Ini kisah 1 Syawal....
Subuh2 hari anak2 dah bangun. Excited sangat nak raya. Masing2 tak sabar nak pakai baju baru terutamanya hero 3 orang tu.
Kami sampai kat rumah atoknya pada 30 Ramadhan. Bertolak dari Pasir Gudang lebih kurang pukul 12:30 tengahari. Lebih kurang jam 3:00 petang kami sampai. Alhamdulillah, jalan tak sesak.
Sampai je kat kampung, hero2 terus tak duduk diam. Bukan main suka lagi mereka kerana bebas nak buat apa2. Si kecik tu awal2 lagi dah gi cari ayam dan air.... Hubby pulak melayan kerenah mereka sambil berbual2 dengan adik-beradik yang ada. Saya?? Kena turn memasak le pulak!!! Emak dan adik ipar dah siap masak kuah kacang dan rendang. Atok dah siap rebus ketupat. Saa pulak kena masak kuah lodeh dan ayam kicap bercili.
Berbuka puasa hari ni kami makan ketupat dan jugak makanan yang dihantar oleh saudara-mara dan jiran terdekat.
Ini 3 orang hero saya yang dah sedia nak gi sembahyang sunat Aidil Fitri. Tapi si kecik tu tak leh pergi lah, mengacau je nanti!
Balik dari sembahyang, pergi ziarah ke pusara atok dan nenek (nyai dan ya'i).
Ini Pak Tam dan anak2 sedaranya...
Macam yang saya cerita dulu, lepas Zohor barulah kami berkumpul semua adik-beradik bersama keluarga masing2 untuk bersalam-salaman dan bergambar sebelum pergi beraya ke rumah adik-beradik emak dan abah yang dekat2.
Cucu2 atok tengah beratur untuk bersalaman dengan atok dan nenek..dan jugak emak & bapa saudara untuk menuntut duit raya!!!.
Inilah keluarga besar kami, cuma Pak Teh dan family je yang tak ada sebab tahun ni turn Pak Teh beraya kat rumah mertua di Felda Adila... Kurang 4 orang!!
Inilah emak, abah dan adik-beradik hubby. 7 hero (kurang sorang)!!!!
Inilah cucu-cucu atok dan nenek!!!
Ini masa beraya kat rumah Mak Lah, bertembung dengan family sepupu (Nor).
Apalah yang ditunjukkan oleh si Aidid tu...
Ini kat rumah Mak Long...
Satu petang kami berjalan ke rumah saudara-mara dan jiran terdekat, penat! Rumah terakhir yang kami kunjung ialah rumah Mak Long. Itupun emak dah tak ikut, dah tak larat katanya. Sampai aje rumah, terus mandi-manda, menyegarkan diri semula...
No comments:
Post a Comment