Wednesday, December 8, 2010

Andai Ini TakdirNya...


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Andai ini takdirNya, saya terima dengan redha dan hati terbuka walaupun tetap menangisi "kehilangannya".
Kali terakhir bulan saya mengambang ialah pada akhir September lepas. Bulan seterusnya saya tetap menanti bulan saya mengambang. Yalah...bulan mengambang hanya sebulan sekali. Tapi bulan tidak muncul. Tak pa lah, tunggulah sehari dua lagi. Manalah tau kot2 bulan tu lambat sikit munculnya. Tunggu dua tiga hari...tak muncul2. Tunggu lagi dua tiga hari, tak juga muncul.

Lepas tu saya mula rasa nak makan itu dan ini. Nasib baiklah tak teringin pulak nak makan benda yang pelik2. Mana yang saya boleh buat sendiri, saya buatlah. Mana yang hubby kena cari, hubby carikan. Masa inilah yang saya teringin nak makan croissant tuna sandwichlah, capuccinolah, putu mayamlah dan yang paling susah nak cari ialah putu perak tu. Alhamdulillah, bila dah balik ke Perak, saya dapat makan semua benda2 tu.

Straight to the point lah ya. Sebenarnya saya menantikan kehadiran "orang baru" dalam keluarga kami. Ianya dah disahkan sebelum hari raya haji ari tu. Itu sebab semasa Kumpulan Yassin kami membuat aktiviti qurban di taman permainan berhampiran hari tu, saya tidak turut sama dalam aktiviti tersebut sebab tak tahan dengan bau2 daging baru tu. Bila hubby bawak balik daging2 tu pun, hubby yang bersihkan dan selesaikan semuanya. Saya cuma memandang dari jauh je...

Minggu pertama selepas tahu yang saya ni berbadan dua, kesihatan  saya sedikit terganggu. Kejap2 demamlah, seram sejuk macam nak demamlah dan macam2 lagi. 

Bila balik ke kampung, saya menguruskan emak saya yang tidak sihat. Bukannya susah sangat pun. Emak pun bukannya tidak boleh bangun. Emak masih macam biasa cumanya emak tak boleh buat kerja2 rumah sebab akan cepat penat dan semput. Jadinya, saya take over semua kerja2 emak. Kerja seharian emak pun bukanlah seberat dan seteruk mana pun.

Semalam, petang 1 Muharam, saya mengalami pendarahan. Ya Allah...kenapa?  Saya dah mula risau. Nak kata saya makan yang pelik2...tidak sekali2. Nak kata saya ada terjatuh....pun tak ada jugak. Perkara yang sama berlarutan hingga ke pagi tadi. Balik dari hospital pagi tadi, saya singgah di klinik kesihatan di persimpangan jalan tu tapi punyalah ramai orang yang sedang menanti hingga tak muat2 ruang yang disediakan. Akhirnya petang tadi saya pergi ke klinik swasta je.

Saya pun berceritalah dengan doktor yang bertugas tu akan hal yang telah berlaku kepada saya. Ikutkan pengiraan doktor, usia kandungan saya dah berusia 10 minggu. Tapi setelah di scan, didapati kandungan saya cuma berusia 6 minggu sahaja. Gambar yang tertera di skrin tu pun menunjukkan saiz yang kecil je. Menurut kata doktor, kandungan saya itu memang tidak dapat diselamatkan. Ya Allah...berderau darah saya mendengar penjelasan doktor tu!

Apa yang patut saya buat? Kata doktor ada dua pilihan. Pertama, dia nak bagi surat untuk rujuk ke hospital unutk dicuci. Kedua, biarkan saja macam tu...ianya akan keluar dengan sendirinya. Saya kena rujuk semula ke doktor tu selepas seminggu jika ianya tidak keluar seperti yang sepatutnya. Saya pilih yang kedua.

Allah Maha Mengetahui...mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku pada saya ni. Walaupun saya menangisi kehilangannya tapi saya kena redha dengan apa yang berlaku. Saat2 macam ini, saya amat memerlukan kehadiran seorang suami di sisi. Tapi apakan daya, hubby di Johor dan saya pulak di Perak. Lagipun sekarang ni hubby berada di Jengka, Pahang. Ayah kepada kawan sekerja yang sama2 graduate dari Korea dulu telah kembali ke rahmatullah. Takziah kepada Amir dan keluarga. Moga roh ayahnya ditempatkan bersama2 orang yang soleh.

Saat dan ketika ini saya masih menangisi kehilangannya. Ya Allah, kuatkanlah semngatku untuk menghadapi segala cubaan dan dugaanMu!!!

24 comments:

FiDa@aMiDa said...

salam kak ita

mungkin ada hikmahnya di sebalik semua ni..harap akak tabah menghadapinya...jgn sedih2 tau..mana tau ada rezeki lain yg menanti

K.Nor said...

salam ita, dipermulaan kisah baru jer nak wish tahniah tup2 bila sambung baca, innalillah... maafkan nor ya.. tak sangka pulak gini kesudahannya.. sabar dan redha ya.. insyaallah ada hikmah disebalik segala sesuatu yg terjadi.. DIA lebih mengetahui.. semoga ita diberi kekuatan menempuh ujian ni.. insyaallah

NJ said...

Salam kak..
Saya doakan akak tabah dan kuat dgn dugaan ni..ada hikmah disebalik semua tu..insyallah ada rezeki lg nti...yg saya suka tu akak dalam keadaan ni dpt dekat dgn mak akak...lega skit kan walau hubby jauh..sebahagian dpt mak bg support..cuma hubby je jauh..saya tau akak kuat dan kena redha dgn ketentuanNYA...
Tuk amir takziah...al-fatehah..

akiratoriza said...

Salam...
sedih bila baca citer Kak Ita, papepun sy doakan yg terbaik buat kak Ita sefamily, kak Ita kuatkan hati n semangat yek.. segala yg Allah tentukan itu ada hikmah disebaliknya.. byk2 kan berdoa kpd Allah yek..

Chik Mimi said...

Assalam kak ita,
takziah mungkin ada hikmah atas segalanya kak,bersabar ye kak

Ummi said...

Salam Ita,
Akak tumpang sedih jgk atas kehilangan yang dinanti selama ini..sesungguhnya Allah lebih mengetahui akan segala sesuatu yang berlaku, harap Ita tabah dan dapat menerimanya dengan hati yg redha. Sesungguhnya, ada hikmah di sebaliknya...harap Ita banyakkan bersabar jgk yea...salam sayang dr akak.

Zalia said...

takziah kak atas kehilangan tersebut... semoga akak tabah mengharungi semuanya ye... al-fatihah

KakAsma said...

Salam Ita,
sedih hati akak baca rintihan Uta nie..sabar yea,mungkin ada hikmah nya..masih boleh cuba lagi nanti..usia bukan halangan..harap ita jaga kesihatan dan jgn risau sangat...

Azian Elias said...

Sabar ye..

Kak Am said...

salam ita, moga ita & family tabah & sabar menghadapi segalanya ini. mungkin ini sudah ditakdirkan..
patutlah ita nak makan bagai2 ya..! al-kisahnya..!
sabar ya ita..!

kak ina kl said...

salam ita..tak perlah ita..telah di takdirkan..banyak bersabar yer

Anonymous said...

salam kak ita...ima baru tahu hari ni...semoga akak terus tabah menghadapi dugaan ini...

Ayu said...

Salam Kak Ita,
Bersabar ya kak, redhalah dengan kuasa Allah, semuga akak tabah menghadapinya. Take care.

Ina said...

sabar la kak. bebaru ni adik ina pun kena buat DnC. kesnya sama mcm akak. kuatkn semngt.

Yati Ali said...

Salam kak,
moga akak tabah n sabar ya, ada hikmah di sebaliknya...

roslaini saad said...

Insyaallah dan sabar...hanya ujian dari Allah...

anggaplah lepas ni akan datang pelangi selepas hujan yang indah dan cantik....masih muda masih boleh mencuba....

Unknown said...

Salam....Azita.maaf ya..akak baru tadi ja tau.Taapa..dia pergi belum sempat melihat ibu dia lagi.Semua ketentuan Allah. Pasti dia menanti Ibunya d Syurga sana. Jaga diri ya...Salam dari kak Norli..

Azita Zain said...

Fida :
Thanks fida...insyaallah akak akan menerima hakikat kehilangannya...

Nor :
Saya pun mmg excited pd awal kehamilan tapi apa kan daya...DIA lebih mengetahui...

NJ :
Terima kasih kerana memberikan semangat. InsyaAllah...akan tabah menghadapinya.

Akiratoriza :
Terima kasih kerana mendoakan...

Mimi :
Thanks...!

Kak Izan :
InsyaAllah...saya redha dengan kehilangannya. Mungkin ada yang lebih baik untuk saya...

Lia :
Thanks...!

Azita Zain said...

Kak Asma :
InsyaAllah... Saya suka tengok si comel akak tu...

Yan :
InsyaAllah...

Am :
Tu la pasal...tiba2 jer nak makan macam2. Alhamdulillah...apa yg diidamkaan dah dpt dimakan, cumanya sedih diatas kehilangannya...

Kak Ina :
Terima kasih akak...!

Ima :
Thanks!

Ayu :
InsyaAllah...!

Azita Zain said...

Moklong :
Terima kasih...

Yati :
Terima kasih...

Roslaini :
InsyaAllah...dengan keizinanNya...

Kak Norli :
Thanks kerana berikan saya semangat. InsyaAllah...jumpa dia di sana nanti...

HomeKreation said...

Salam Ita. Baru nampak entri ni. Sabar je lah... takda rezki. Mudah2an ada peluang lagi selepas ini. Tentu ada hikmah di sebalik nya...

hana said...

salam kak.... aduhai kite ketinggalan cter lak.. Tak prasan n3 akak nih... takziah yer kak... arap akak dberi kekuatan.. mungkin ada hikmahnyer tuh....

HaSue said...

salam kak ita..
harap akak terus tabah yer..mungkin ada sebab baby tak lahir ke dunia..hanya Dia mengetahui..
semoga ada lagi rezeki akak n suami lepas ni..insyaallah..

Faramiera said...

pasar malam sg besi pon ada..pk cik yg jual org nye sama..:)