Menu 9 Ramadhan 1442H | 21.04.2021 | RABU
Hari ni saya tak masak sebab dah tau akan dapat makanan petang nanti. Makanan sebagai penginfaq juadah berbuka puasa di Rumah Anak Yatim Darul Hanan. Ustazah berikan saya 3 set makanan dan 2 set kuih & buah. Alhamdulillah, cukup untuk kami bertiga. MyKanda pulak ada beli kuih lompang dan bingka jagung di kantin kilang. Ada juga juadah puding kastad jagung yang diberi oleh jiran selorong, Ain Zazali. Masa berbuka, saya cuma makan sebiji kurma, sebiji epal, air dan karipap.
Menu 10 Ramadhan 1442H | 22.04.2021 | KHAMIS
Ada lebihan nasi ayam semalam, saya satukan dengan baki nasi putih dan goreng semula. Beginilah kalau bulan Ramadhan. Setiap hari ada saja yang berbaki. Padahal bukannya masak atau beli banyak pun. Cukup kadar untuk 3 orang sahaja. Abang Ngah balik kerja bawa roti john tiga, cucur udang dan popia sayur & ketam. MyKanda pulak bawak balik kuih serimuka dan kuih bom. Alhamdulillah atas segala nikmat dan rezeki daripadaNYA.
Menu Berbuka 11 Ramadhan 1442H | 23.04.2021 | JUMAAT
Menu hari ini semuanya lebihan semalam punya kecuali set nasi ayam yang diberikan oleh jiran, Zana Rahman. Roti john tu semalam AbangNgah makan satu, dan saya makan 1/3 bahagian masa sahur. Cucur udang, karipap dan popia tu saya goreng semula. Bingka jagung, sepotong kole kacang dan sebiji apam cokelat tu saya kukus semula.
Hari ini macam terasa nak makan nasi. So masak nasi putih, goreng ikan, buat telur dadar dan goreng sayur. Kukus juga pau inti ayam. Ada dapat bubur lambuk dari masjid. Ayong dan Haziq berbuka bersama2 hari ini. Deme beli kuih-muih - puteri ayu, nona manis dan pau sambal. Suka tengok Ayong dan Haziq makan. Bertambah2. Dan deme datang bawak berita gembira. Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment