Sepanjang minggu ini, murid2 Tingkatan 3 menghadapi peperiksaan PMR. Anak jiran ada 2 orang dan anak sedara pun ada 2 orang - Kakak (anak adik) dan Angah (anak abang) - yang menduduki peperiksaan PMR tahun ini. Moga mereka akan berjaya dengan cemerlang. InsyaAllah....
Anak ke-3 (Abang Yang) saya pulak sedang menduduki peperiksaan akhir tahun untuk sekolah agama. Dia dalam Darjah 3 (Tahap 1). Hari ini hari kedua peperiksaan sebab hari Selasa (semalam) baru bermula. Anak kedua pulak (Abang Ngah) , peperiksaan akhir tahun untuk sekolah agama akan bermula minggu depan (20hb. Oktober). Dan minggu depan jugak peperiksaan akhir tahun untuk sekolah kebangsaan dan sekolah menengah akan bermula. Maknanya, ketiga2 anak saya akan menghadapi peperiksaan akhir tahun minggu depan. Abang Ngah (Darjah 6) pulak akan menghadapi peperiksaan akhir tahun berganda sebab sekolah agama dan sekolah kebangsaan akan mengadakan peperiksaan akhir tahun pada tarikh yang sama.
Anak sulung pulak (Ayong) akan menduduki peperiksaan akhir tahun minggu depan jugak, tapi bermula pada 24hb Oktober. Lepas tu cuti Deepavali, then baru sambung peperiksaan pada 30hb.
Abang Ngah dah 2 hari tak pergi sekolah. Dapat MC sebab kena demam campak. Hari Sabtu lepas dia gi beraya dengan kengkawan kat area taman ni. Walaupun hari hujan, mereka redah jugak. Hari Ahad tu dah kena demam. Panas betul suhu badannya. Abahnya bawak pergi klinik dan doktor bagi le ubat. Malam tu sempat lagi ikut emak dan abahnya gi beraya kat rumah jiran2. Balik tu tengok badannya dah nampak bintik2 merah banyak sangat. Dan suhu badannya pun tinggi semula. Risau jugak sebab sekarang ni ada penyakit baru yang ditakuti....
Pagi Isnin telefon guru kelas dia bagi tau Abang Ngah tak dapat ke sekolah sebab demam. Lepas tu bawak dia pergi ke klinik yang dia pergi semalam. Doktor kata itu demam campak dan dia bagi ubat lagi. Dan jugak MC 3 hari. Rehat aje dia kat rumah....
No comments:
Post a Comment