Friday, October 17, 2008

Persediaan Marhaban

16 Syawal, selepas Isyak...

Malam ini dah start gotong-royong menganyam ketupat untuk Majlis Marhaban hari Sabtu nanti. Ibu2 berkumpul kat rumah Ketua Kumpulan dan bapa2 pulak berkumpul kat rumah satu lagi. Ibu2 dan bapa2 tak boleh dikumpulkan sekali sebab takut tak siap menganyam ketupat pulak....lain pulak yang mereka anyam nanti...hehehehe....

Inilah diantara kaum2 ibu yang sedang bertungkus-lumus menganyam ketupat. Ada Fiza, Maria, Kak Norma, Zue, Shidah.


Ini ialah Hajjah Khatijah. Lebih mesra dengan panggilan Kak Jah, Ketua Kumpulan... Disamping sebakul ketupat yang telah siap dianyam.

Yang lelaki tu anak bongsu saya dan yang budak comel tu baru dikenali malam ni. Namanya Nor. Amboi amboi amboi!! Siap naik Vespa lagi! Vespa ni kepunyaan tuan rumah...

Malam ni nganyam, esok isi berasnya dan malam esok pulak merebusnya. 20kg beras...banyak jugak tu. Target nak dapatkan 500 biji ketupat.

Menu untuk marhaban kali ini ialah ketupat, kuah lodeh, serunding kelapa, rendang ayam (ini set untuk ketupat), mee rebus dan puding berkuah. Tugas untuk memasak dah diagihkan.

Then hubby pulak berniat untuk menyediakan rendang tok sebagai sumbangan peribadi dari keluarga kami untuk majlis tu nanti. So, malam semalam dah beli daging dan bahan2 yang diperlukan. Siang tadi saya dah mula memasak, pukul 3 petang start tenggek atas dapur sampai la ke jam 8 malam. Bergilir2 dengan Ayong. Itupun belum kering sangat, masih basah2 lagi. Esok akan sambung untuk mengeringkannya. Rendang tok ni kena masak sampai kering2. Bila kuah dah mula kering, mesti dikacau selalu. Tak boleh ditinggalkan...takut hangit! Resepinya dari ibuku yang tersayang. Itu sebab saya namakan rendang ni Rendang Tok Bonda.....


No comments: