Tuesday, January 19, 2010

Ikan Kukus Asam Boi

Ikan Kukus Asam Boi lagi...sebagai juadah untuk makan malam. Kali ini gunakan ikan kembung yang besar2 sikit. Ada 4 ekor ikan kembung tu tapi tak muat pulak nak dimasukkan keempat2nya ke dalam mangkuk untuk mengukus tu. Dapat kukus 3 ekor je. Bahan2 sampingannya saya letak banyak2 dan beraneka. Ada lobak merah, bunga kobis, celery, tomato, cendawan dan putik jagung. Kuahnya masam2 manis. Sedap!



Baru keluar dari kukusan...



Yang ni dah selak sikit2, nak tunjukkan rupa ikan kembung tu...



Yang ini pulak ialah bahagian saya...bahagian ekor. Bahagian kepala hubby yang makan...

Roti Bakar 2 Versi

Inilah juadah minum petang kami semalam. Saya beroperasi di dapur bersama dengan Abang Ngah. Saya bakar roti gunakan dapur gas aje. Letakkan jaring atas tungku, sapu roti dengan marjerin sikit, letak atas jaring tu dan bakar. Saya bakar 3 keping roti. Lepas tu saya sapu dengan seri kaya je. Abang Ngah pulak tak bakar tapi goreng (goreng ke bakar ya?) menggunakan non-stick pan. Dia lapiskan 2 keping roti dan letak slice cheese diantara 2 keping roti tu dan goreng atas kuali tadi. Dia buat 2 set (4 keping roti). Lepas tu saya buat air oren laici sebagai minuman instead of air teh ke air kopi ke... Apa2 je la asalkan boleh mengalas perut. Jom!


Roti bakar seri kaya...



Roti bakar berkeju...



Air oren laici...


Monday, January 18, 2010

Chocolate Muffin



Mmmm...sedapnya hingga menjilat muffin cup!!!! Memang sedap Chocolate Muffin ni. Kali ni saya gunakan resepi oleh Yani (Maam Besar MyR). Baru buat malam tadi. Abang Yang sibuk suruh buat cupcake untuk dibawa ke sekolah, ke kelas Bahas Inggeris. Cikgu suruh bawa makanan dan dia memilih untuk bawa cupcake. Malas pulak saya nak meng"cupcake", jadinya saya buat muffin cokelat ni aje. Dapat le 13 biji tapi Cikgu suruh bawa SATU aje.... Yang lain2 tu nak buat apa?? Tunggu je sampai pagi esok samada berbaki ataupun tidak!!

Apa Dalam Sampul Tu?


Ini yang Ayong dapat masa anugerah pagi tadi...



Dan dalam sampul tu ialah not RM100...hmmmm...boleh tahan gak! Alhamdulillah!


Majlis Anugerah Cemerlang SMKPG



Selepas tamat Mesyuarat Agung PIBG, majlis menyambut ketibaan tetamu jemputan. Mereka ialah En. Azli bin Hashim (Chief Operation Manager, Proton Edar Sdn. Bhd.), Mantan Pengetua SMKPG - Tuan Haji Ismail Abd. Aziz dan Mantan PPD - Cik Zaitun Idris (juga merupakan mantan Pengetua SMKPG).



Pn. Hajjah Saleha memberikan sedikit ucapan sebelum disusuli oleh YDP yang mengambil masa yang agak penjang untuk berucap. Hingga mengantuk ibubapa menunggu ucapan beliau tamat. Ucapan Penolong Kanan ringkas dan bernas. Kemudian barulah ucapan perasmian oleh En Azli diikuti oleh upacara memotong pulut kuning oleh tetamu2 jemputan, Penolong Kanan, YDP PIBG dan wakil pelajar.



Penyampaian anugerah oleh Mantan Pengetua, Tn Hj Ismail Abd. Aziz kepada sebahagian daripada pelajar yang mendapat keputusan 7A1B di dalam PMR 2009. Nadia dan Wanie....



Akhir sekali barulah anugerah kepada pelajar2 yang mendapat A dalam semua matapelajaran...



Ayong mendapat 8A... Alhamdulillah!!!



Sebahagian daripada pelajar2 yang mendapat semua A...Shahzan, Shafiq, Haresh, Maisarah, Izzati, Basyirah...



Inilah sijil dan "sampul" yang mereka dapat. Apa dalam sampul tu???


"Posing maut" oleh Ayong dan Basyirah di ruang pameran Proton di Dewan Terbuka. Juga ada Shafiqah bersama ibunya. AmBank jugak ambil kesempatan buat promosi di sini...



Mesyuarat Agung PIBG Ke-25



Salam sejahtera untuk semua. Tengok banner kat atas tu pun rasanya tak perlu nak terangkan apa2 lagi. Mesti cerita pasal mesyuarat PIBG dan anugerah cemerlang. Memang betul! Pagi tadi telah berlangsungnya 2-dalam-1 majlis di SMK Pasir Gudang iaitu Mesyuarat Agung PIBG Ke-25 dan juga Majlis Anugerah Cemerlang.

Pagi tadi saya cuma pergi bersama Ayong saja sebab hubby tinggal kat rumah tengok anak2 dan kemas2 rumah (hubby mithali tau...!). Sebab utama hubby tak turut serta ialah kalau hubby turut serta, anak2 yang lain pun mesti kena bawa bersama2. Masalahnya nanti, Adik tak boleh duduk diam. Mesti dia lari ke sana-sini. Silap2 haribulan, masa orang bermesyuarat, dia pun turut jadi salah seorang AJK yang duduk kat depan tu. Tak ke haru dibuatnya. Itu sebab hubby tak ikut sama.

Sampai di sekolah lebih kurang jam 8:10 pagi. Sebelum tu pergi ambil kawan Ayong dulu, Basyirah di Selasih Pulau, sebab parents dia tak dapat hadir pada majlis pagi sebab kerana ke Kl menguruskan sesuatu. So, sayalah jadi pengganti ummi dia sekejap. Lepas mendaftar nama penerima anugerah di kaunter pendaftaran, saya terus ke dewan. Ayong dan Basyirah dah jumpa geng, lagipun mereka kena berkumpul di dewan lain.

Masuk aje ke dalam dewan, suasananya suram je. Hairan juga saya, kenapa lampu2 dalam dewan tu tidak dihidupkan. Rupa2nya, blok yang menempatkan dewan mini tu mengalami masalah teknikal berkaitan bekalan elektrik. Patut la.....! Guru terpaksa menarik bekalan elektrik dari bangunan bersebelahan untuk menghidupkan PA System je. Nasib baiklah angin bertiup agak kuat juga. Jadi tidaklah kami kepanasan. Kena pulak saya duduk betul2 depan pintu, barisan kedua dari depan, memang sedap kena angin yang bertiup.

Majlis pagi tadi dimulakan dengan Mesyuarat Agung PIBG dulu. Majlis Anugerah Cemerlang hanya dijalankan selepas tamatnya mesyuarat tersebut. Hmmm...salah satu cara untuk memastikan yang ibubapa akan hadir ke mesyuarat agung. Kalau buat majlis anugerah dulu, mesti ramai ibubapa yang balik selepas majlis anugerah tamat. Betul tak??

Tak payah le cerita panjang2 ya. Kita layan jer gambar2 kat bawah ni. Tapi kualiti "kureng" sikit sebab kekurangan cahaya. Layan jer....!!!



AJK-AJK PIBG Sesi 2009/2010. Dipengerusikan oleh YDP (baju batik biru) dan AJK membentangkan minit mesyuarat yang lalu...



Sebahagian daripada ibubapa yang hadir. Hampir keseluruhan dewan dipenuhi oleh para ibu. Yang berdiri tu ialah ibubapa yang bertanya tentang lapuran minit yang lalu sebelum AJK lalu dibubarkan untuk pemilihan yang baru bagi sesi 2010/2011. Yang paling glamour ialah pakcik yang dalam gambar penjuru kiri bawah tu sebab "banyak songel" kata salah seorang bapa yang bersuara tadi...


Sebelum pemilihan AJK baru dibuat, majlis diselitkan dengan cabutan bertuah. Ada 10 hamper yang disediakan untuk cabutan bertuah. Saya tidak mengharapkan cabutan bertuah ni sebab tak pernah bertuahpun setiap kali cabutan dibuat. 5 cabutan pertama dijalankan. Nombor pertama yang disebut ialah 122. Siapakah tuan empunya nombor bertuah ni? "La...itu nombor saya!", kata saya kepada Kak Yati yang duduk kat sebelah saya. Percaya tak, saya jadi ibu pertama yang bertuah pada majlis kali ini!!! Ohhhh...terharunya!!!



Inilah hamper yang saya dapat tu. Tak sempat nak snap gambar, Adik yang koyakkan semasa dalam kereta lagi...



Inilah barisan AJK PIBG Sesi 2010/2011. Kebanyakan mereka ialah AJK lama yang dicadangkan oleh ibubapa untuk dikekalkan termasuklah YDP. Akhirnya Pakcik Glamour terpilih menjadi AJK...



Pemberian cenderahati kepada AJK2 yang lepas oleh Puan Penolong Kanan, Puan Hajjah Saleha...



Ini? Kebetulan pulak saya terserempak dengan bekas rakan sekerja di Kiswire dulu. Kak Asmahyati Wagiman...

Anak kedua beliau berada di Tingkatan 2 KRK. Manakala anak sulungnya pulak berada di Tingkatan 4 di SMKPG2, Taman Mawar. Ruap2nya, anak sulungnya beliau adalah merupakan salah seorang daripada ahli pancaragam sekolah2 Pasir Gudang tapi dia tidak bermain alat sebaliknya sebagai Colour Guard. Kisahnya....!!! Memang le Ayong kenal sebab sama2 pancaragam dengan dia.

