Friday, October 21, 2011

Mihun Goreng Lada Sulah


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Mihun goreng ni bukanlah juadah makan malam kami malam tadi. Tapi juadah sarapan kami dua hari lepas. Baru malam ni sibuk2 nak tayang juadah sarapan ya... Pagi tadi pun saya masak mihun goreng juga tapi versi putih bersih aje. Juga dicampurkan dengan lada sulah. Sedap pulak makan makanan yang dicampurkan dengan lada sulah. Hangat2 gitu rasanya...


Adik memang suka makan mihun goreng. Tapi dia tak suka sayur. Sayur semuanya dia kumpulkan kat tepi pinggan. Sama jugalah dengan abang2 dan kakaknya. Kalau saya yang kautkan mihun tu ke dalam pinggan dia, saya ambil mihunnya aje. Tapi kalau ada udang ataupun telur, bagi semua kat dia pun tak apa!


Thursday, October 20, 2011

Bingka Roti Kukus Pandan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.





Dalam minggu ni aje dah dua kali saya tergoda. Tergoda dek masakan yang kelihatan amat menyelerakan. Diiringi dengan mood rajin yang mendadak datangnya. Mula2 ari tu saya tergoda dengan kek yang ditayang oleh Yatie. Semalam pulak saya tergoda dengan bingka yang ditayangkan oleh Kak Ummi. Issshhh...terliur melihatnya.  Bingka ini amat ringkas pembuatannya. Juga main celup2 macam Kek Lapis Cheese Pesona ari tu. Ari tu main celup2 biskut marie. Kali ini main celup2 dan rendam roti slice pulak. Boleh guna sebarang jenis roti slice...macam2 jenama ada kat pasaran. Kalau tak pun, buat roti sendiri. Lagi power!!!

Bingka Roti Kukus Pandan ni saya buat selepas Maghrib semalam. Selepas masak, saya sejukkan di suhu bilik. Lepas tu saya masukkan ke dalam petiais. Pagi tadi saya hidangkan sebagai hidangan sarapan pagi. Tapi bingka tu saya dah potong dan keluarkan awal2 lagi. Takkan ler nak jamu sarapan pagi dengan makanan yang sejuk2. Betul tak?

Selepas anak2 semua dah ke sekolah dan hubby pun dah ke tempat kerja, barulah saya mengadap bingka ni pulak. Saya makan versi yang baru keluar dari petiais. Kawankan dengan Nescafe tarik panas2. Wowwww...!!! Nak resepi??? Tengok kat SINI ya...


 Dah kena ngap sikit...

 Sesudu lagi...

 Lagi sesudu...nyaman jer tekak!

 Tak boleh nak berhenti...!

 Sesudu lagi...!



Tinggal secoet...

Abis dah...!

Dalam piring ni je yang abis. Dalam loyang dalam petiais ada lagi 5 potong rasanya. Jap lagi Adik balik mesti dia ulang makan lagi sebelum pergi mengaji.



Tuesday, October 18, 2011

Kek Lapis Cheese Pesona


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hahaha...gambar Kek Lapis Cheese Pesona ni bukannya versi yang dah kena gigit tau! Saja je nak tayang versi yang dah dimakan...yang dah nampak macam dah nak abis. Tu bekas disudu dengan sudu la...! Haaa...petang semalam masa jalan2 di mukabuka, nampak kek ni di dinding Nor Hayati Ramlan. Lepas tu terus pergi merayau kat blog dia pulak di Sinar Kehidupanku. Nak tengok resepi sebab nampak macam sedap jer...! Dah tu terus jer salin resepi di atas sekeping stick-on note. Kebetulan bahan2 ringkas aje dan ada pulak stok. Lepas Maghrib tu teruslah menggodek di dapur nak buat kek ni. Ramai yang dah membuat kek ini. Kalau tak silap Nor Secubit Garam, Izah Daut dan ramai lagi. Penyumbang utama resepi ini menurut kata Yatie ialah si Ryo. Saya pun tak pernah jenguk ke blog ini. Insyaallah, lepas ni boleh jalan2 ke sana pulak. Minta izin dengan tuan punya resepi untuk kongsikan di SINI ya...

Resepi asal kata guna biskut marie berperisa cokelat tapi saya cuma gunakan biskut marie yang beli main timbang2 tu...plain aje. Tapi susu segar tu saya campur dengan coffee emulco sebelum dipanaskan. Sedap rasanya. Rasanya nak campurkan dengan nescafe pun tak jadi masalah sebagai ganti biskut marie berperisa cokelat tu.


