Thursday, April 29, 2021

Juada Berbuka 13 - 16 Ramadhan 1422H

Menu Berbuka 13 Ramadhan 1442H | 25.04.2021 | AHAD
Hari ni meriah juadah berbuka kami. MyKanda beli ikan merah, minta masakkan sup. Ayong dan Haziq ke Bazaar Ramadhan. Deme beli kuih2 dan rojak asma. MyKanda pulak dah terpecahkan 4 biji telur. So saya buat tauhu telur kukus. Mempelam harumanis yang dibeli daripada kawan di Perlis, saya kopek dua biji. Bubur lambuk 2 bekas tu pula dihantar oleh KakG dan Rai dari Selasih Pulau. Alhamdulillah...
Menu Berbuka 14 Ramadhan 1442H | 26.04.2021 | ISNIN
Berbuka hari ini cuma kuks pau ayam. Kukus semula lebihan nasi putih semalam. Panaskan baki sup ikan dan "make over" bubur lambuk semalam. Alhamdulillah...
Menu Berbuka 15 Ramadhan 1442H | 27.04.2021 | SELASA
Semalam dah macam teringin nak makan sanwic telur tapi tak ada rotinya. Bali kelas tadi, singgah KHJ, beli roti, ikan dan sayur sikit. Saya buat sanwic telur, goreng ikan kembung dan goreng sayur pak choy. Selepas Asar, sampai pula gulai lemak pisang lilin dan pau pemberian Kak Jah.  Alhamdulillah...
Menu Berbuka 16 Ramadhan 1442H | 28.04.2021 | RABU
Jenuh fikir nak masak apa hari ini. Masak pun, berapa nak makan AbangNgah dan saya. MyKanda lalu je makannya. Akhirnya, masak bihun goreng aje. Masa tengah menumis, Shidah telefon nak hantar makanan. Tapi disebabkan tumisan dalam kuali atas dapur, makanya minta Shidah letakkan aje atas tembok pagar. Selesai menggoreng bihun, AbangNgah balik dari kerja. Minta dia ambilkan makanan yang di atas tembok pagar tadi. Bila dia letak atas meja, serta merta teringat! Allahuakbar! Betul terlupa pasal makanan ini.
Hari ini giliran kariah kami di Selayang 10, 12 & 13 menyumbangkan judah berbuka puasa ke Masjid Jamek Taman Pasir Putih (Masjid Hijau). Jadinya, saya pun menyelit 3 pek untuk kami berbuka. Set nasi jagung dan kuih2. Daripada 3 pek nasi tu, MyKanda je makan nasi masa berbuka. AbangNgah dan saya makan bihun goreng dan kuih2 je. Alhamdulillah...


Sunday, April 25, 2021

Juadah Berbuka 9 - 12 Ramadhan 1442H

Menu 9 Ramadhan 1442H | 21.04.2021 | RABU
Hari ni saya tak masak sebab dah tau akan dapat makanan petang nanti. Makanan sebagai penginfaq juadah berbuka puasa di Rumah Anak Yatim Darul Hanan. Ustazah berikan saya 3 set makanan dan 2 set kuih & buah. Alhamdulillah, cukup untuk kami bertiga. MyKanda pulak ada beli kuih lompang dan bingka jagung di kantin kilang. Ada juga juadah puding kastad jagung yang diberi oleh jiran selorong, Ain Zazali. Masa berbuka, saya cuma makan sebiji kurma, sebiji epal, air dan karipap.

Menu 10 Ramadhan 1442H | 22.04.2021 | KHAMIS
Ada lebihan nasi ayam semalam, saya satukan dengan baki nasi putih dan goreng semula. Beginilah kalau bulan Ramadhan. Setiap hari ada saja yang berbaki. Padahal bukannya masak atau beli banyak pun. Cukup kadar untuk 3 orang sahaja. Abang Ngah balik kerja bawa roti john tiga, cucur udang dan popia sayur & ketam. MyKanda pulak bawak balik kuih serimuka dan kuih bom. Alhamdulillah atas segala nikmat dan rezeki daripadaNYA.
Menu Berbuka 11 Ramadhan 1442H | 23.04.2021 | JUMAAT
Menu hari ini semuanya lebihan semalam punya kecuali set nasi ayam yang diberikan oleh jiran, Zana Rahman. Roti john tu semalam AbangNgah makan satu, dan saya makan 1/3 bahagian masa sahur. Cucur udang, karipap dan popia tu saya goreng semula. Bingka jagung, sepotong kole kacang dan sebiji apam cokelat tu saya kukus semula.
Menu Berbuka 12 Ramadhan 1442H | 24.04.2021 | SABTU
Hari ini macam terasa nak makan nasi. So masak nasi putih, goreng ikan, buat telur dadar dan goreng sayur. Kukus juga pau inti ayam. Ada dapat bubur lambuk dari masjid. Ayong dan Haziq berbuka bersama2 hari ini. Deme beli kuih-muih - puteri ayu, nona manis dan pau sambal. Suka tengok Ayong dan Haziq makan. Bertambah2. Dan deme datang bawak berita gembira. Alhamdulillah...

Thursday, April 22, 2021

Infaq Berbuka Puasa Ke Rumah Anak Yatim Darul Hanan

 

9 Ramadhan 1442H | 21.04.2021 | RABU
Alhamdulillah. Hari ini kami menyantuni anak2 yatim di Rumah Anak Yatim Darul Hanan, Taman Bukit Dahlia. Kami sebagai sukarelawan Darul Hanan (DH) bersama dengan Ustazah Maisarah telah mengagihkan sumbangan makanan untuk berbuka puasa di DH. Lin dan saya ditugaskan untuk menghantar makanan yang telah siap dibungkus ke DH.  Kami menaja sebanyak 70 set makanan yang terdiri daripada set nasi ayam, set kuih-muih dan juga buah epal merah.
Saya bawak set nasi ayam. Lin pulak bawak set kuih-muih dan buah epal. Seat belakang Myvi dilipat untuk memuatkan bungkusan2 makanan tersebut. 

Sementara kami berdua menghantar makanan ke DH, sukarelawan2 yang lain bertugas membungkus set makanan yang sama untuk diagihkan kepada penginfaq2 untuk majlis itu. Alhamdulillah. Segalanya dipermudahkan olehNYA. Jazakallahu kahiran kathiro kepada semua penginfaq.


Wednesday, April 21, 2021

Juadah Berbuka 5 - 8 Ramadhan 1442H

Menu 5 Ramadhan 1442H | 17.04.2021 | SABTU
Ayong bagitau diorang nak datang berbuka dengan kami petang ini. Memang dah plan nak goreng bihun je. Maka jadilah bihun goreng. Diorang datang bawa buah melaka. Kata Ayong, Haziq yang membuatnya. Ayong cuma tukang kacau. Hahahaaa....untunglah Ayong, suami rajin memasak.
Saya makan bihun sikit. Lepas tu makan buah melaka. Haziq perhatikan aje mak mentua dia mengunyah buah melaka tu. Dia menunggu komen daripada mak mentuanya. HAhahhaaa...
Alhamdulillah. Sedap. Gula melakanya secukupnya. Cumanya ketebalan dohnya kena kurangkan sikit.
Sedap tengok deme berdua makan. Bertambah2. Dua2nya berselera sangat makan.
Menu 6 Ramadhan 1422H | 18.04.2021 | AHAD
Petang ni MyKanda masak asam pedas ikan sembilang sekuali. Campur dengan bendi. Jiran - Hj Azmin - pula bagi sebungkus air soya masa datang bagi sumbangan untuk berbuka puasa. Dan jiran yang seorang lagi - Ain Zazali - bagi sata, sepotong lemang dan rendang daging masa datang bagi sumbangan untuk berbuka puasa. Tembikai tu MyKanda beli masa dia membeli ikan. Dan saya minta AbangNgah belikan sekeping murtabak daging & sekeping murtabak ayam. Macam teringin pulak nak makan murtabak. Akhirnya saya cuma makan sebiji kurma, 3 potong tembikai dan 4 potong murtabak.

Menu 7 Ramadhan 1442H | 19.04.2021 | ISNIN
Hari Jumaat aritu order mempelam Harumanis daripada sahabat di Perlis. Hari Sabtu dia dah pos. Hari Isnin dah sampai. Tapi tak boleh makan terus sebab kena tunggu hingga 24.04.2021 baru elok masak dan manisnya. Tapi sebab tak sabr, kopek juga sebiji yang dah kuning. Menu hari ini pun, semuanya baki berbuka yang lepas2. Nasi goreng tu lebihan semalam dan dicampur dengan nasi ayam, digoreng semula dan diolah sikit. Bihun pun lebihan hari Sabtu aritu. Asam pedas pun lebihan aritu. Karipap je baru digoreng. Walaupun bermacam2 juadah di atas meja, saya cuma makan sebiji kurma, sebiji karipap dan mempelam. Alhamdulillah.
Menu 8 Ramadhan 1442H | 20.04.2021 | SELASA
Hari ni buat menu baru. Masak nasi putih. Masak lemak pedas ikan siakap 3 ketul. Ada udang dalam petiais. MyKanda dan AbangNgah tak makan udang. Makanya, saya asingkan kuah lemak ikan tu dan masuk 6,7 ekor udang untuk diri sendiri. So, ikan untuk MyKanda dan AbangNgah, dan udang tu untuk saya. Ulam raja dan selom tu saya petik di laman rumah je. Alhamdulillah. Hari ini berbuka saya makan nasi. Pertama kali saya makan nasi dalam bulan Ramadhan ni.





Saturday, April 17, 2021

Juadah Berbuka 1 - 4 Ramadhan 1442H

 

Menu 1 Ramadhan | 13.04.2021 | SELASA

Spagheti bolognese je dengan bubur lambuk baki sehari sebelumnya pemberian Norshidah Selasih Pulau. Bubur lambuk tu dah di-modified oleh MyKanda. Saya cuma makan sebiji kurma, 2 cawan air dan 3 sudu bubur lambuk. Tiada keinginan untuk makan yang lain2 tu.

Menu 2 Ramadhan 1442H | 14.04.2021 | RABU 
Lempeng kodong dan kari telur campur kentang sahaja. Sangat2 ringkas menu kami berbuka. Kami cuma bertiga sahaja. Ayong dan suami di rumah sendiri. AbangYang di Sunway. Adik di Bandar Penawar. Saya cuma amakan sebiji kurma dan sekeping lempeng. Alhamdulillah...
Menu 3 Ramadhan 1442H | 15.04.2021 | KHAMIS
Menu hari pertama dan kedua masih berbaki. Makanya, dipanaskan semula kuah spagheti, celur semula spagheti, panaskan semula kari telur. Lempeng pun dipanaskan semula. Lempeng tu saya buat cuma dalam 8 keping je semalam. Saya makan sekeping, MyKanda 2 keping, AbangNgah pun 2 keping. Bakinya hari ini pun tak abis makan juga...
Menu 4 Ramadhan 1442H | 16.04.2021 | JUMAAT
Alhamdulillah. Bersahur pagi tadi dengan nasi putih dan telur mata permintaan AbangNgah. Ada nasi yang berbaki. Maka jadilah nasi goreng untuk berbuka. Gorengkan juga ayam dalam 4 ketul. Lempeng masih berbaki. Jadi saya potong 4 setiap lempeng tu, celup telur dan goreng. Tak tau la nak panggil apa menu tu. Hahahaaa......! Dan alhamdulillah, ada rezeki pemberian jiran Selayang 13 - Aina - nasi ayam. Tapi nasi ayam tu pun tak disentuh masa berbuka. Simpan untuk bersahur pulak.
Saya makan sebiji kurma dan 3 keping lempeng celup telur. Alhamdulillah.