Selepas tamat mesyuarat agung, ibubapa disajikan dengan sedikit kudapan yang diagih2kan oleh guru2. Dalam beg plastik yang diaghkan tu adalah nasi lemak berlauk ayam goreng, 2 biji kuih (karipap dan kasturi) dan air mineral. Alhamdulillah!


Ayong dapat pulut kuning tapi tak dapat kuih2, juga bersama nasi lemak ayam goreng...


Thursday, January 14, 2010

Telur Dadar Masak Kicap



Lauk untuk makan tengahari anak2 tadi. Ringkas je, sekadar telur dadar masak kicap. Dah hari2 makan ikan, ayam, udang, sekali-sekali kena tukar mood makan sikit. Hari ni hanya dijamu dengan telur. Resepi??? Issshhhh...tak payahlah! Semua orang tau macam mana nak masak menu ni. Senang sesangat yang amat sangat! Ye ke? Ada yang tak tau ke? Alah...! Paling2 susah pun, goreng telur dulu, lepas tu campurkan aje dengan kicap secukup rasa. Siap!!! Macam resepi bebudak tadika le pulak. Mana tidaknya. Kalau kata NASI AYAM, ambil nasi dan campur dengan ayam. Jadilah NASI AYAM! Tak kisahlah nasi putih ke, nasi kuning ke, ayam merah ke, ayam goreng ke, ayam bakar ke....


Wednesday, January 13, 2010

Juadah Semalam





Hmmm...jelatah dan ayam bakar tu dah abis dah! Sesiapa yang teringin tu, kenalah buat sendiri ya! Itu juadah makan malam kami semalam. Ayam bakar tu sebenarnya saya nak buat Ayam Bakar Blackpaper BerMayonis dari rumah Ros tapi sebab mayonis saya dah kehabisan stok, saya skip le mayonis tu. Tapi rasanya tetap sedap. Jelatah tu pun, saya gunakan nenas dalam tin je. Gunakan apa yang ada je...


Ikan Bakar Tomyam

Updated :
Sesiapa yang nak resepi ikan bakar ni, silalah ke sini ya...! Selamat mencuba!




Lauk untuk makan tengahari ini. Ikan Bakar Tomyam.... Resepinya nanti2lah dulu ya! Penyediaannya memang senang dan ringkas. Nak bungkus dengan daun pisang dulu pun boleh juga, lagi harum baunya nanti. Tapi saya cuma bungkus dengan aluminium foil je, lepas tu bakar dalam oven pada suhu 200 degree selama 30 minit. Bila bukak aje bungkusannyaa....fullamak!!!! Sedapnya bau! Saya gunakan 3 ekor ikan kerisi je sebab ikan itu je yang ada dalam petiais. Nak guna ikan apa2 pun rasanya tak ada masalah. Bergantung kepada selera dan citarasa masing2. 3 ekor ni cukup2 seekor sorang untuk anak2 yang balik dari sekolah tengahari nanti. Biarlah anak2 yang makan, emak abah tak payah tak apa. Tapi apa2 pun saya dah rasa kuahnya tadi. Memang sedap!!


Tuesday, January 12, 2010

Ketupat

Kebetulan, masa balik kampung weekend ari tu, pucuk kelapa yang kat tepi rumah tu patah pada malam sebelumnya. FIL dan MIL dan mengagak2 yang anak lelakinya akan balik weekend tu. Memang benar agakan mereka sebab kami muncul pada sebelah petang Sabtu tu. So, FIL pun ambillah daun kelapa muda tu dan sisir2kan. Lepas tu kami mempraktiskan skill menganyam ketupat. Siapa kata saya tak pandai menganyam ketupat? Pandai ooooo!! Tapi setakat ketupat bawang dan ketupat sate je la...!

Selepas sarapan pagi Ahad tu, saya dan MIL isikan kelongsong tu dengan beras. FIL pulak menyediakan periuk untuk merebus dan merebus air. Selepas mendidih, biras saya pulak memasukkan kelongsong2 tu ke dalam periuk. Selepas 2 jam, hubby dan Abang Yang pulak ditugaskan untuk mengangkat ketupat2 tu. Dalam pada nak menunggu ketupat tu masak, saya dan biras (Mak Andak, yang kahwin bulan Mac 2009 lalu), menyediakan lauk, kuah lodeh dan juga kuah kacang. Mak Andak ni tengah tunggu hari je nak bersalain. Expected duenya pada 18hb Januari ni tapi masih ligat buat segala kerja. Jam 11:00 pagi semuanya dah siap. Tunggu masa nak makan je! Tapi sorrylah sebab saya sempat snap gambar ketupat ni je. Itupun sebelum berangkat balik ke Pasir Gudang selepas maghrib.



Dapat le 64 biji yang kategori molek2....