Wednesday, October 29, 2008

Petua Dapur

Petikan dari majalah Mingguan Wanita...

Tauhu tidak masam
Untuk mengelakkan tauhu daripada menjadi masam semasa disimpan, cuci tauhu dan lumurkan garam diseluruh permukaan tauhu. Simpan dalam peti sejuk.

Hilangkan gatal keladi
Masukkan sedikit kapur sirih atau buah pinang ketika masakan sedang menggelegak. Keladi juga akan mudah lembut dan lazat.

Lembutkan daging
Ambil segenggam beras pulut dan masukkan ke dalam periuk yang digunakan untuk memasak daging. Dalam masa yang singkat, daging akan menjadi lembut. Cara yang sama boleh dipraktikkan untuk melembutkan ayam kampung.

Bersihkan kulit kerang
Ambil pelepah pisang dan potong nipis2.Ramaskan bersama kerang yang berlumpur dan basuh hingga bersih.

Jantung pisang tidak hitam
Untuk mengelakkan jantung pisang daripada hitam apabila direbus, rebus jantung pisang bersama2 dengan pucuk ubi.

No comments: