Friday, August 1, 2014

Mak Lah

 Ini Mak Lah. Kakak kepada emak mentuaku. Gigi dah tak ada. Tapi senyumannya tetap manis. Kami berkunjung ke rumah Mak Lah pada hari raya pertama hari tu. Mak Lah pun tak berapa sihat. Sekarang ni dah pakai lampin pakai buang je. Tapi Mak Lah masih boleh bergerak sendiri dan berjalan. Emak tinggal tiga beradik sahaja lagi. Seorang kakak dan seorang abang. Abang emak ialah Wak Amat. Tak ada pulak saya snap gambar Wak Amat aritu. Wak Amat pun dah uzur juga. Mata Wak Amat dah tak boleh nampak tapi masih boleh bergerak ke sana sini. Emak je yang tidak boleh bergerak. Pagi hari raya kedua, Abang More dan hubby pergi ke rumah Mak Lah sekali lagi. Mereka memujuk Mak Lah untuk datang ke rumah. Mereka cadang nak dukung je Mak Lah masuk kereta tapi Mak Lah tak nak. Katanya nanti dia datang dengan anaknya, Nor dan Mala.
 Alhamdulillah. Petang tu sampai juga Mak Lah ke rumah emak. Berbuallah mereka dua beradik. Seronok tengok emak sebab dapat jumpa kakaknya. Walaupun jarak rumah mereka tidak sampai satu kilometer tetapi disebabkan keuzuran masing2 membuatkan mereka tidak berjumpa. Allahhuakbar! Nampak emak bergurau senda dan happy2 dengan Mak Lah.
 Mak Lah ni dah bongkok sabut. Berdiri dalam keadaan bongkok 90 darjah. Berjalan terpaksa menggunakan sokongan. Masa nak turun tangga di rumah emak, Mak Lah tak nak dibantu. Hubby nak dukung je ke bawah tapi Mak Lah melarang keras. Abang More pun kena marah manja dek Mak Lah masa Abang More acah2 nak gendong Mak Lah turun tangga. Dan Mak Lah lebih selesa berjalan dengan bertongkatkan kerusi plastik. Laju je Mak Lah berjalan dengan bantuan kerusi plastik tu.
 Pandai Mak Lah posing depan kamera. Kerusi inilah jadi peneman Mak Lah. Ke mana pergi mesti bawa kerusi ni sebagai tongkat.
Kan? Laju je Mak Lah bergerak dengan bantuan kerusi plastik tu. Kata Mala, Mak Lah nak guna kerusi tu aje. Tak nak yang lain. Agaknya sebab dah selesa gunakan yang itu.

No comments: