Friday, May 14, 2021

Riang Ria 1 Syawal 1442H / 2021M

1 SYAWAL 1442H | 13.05.2021 | RABU
Alhamdulillah. Masih dikurniakan kesempatan untuk meraikan 30 hari berpuasa di bulan Ramadhan. Kali kedua meraikannya dalam suasana PKP. Raya kali ini, bertambah seorang lagi ahli keluarga. Pertama kali beraya dengan menantu. Walaupun dia tak dapat beraya dengan kedua ibubapanya di Tapah, tapi kami juga ialah keluarganya juga. Sama macam anak2 yang lain.  
Raya kali ini tak boleh keluar untuk bergambar. Makanya, kami bergambar di keliling rumah je. Di laman rumah, di jalan depan rumah. Bergambar untuk kenangan.