Friday, August 1, 2014

Sambutan 1 Syawal 1435H

Tahun ini kami tidak bersiap sakan macam tahun2 yang lepas. Kalau dulu, paling kurang mesti berganti baju Melayu dan baju kurung / jubah baru. Tapi tahun ni hubby kata tak perlu tukar baju. Kita pakai baju tahun lepas je. Cumanya, untuk lelaki, pakai baju Melayu dengan seluar slack hitam dan sampin. Tak pakai baju Melayu sepasang. Ikut stail Sultan Johor katanya. Saya cuma beli sehelai jubah dan Ayong pula beli sepasang baju kurung. Tapi kedua2nya pun masih belum dipakai. Hari raya pertama kami cuma pakai jubah tahun lepas je yang berwarna hitam. Tudung je ada warna hijau...sebab nak matchingkan dengan baju Melayu hijau. Tudung saya pun tudung tahun lepas je.
Tahun ini bergambar di dalam rumah aje sebab emak mentua tidak sihat. Emak mentua tak boleh bergerak. Dalam gambar ni, emak duduk atas kerusi malas. Itupun diangkat oleh anak2 lanangnya. Emak tidak boleh bergerak sendiri. Nak duduk sendiri pun tak boleh. Biasanya emak akan terbaring sahaja. Makan, minum, mandi semuanya dibuat sambil berbaring. Cuma hari raya ni emak kuatkan diri untuk duduk lama sikit di atas kerusi malas tu. 
Itu sebab hubby malas nak bersiap macam2. Kuih raya pun saya buat sejenis aje. Lepas tu beli 3,4 jenis yang lain. Biasanya kalau tiba hari memasak tu, emaklah yang sibuk mengarahkan itu ini di dapur. Kali ini emak sibuk juga tapi cuma dari tempat emak baring aje la. Kesian emak. Dah hampir setahun emak menderita. Moga Allah berikan kesembuhan kepada emak. Walau bagaimanapun, alhamdulillah sebab memang ada perubahan berbanding dengan awal2 emak sakit dulu. Dan orang yang paling banyak berjasa kepada emak ialah Pak Andak dan Mak Andak. Merekalah yang menjaga emak. Mak Andak berhenti kerja sebab nak jaga emak. 
Ini gambar kami masa raya tahun lepas - 2013 - di Perak. Ayong dan saya memakai tudung yang sama tahun ni. Anak2 dan hubby pun memakai baju Melayu yang sama.

No comments: