari google...

Sesiapa yang ada membeli akhbar Kosmo! keluaran hari Selasa, 23hb November, di sisipan 2 ada ceritanya. Putu Perak ni sekarang diusahakan oleh Zie's Taste Cake & Pastry di Cenderung Balai. Jauh tu.....!

Dulu, kat kampung saya ada seorang makcik ni (Makcik Peah) yang memang mebuat putu ni untuk jualan. Tapi sekarang ni Makcik Peah dah tak ada kat kampung tu. Dengar cerita sekarang ni Makcik Peah ada di Sabah. Allahhuakbar!

Dan kata Kosmo tu lagi, putu ni boleh juga didapati di R&R Ulu Bernam arah selatan. Maknanya saya kena balik ke Perak, lepas tu on the way nak balik ke Johor baru dapt singgah kat R&R ni. Itupun kot ada putu tu masa tu. Kalau tak ada???????????? 
.
.
.
Wwwwaaaaa...........!!!!!!!!!!


Sedikit informasi proses pembuatan putu ni (dipetik dari Kosmo) :
Bahan asas : tepung beras, tepung pulut dan kelapa. Gula dan garam sebagai penambah perisa.
Mula2 beras akan direndam semalaman sebelum ditoskan. Lepas tu dikisar kasar. Lepas tu dikukus selama 40minit. Lepas tu kisar lagi sampai jadi tepung dan dibiarkan sejuk selama sekurang2nya 12 jam. Dah betul2 sejuk, tepung beras akan digaul dgn tepung pulut dan dikisar lagi hingga sebati. Campurkan gula pasir untuk jadikannya manis sikit. 
Lepas tu adunan tepung ni dimasukkan ke dalam acuan, separuh je. Masukkan inti kelapa + garam, dan tutup dgn adunan tepung tadi. Kukus sampai masak.

27 comments:

Cendana Kasih said...

sejak tak balik kampung ni, tak merasalah nk makan putu ni.. dh lama teringin, nanti ler nk kirim kat kawan..kat kuala kangsar mmg banyak,..tahan lama plak tu...tp dulu ada baca kat satu blog (kak Rin) putu ni ada dijual kat Pasar Malam bandar tun razak cheras..saya nk pi skodeng gak..

Azita Zain said...

noorma...
org perak gak ke?

AkisZ said...

mmm...putu ni mmg sedap...dan mmg susah cari...cuba cari kat pasar malam changkat jerng taiping perak..kuar tol changkat jering belok kiri..pasar mlm tu hari sabtu...saya pun teringin lak nk makan..takpe..ujung minggu ni balik taiping...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

patutlah namanya putu perak, org Perak jer yg tau yek, nt kalu gi Perak nak cari gak.. nak rasa. Tapi cuba Kak Ita try buat, sbb ia taklah mnggunakan alatan yg susah, nt bagi sy rasa ya.. hehe

hana said...

wa akak! mcm bes putu nih! pssttt ngidam ker tuh? ya ampoonnn kekeke... terliur tgk ubi kat bwh nih! huhuuu cam nk cpt2 blk kg!

HomeKreation said...

huuuuu... Along pun dh lama tingin nak makan putu ni... merata2 cari respi pun takda. Balik Taiping dah takda, dulu mmg ada jual ni. TQ AkisZ kasi idea, nanti bila balik Taiping nak cari kat Ckt Jering.

kak ina kl said...

memang tak pernah jumpa dan makan putus nilah..first time tgk..dah tua pun pernah jumpa..jakun sungguh kan..

tq ita bagi sokongan kat akak psl N3 panas tu yer

Azita Zain said...

akisz : kt changkat jering pun ada ya... thanks for the info...

Azita Zain said...

yusa : tu lah pasallll...orang perak dan org yang pernah makan dan kenal jer yang tau tentang putu ni. mmg unik putu ni...
nak buatnya pun mmg remeh...

Azita Zain said...

hana : ehem...ehem!!! ari tu nampak gambo putu ni kat FB seseorang. lepas tu terbaca plak dlm akhbar Kosmo. tu yang bergelora jiwa nak makannya...

Azita Zain said...

along : akak tau basic nak buatnya dan bahan2nya tapi belum pernah mencuba. bahannya mudah jer tapi remeh nak membuatnya.

Azita Zain said...

kak ina :
putu ni mmg kuih tradisional. org lama2 jer yg tau buat putu ni. kat kg saya ni ada sorang je makcik yg tau buat putu ni tapi skrg makcik tu dah ikut anak2. tak ada kt kg ni. tu yg payah nk dapat tu...

n3 tu mmg panas la kakina. saya yg baca pun mcm nak piat2 telinga minat/mamat tu....!

Cikgu Zainun said...

Salam Ita,
Saya sarankan beli majalah Anjung Seri Disember 2010. Ada sisipan Sajian, yang dalamnya ada resepi putu perak yang Ita cari. Siap dengan alamat pengusaha sekali: Fauziah Harun (Zies Taste Enterprise)
Pusat IAT, Kompleks Gerak Tani,
Pejabat Pertanian,
Chenderung Balai, Perak.
tp sayang tak ada contact no.
SELAMAT MENCARI!

Azita Zain said...

waalaikumsalam cikgu...
putu perak tu mmg keluaran zie's taste tu...
cenderung balai tu jauh dr kg saya ni. tu yg x dpt nak pergi tu. tapi alhamdulillah, saya dh dpt rasa putu tu. adik saya belikan di MAHA 2010...

Hasfaike said...

Salam,
Br lepas makan putu perak pg ni...Menu breakfast yg wajib dicari bila balik kg..Both saya dan hubby memang sgt suka putu ni..Masa remaja buat sendiri je putu, memang renyah sikit nak buat tapi sbb suka makan, adik-beradik pun ramai, buat la jugak. Dah tua2 ni (40an) malas la pulak..bila nak makan , balik kg je la.
Resepinya mak saya bagi dulu; 3tong (susu pekat kecil)+1genngam pulut,rendam dengan air dan biar semalaman, tus hingga kering, pas tu blender dan ayak sampi habis, last skali campur gula. Masa nk kukus dulu saya guna tempurung yg dilubangkan ditengahnya, diletakkan menutupi tong milo yg diisi air sebagai periuk..dan putu ni dimasak satu2 sampai habis..
Siapa yg dudk di KL boleh cari putu ni di Pasar Malam area Pandan, kata kakak saya. Sesiapa org Perak yg balik kg di Ipoh, boleh cari di Pasar Malam Tmn Meru, Tg Rambutan. Waktu pagi pula, boleh didapati di Pasar Pagi Flat Sri Kepayang..Tapi kena cepat, biasaya putu ni cepat habis.

NbW said...

sy tau dah lambat tp sy tau kat mana nak cari putu perak ni.. klu pg HUKM cheras ada jual kat sana.. cuma klu lambat kuih ni akan habis.. tp selalunya dia akan top up. Dulu sy ada no hp org yg buat ni tp dah hilang. Takpe next week sy akan pg HUKM lg nnt sy dapatkan no hp dia lg sekali..

Sy klu pg HUKM mesti beli kuih ni byk2 kekadang smpi habis kuih ni sy borong utk sy & mak sy.. hehehe

Bro Bridal said...

Bro Bridal Enterprise kini telah membuka cawangan Zie Putu Perak di kawasan Meru Klang. Sila hubungi (0133432606 / 0136649936)atau lawati laman blog kami di brobridal.blogspot.com

huda said...

Assalamualaikum semua readers.
Boleh dapatkan Zie Putu Perak yg terkenal di Bazaar Ramadhan 2013 Bandar Seri Putra, Bangi bersebelahan KUIS. Pasti tidak kecewa dengan rasanya. Hubungi Husni 012-3141345 utk sebarang pertanyaan.

Unknown said...

Assalammualaikum..
skrg ni dkt bkt beruntung pun dah ada cwangan yg dbuka d kwasan psar mlm bukit beruntung..dan juga psar pg bukit sentosa.
boleh hubungi puan ani (017-3166462) untuk sebarang prtanyaan.
thanks ^_^

Katerer Sajian Makanan Halal Untuk Keredhaan & Keberkatan 2014 said...

try

Katerer Sajian Makanan Halal Untuk Keredhaan & Keberkatan 2014 said...

salam, jika hendak belajar untuk berniaga boleh hubungi saya 019 5501274 . tapi belajarnya hendaklah datang kerumah.....mudah je tapi kena belajar

Unknown said...

Sy ada jual kuih putu peraj warisan zie's taste..hubungi sy 012-2789760

Unknown said...

Sy ada jual putu perak warisan zie'taste. Hubungi sy 012-2789760-sue

una angeluzna said...

Boleh datang ke gerai ibu sy d pasar moden seksyen 6 shah alam utk merasai kesedapan putu perak... Boleh hubungi 019-5251901 utk tempahan... Boleh like FB page Putu Perak Ibu Zakiah. Tq

Unknown said...

Mak saya adaa jual . Kalau nak order whatsapp kak ina 0169293828

Unknown said...

Saya pun ada jual putu perak di taman tun perak cheras

salina mohd taha said...

Share ya tksh