Friday, May 14, 2021
Riang Ria 1 Syawal 1442H / 2021M
Thursday, May 13, 2021
Bertukar-tukar Juadah Raya 2021
Alhamdulillah. Antara menu2 yang dimunjung oleh jiran2 dan sahabat2 kuliah. Terima kasih atas juadahnya. Semuanya enak2 belaka.
Wednesday, May 12, 2021
Di Ambang Syawal 1442H - 2021M
Di ambang Syawal 1442H. Hari terakhir berpuasa untuk tahun 1442H/2021M. Alhamdulillah, anak2 menantu semua ada berkumpul bersama. Malam tadi, mereka sama2 menganyam sarung ketupat. Haziq baru belajat menganyam. Dapat la 3 biji. AbangYang lebih pantas daripada AbangNgah. Adik tak pegang langsung.
Hari Isnin lepas saya dah mula merendang - rendang tok & rendang pedas. Rendang tok memerlukan masa yang lama untu k dimasak. Masak awal2, nanti boleh disejukbekukan dan dipanaskan semula bila tiba masanya. Hari Selasa, siap masak kuah untuk masak merah ayam dan juga kuah kacang. Dan petang ini, cuma perlu masak kuah lodeh sahaja. Manakala anak2 dan MyKanda, ambil bahagian untuk mengisi & merebus ketupat.
Majlis Khatam Al-Quran Ramadhan 1442H - Surau Nur Iman
Alhamdulillah. Surau Nur Iman meraikan kariah2 yang telah mengkhatam 30 juzuk Al-Quran dalam bulan Ramadhan 1442H ini. Dijemput hadir untuk solat Isyak berjemaah dan majlis ringkas selepas solat.
Monday, May 10, 2021
Juadah Berbuka 26 - 28 Ramadhan 1442H
Thursday, May 6, 2021
Juadah Berbuka 22 - 24 Ramadhan 1442H
Menu berbuka 22 Ramadhan 1442H | 04.05.2021 | SELASA
Dah panaskan lebihan berbuka hari2 yang sebelum ini tapi MyKanda balik bawa set sate pula. Jadinya, yang dah dipanaskan tadi masuk semula dalam petiais. Ada juga nasi impit dan 2 keping murtabak. Tapi saya makan cuma 4 cucuk sate, nasi impit sikit dan juga spagheti goreng sikit.