Selepas disimpan semalam di dalam petiais, selepas makan tengahari tadi saya pun menyamankan tekak dengan rasa cheese yang uuuummmmpppphhhhh...sukar untuk ditafsirkan! Sedapppppppppppppp...!!! Tapi layer untuk biskut marie saya tu nampak tipis sebab biskut marie tu memang tipis. Rasanya kalau gunakan jenama LEE macam yang disyorkan oleh penganjur, mesti nampak lebih menarik. InsyaAllah...lain kali boleh cuba lagi. SENANG...SEDAP...MENYELERAKAN!!!

Semalam...


Pagi semalam...bila bangun je dari tidur, hidung sudah tersumbat. Tandanya nak kena selesemalah tu. Entah...kadang2 saya pun hairan juga kenapa saya ni selalu kena selesema. Asal lepas menyapu je mesti selesema. Kalau cuaca sejuk je mesti selesema. 

Semalam Adik pergi ke sekolah agama lebih awal daripada biasa sebab minggu ini adalah minggu peperiksaan akhir tahun sekolah agama untuk Tahap 1 (Darjah 1,2 dan 3). Seawal jam 7:15 pagi van dah membunyikan honnya di depan pagar. Baliknya pula macam biasa...10:30 pagi sampai rumah. Lepas tu terus pergi mengaji pulak.

Adik ke sekolah kebangsaan dalam jam 12:30 tengahari. Selepas balik dari mengaji semalam, saya nak makan ubat. Adik cepat2 menawarkan dirinya untuk menolong. Adik ambil bekas ubat dan mencari ubat selesema. Pada sampul ubat2 tu semua ada tertulis ubat untuk penyakit apa. Jadi senanglah Adik mencarinya. Adik pun keluarkan 2 biji pil selesema. Lepas tu Adik pergi ambilkan air dan suruh saya makan ubat tu cepat2...

Semasa menunggu van sekolah sampai, badan saya ni dah rasa macam lemah2 gitu. Ini disebabkan oleh tindakbalas ubat yang saya makan. Kebiasaannya saya akan tidur lepas makan ubat tu.

Emak : Adik...mak rasa macam nak pengsan la..
Adik : Alaa...mak jangan la pengsan...!

Lepas tu saya saja2 melembikkan badan dan saja2 buat macam nak terjatuh baring.

Adik : Emak baring ajela kat sini...
Emak : Tak boleh...nanti orang nampak. Malu ler mak...
Adik : Ok...mak tunggu kejap ya... (dia pun terus ke depan pagar)

Selang beberapa minit, dia kembali semula kepada saya.

Adik : Mak, Adik dah mintak pada Allah supaya sakit emak hilang cepat2....!

MasyaAllah...sucinya niat Adik! Bila dia cakap macamtu, rasa tersentuh sangat hati ini. Moga Adik akan menjadi anak yang soleh...

Monday, October 17, 2011

Makan2 Dengan Emak


Selepas kami ke Program Jom Raya SKTPP 2011 ari tu, kami terus aje balik ke rumah. Masing2 dah kepenatan. Perut pun dah siap diisi masa di sekolah tu. Tengahari tu pun kami cuti memasak. Masing2 melepaskan rasa penat dan lelah berjalan2 di program tersebut. 

Selepas waktu Maghrib, kami berkunjung ke rumah sepupu saya di Perjiranan 8. Anak kepada kakak emak. Walaupun kami sama2 tinggal di Pasir Gudang tapi kami jarang berjumpa. Kebetulan masih dalam bulan raya, so kiranya kami pergi berayalah ke rumah dia. Lama kami berbual2...terutamya emak yang berbual dengan sepupu saya tu. Dah hampir 10 malam, kami meminta diri untuk pulang. Dalam perjalanan saya bertanyakan samada mereka nak makan atupun tidak. Masing2 menjawab "Nak....!!!!". Tempat paling hampir, paling selesa dan paling cepat ialah Restora Sasa di Pusat Bandar. Terus kami ke sana.

 Selepas membuat pesanan, sementara menanti makanan kami dihidangkan, masing2 duduk melayan diri sendiri. Ada yang bermain dengan telefon dan saya pula berbual2 dengan emak saya. 

Masing2 dah tak sabar menanti makanan dihidangkan...


 Adik memesan roti telur...yang paling cepat dihidangkan!

 Ini set nasi goreng ayam kunyit. Tak ingat pulak siapa yang  memesannya...

 Roti telur, nasi goreng kampung, nasi goreng sasa dan nasi pattaya...

Ada teh tarik, milo ais, karot susu dan air suam. Saya dan Abang Yang cuma makan sate jer...

 Masing2 sedang asyik menjamu selera masing2...

 Emakku sayanggg........!


Selepas masing2 dan kekenyangan, kami terus balik ke rumah. Keesokan harinya, emak dan Mak Su dah nak ke Putrajaya pulak. Ke rumah adik saya pulak. Singgah kejap sebelum balik ke kampung.
 

Saturday, October 15, 2011

Jom Raya SKTPP 2011



 Pada 25hb September telah berlangsung satu program yang setiap tahun dijalankan di Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Putih (SKTPP) iaitu program Jom Raya. Program berjalan seawal jam 8:30 pagi hingga 3:00 petang. Saya pergi jam 10:00 pagi bersama hubby, Adik, emak dan Mak Su. Masa tu semua acara dan permainan dah pun bermula. Banyak gerai yang menjual berbagai2 jenis makanan, perhiasan, permainan dan sebagainya. Nak beli kena guna kupon. Satu bundle kupon bernilai RM5. Kalau beli RM30 boleh masuk cabutan bertuah. Kalau beli RM50 pulak dapat masuk cabutan bertuah bonanza...kiranya untuk hadiah2 yang besarlah.
Mula2 saya pergi tengok perlawanan futsal. Pasukan Abang Yang dapat masuk pusingan akhir. Alhamdulillah. Perlawanan akhir berakhir tanpa sebarang jaringan. Penentuan kemenangan ditentukan dengan tendangan penalti yang akhirnya berpihak kepada pasukan Abang Yang. Juara dapat hadiah wang tunai RM100 yang dikongsi bersama 8 orang pemain. Dapatlah RM12.50 setiap orang.....


 Penentuan juara dengan tendangan penalti...

 Penyampaian hadiah kepada kumpulan yang menang...

 Antara aktiviti2 yang dijalankan adalah menunggang kuda comel, mewarna, ada mini zoo,paintball, rumah hantu, golf dan macam2 lagi...

 Diantara gelagat2 pengunjung yang petugas yang sempat dirakamkan...

 Macam2 ada dijual di gerai2 yang disediakan...




Friday, October 14, 2011

Rumah Terbuka Aidil Fitri 2011 - 21hb Sept 2011


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pengunjung. Kali ini nak bercerita pasal rumah terbuka kami sempena Aidil Fitri yang lalu. Syawal dah berlalu tapi baru nak buka cerita. Majlis tidaklahsebesar mana. Sekadar menjemput jiran setempat, teman2 blogger dan FB juga rakan2 sekerja hubby. Nak buat asing2 rasanya tak mampu sebab akan memakan masa dan memerlukan tenaga yang lebih. Mana larat nak buat sorang2. Bukan senang nak buat makan2 ni...

Pada mulanya hubby bercadang nak buat pada hujung minggu bersempena dengan cuti Hari Malaysia tu. Tapi risau pulak ramai yang tidak dapat hadir sebab tentunya masing2 ada rancangan sendiri. Yalah...cuti 3 hari hingga hari Isnin. Jadi akhirnya kami buat majlis tu pada hari Rabu...selepas waktu Maghrib. Alhamdulillah...ramai tetamu yang hadir. Tak menang tangan nak melayan semuanya. Ayong menjemput rakan2 sekolahnya...hampir satu kelas yang hadir. Dah tu terus sambut birthday dua orang rakan sekelas mereka pada hari tu. Ayong minta saya buatkan sebiji birthday cake...manalah sempat sayang oiii...! Akhirnya saya sempat juga menghias sebiji almond choc brownies untuk birtday boys tu. Dah tu disuruh pulak tulis happy birthday tu dalam bahasa Korea. Sebab ada sorang rakan mereka yang memang taksub dengan bahasa Korea. So...ikutkan je la...!

Main course hari tu ialah Nasi Bughari. Bukan masak sendiri sebaliknya ditempah oleg hubby. Katanya Nasi Bughari la...entah betul entah tidak rupa itu nasi bughari tu...wallahhualam. Tak pernah makan sebelum ni. Masa majlis tu emak dan Mak Su ada di rumah saya. So adalah juga tenaga kerja tambahan. Saya minta emak buatkan pulut kuning dikawankan dengan rendang daging. Selain nasi bughari, saya juga masak Mee Kari sebagai menu tambahan. Takut kalau2 nasi tu tak cukup. Selain itu ada juga saya sediakan pencuci mulut, kek, puding dan kuih2 yang lain.

Alhamdulillah...rakan2 FB dan blogger yang saya jemput, dapat menghadirkan diri. Ada yang saya belum pernah jumpa sebelum ini. Sekadar chatting kat FB je. Tapi saya pun tidaklah jemput ramai sangat...sekadar yang biasa dengan saya je. Jangan marah ya pada yang tidak mendapat jemputan dari saya tu. InsyaAllah...lain kali kita bertemu juga.

Tapi kan...apa yang saya takutkan pada malam itu berlaku juga...kekurangan makanan. Kesian sangat pada tetamu2 yang datang agak lewat sebab makanan utama semuanya dah habis. Yang tinggal cumalah kuih-muih jer. Harap2 mereka tidak serik untuk datang lagi lain kali...

Okeylah...jom kita layan gambar2 pada malam tersebut..
















Sunday, October 9, 2011

Marhaban Di Selayang 10, 12 Dan 13 - 17hb September 2011


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Cerita2 saya ni semuanya cerita tertunggak. Kisah dan peristiwa yang berlaku pada bulan lepas...sepanjang bullan September dan Syawal. Masa dan ketika itu memang tidak berkesempatan untuk menulis. Sekarang ni baru ada kelapangan sikit...tu yang mengambil kesempatan tu. Harapan saya agar pengunjung blog ini tidaklah berasa jemu dan bosan untuk membaca kisah2 yang saya paparkan ya.

Kisah kali ini berkisar kepada Program Marhaban di kejiranan kami di Selayang 10, 12 dan 13. Program tersebut sepatutnya dilangsungkan pada 12hb September (Isnin) tapi Ketua Kampung kami telah meminta jasa baik pihak masjid untuk menundanya ke hari Sabtu (17hb September 2011). Tujuannya adalah supaya semua ahli d ikejiranan kami dapat berkumpul bersama2 memandangkan hari tersebut merupakan hari berhujung minggu. Majlis tersebut dijalankan di waktu malam...selepas waktu Maghrib. Jamuan untuk program kali ini kami main order jer... Tak sempat nak memasak bersama2 macam program2 yang lepas. Masa tidak mengizinkan...

Menu yang kami tempah ialah nasi ambang dan roti jala. Buah2an dan minuman kami sediakan sendiri. Alhamdulillah...ada insan yang bermurah hati untuk menyumbangkan kuah mee rebus, jadinya kami cuma menyediakan bahan2 mee rebus sahaja seperti mee kuning, sayur2 dan sedikit hiasannya. Memandangkan menu utama kali ini kami tempah aje, jadinya masa rewang pada sebelah petang tu tak banyak yang perlu kami buat. Sekadar menyusun makanan, memotong buah, menyediakan ruang makan di bawah khemah dan lain2 tugas yang ringkas. Kali ini kami menumpang di rumah Ustazah Mariam semasa rewang tu.

Di antara mereka yang melapangkan masa bersama2 untuk menyediakan apa yang patut pada petang tu...

Program marhaban berjalan selepas waktu maghrib. Kumpulan marhaban dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut jalan....cepat sikit habisnya. Kumpulan marhaban yang datang ke rumah saya pada malam tu akan turut berkunjung ke 11 buah rumah yang lain di jalan yang sama. Tapi mereka marhaban tidaklah lama sangat...rasanya dalah dalam 6,7 minit jer. Saya sediakan juga sedikit juadah untuk mereka. Biasanya mereka tidak makan dan minum di setiap buah rumah sebabnya kami semua akan berkumpul di khemah yang telah disediakan untuk sama2 menjamu selera.

Inilah yang sempat saya sediakan...air minuman, kek marble, bubur kacang hijau dan juga keropok.


 Marhaban kat rumah saya...

 Ada yang sempat menjamah hidangan sebelum melangkah keluar untuk ke rumah yang seterusnya...


 Inilah juadah kami pada malam tersebut...kenapa nasi ambang tak ada dlam gambar ya???

 Pelbagai aksi mereka yang sedang manjamu selera...

 Menjamu selera di perkarangan rumah Ustazah Mariam...


 Sebelum makan2, ada ucapan sikit dari Ketua Kampung dan Tok Imam...