Monday, October 20, 2008

Jom Raya 2008 SKTPP

Karnival Jom Raya 2008 Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Putih.


Ini ialah kali ke-2 PIBG SK Taman Pasir Putih telah mengadakan karnival Jom Raya di perkarangan sekolah. Sambutan dari murid2 dan ibubapa serta orangramai amatlah menggalakkan.

Bermacam2 acara dan aktiviti dijalankan untuk kanak2 dan orang2 dewasa. Aktiviti2 untuk kanak2 adalah seperti menunggang kuda, playground, magic show, flying fox dan peraduan melukis. Untuk orang dewasa, ada pemeriksaan kesihatan secara percuma. Ada banyak gerai jualan di mana bermacam2 barangan, makanan dan minuman dijual. Semua pembelian adalah menggunakan kupon. Kupon pulak boleh dibeli di kaunter2 yang disediakan.

Ada cabutan bertuah untuk pembelian kupon berharga RM30.00 dan jugak cabutan bertuah bonanza untuk pembelian kupon RM50.00 ke atas. Hadiah utama cabutan bertuah bonanza ialah sebuah TV 21", 2 buah basikal dan jugak set pinggan-mangkuk Vantage.


Ada kuiz terbuka untuk semua, kecil besar tua muda murid2 dan ibubapa.... Tapi yang suka mengambil bahagian ialah golongan kanak2.... Salah satu solan yang diajukan oelh guru ialah : Adakah mouse computer tu lelaki atau perempuan?? Siapa dapat jawab???


Sebelum cabutan bertuah bonanza, ada acara meneka kuih raya. 8 orang peserta diperlukan dan salah seorangnya ialah saya...!! Saja seronok2... Selepas merasa, membau dan mengamati bentuk kuih, kuih2 yang berjaya saya teka ialah kuih bangkit, kuih ros @ kuih loyang @ kuih goyang. Tapi sampai kat putu kacang, sangkut la pulak!!! Macam pernah makan kuih ni, macam ku kenal bau kuih ni, tapi kuih apa ya...?? Rupa2nya putu kacang. Tapi dah ditambah perasa cokelat & dibakar. Confuse betul!! Dapat le tempat ke-3 dan hadiahnya ialah sekotak Cadbury Zip!!!! Alhamdulillah.

Sebaik saja pengacara nak umumkan hadiah cabutan hadiah bonanza utama (TV 21"), hujan turun agak lebat jugak. Bertaburan orang ramai mencari tempat berteduh. Nasib baik tak lama, then renyai2 aje. Anak bongsu saya pulak sibuk main hujan sambil menutup kepalanya dengan kotak Cadbury Zip tadi. Habis aje cabutan bertuah bonanza, masing2 mengundurkan diri.... Selesai sudah Jom Raya 2008 SKTPP....

No comments: