Wednesday, May 12, 2021

Di Ambang Syawal 1442H - 2021M

30 RAMADHAN 1442H | RABU | 12.05.2021

Di ambang Syawal 1442H. Hari terakhir berpuasa untuk tahun 1442H/2021M. Alhamdulillah, anak2 menantu semua ada berkumpul bersama. Malam tadi, mereka sama2 menganyam sarung ketupat. Haziq baru belajat menganyam. Dapat la 3 biji. AbangYang lebih pantas daripada AbangNgah. Adik tak pegang langsung.

Hari Isnin lepas saya dah mula merendang - rendang tok & rendang pedas. Rendang tok memerlukan masa yang lama untu k dimasak. Masak awal2, nanti boleh disejukbekukan dan dipanaskan semula bila tiba masanya. Hari Selasa, siap masak kuah untuk masak merah ayam dan juga kuah kacang.  Dan petang ini, cuma perlu masak kuah lodeh sahaja. Manakala anak2 dan MyKanda, ambil bahagian untuk mengisi & merebus ketupat.

Juadah berbuka di ambang Syawal - ketupat, rendang tok, rendang pedas daging, ayam masak merah, kuah kacang, kuah lodeh
Munjung oleh Maz - nasi kerabu, Shidah - set nasi impit, Ayong & Haziq bawak lemang 3 batang.


No comments: