Menu Berbuka 17 Ramadhan 1442H | 29.04.2021 | KHAMIS
Hari ini kepenatan sebab pagi tadi ada Majlis Tadarus & Khatam Al-Quran Ramadhan anjuran Kelas TDT. Jadinya, juadah berbuka hari ini MyKanda beli je di Dapur Selatan. Dan pesan, jangan beli macam2. MyKanda beli laksa Johor 3 bekas dan kuih 2 bekas - talam suji & talam cendol. Saya pula kukus pau je. AbangNgah pulak tak berbuka di rumah hari ini.
Menu Berbuka 18 Ramadhan 1442H | 30.04.2021 | JUMAAT
Hari ini berbuka seorang di ri di rumah. MyKanda terpaksa berbuka di kilang sebab hari ini ada "stock take". Semua lapuran kena siapkan hari ini juga. So terpaksalah MyKanda stay back sampai siap semuanya. AbangNgah pula ada makan2 di hotel. Ada yang belanja diorang berbuka puasa.
Kalau berbuka sendirian, makan apa yang ada je la. Tapi alhamdulillah, rezeki tak salah alamat. Roti jala & agar2 santan tu pemberian Zu dan bubur kacang pula pemberian Maz. Dua2 jiran selorong saya ni. Saya cuma kopek sebiji harumanis yang masih berbaki. Akhirnya, cuma menjamah harumanis, 2 gulung roti jala, 3 potong agar2 dan sedikit bubur.
Menu Berbuka 19 Ramadhan 1442H | 01.05.2021 | SABTU
Hari ini berbuka berdua je dengan MyKanda. AbangNgah dah keluar tadi. Bawak diri katanya. Haaaaa...! Tak berbuka di rumah katanya. So, petang2 tu MyKanda ajak keluar cari juadah. Tak tau nak cari apa, nak cari kat mana. Then saya cadangkan cari di Pondok Makan je, di Selasih Pulau. Maka kami ke situlah mencari juadah berbuka. Kami beli soto bihun 2 bungkus, kuih nona manis & puteri ayu, bubur pulut hitam & ayam seketul.
Lepas tu MyKanda ajak pusing2 tengok lokasi bazaar Ramadhan yang lain. Pusing menghala ke Pusat Bandar. Nampak ada bazaar di jalan depan McD tu, yang menghala ke Taman Mawar. Bazaar di Pusat Bandar, yang dekat perhentian bas tu, dah tak banyak gerai di situ. Agaknya ramai yang pindah ke lokasi baru dekat McD tu. Pusing2 situ je. Tak singgah pun. Then singgah KHJ beli buah je. Itu yang ada tembikai tu. Hehehehee....
Menu Berbuka 20 Ramadhan 1442H | 02.05.2021 | AHAD
Spagheti goreng digoreng oleh MyKanda. Buah tembikai ada baki yang semalam punya. Kuih serimuka tu pemberian Maz. Agar2 santan tu lebihan saya berbuka kelmarin. Ayam tu pula sebenarnya ialah ayam KFC. Selepas terawih semalam, macam teringin nak makan ayam goreng. Ajak MyKanda pergi KFC drive thru. Beli 6 ketul. Saya makan 2, MyKanda makan 1. Baki 3 ketul tu, MyKanda goreng semula.
Saya makan portion yang ini je. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment