Friday, August 1, 2014

Kisah Ibu Mertuaku

Ini ialah emak mentua saya. Hajjah Misnah binti Haji Siraj. Nampak muka emak ceria aje...kan? Nampak macam rileks aje emak duduk di atas kerusi malas tu. Sebenarnya.........

Emak mentua saya dah tak boleh bergerak sendiri. Hari2 biasa, dia hanya terbaring sahaja. Kisahnya bermula tahun lepas...rasanya selepas hari raya haji...sekitar bulan September 2013. Waktu Maghrib. Emak ambil wuduk di dalam bilik air. Tiba2 emak jatuh sebab badannya tiba2 lemah. Bermula dari situlah emak tidak boleh bergerak. Seminggu selepas emak jatuh, kami balik kampung. Kami sampai dalam pukul 1:30 pagi Sabtu. Hubby memujuk emak untuk ke hospital. Emak tak nak. Sebelum ini pun dah jenuh abah dan adik2 ipar memujuk emak untuk ke hospital. Tapi emak tetap berdegil tak nak ke hospital. Kami terus memujuk. Kami kata, kalau ke hospital, doktor boleh tahu apa sakit sebenarnya. Paling kurang pun boleh masuk air untuk mendapatkan tenanga. Kalau di rumah, tak boleh buat apa2 pun. Cuma terlantar begitu aje. Tapi tiada kata putus dari emak pada dinihari tu.

21hb September 2013, Sabtu
Masa kami bangun untuk solat Subuh dan menyediakan sarapan, emak dah siap2 nak mandi. Hubby tanya kenapa awal sangat nak mandinya. Kata emak, dia nak ke hospital. Alhamdulillah! Terbuka juga pintu hati emak untuk ke hospital. Sebenarnya, sebelum2 ini pun, hanya hubby sahaja yang berjaya memujuk emak untuk ke hospital. Masa kaki emak kena cakar dek kucing aritu, kami juga yang bawa emak ke Hospital Pakar Putra di Batu Pahat. Lepas dapatkan rawatan, barulah luka emak tu beransur sembuh.
Selepas bersiap2, kami menghubungi ambulan. Nak bawa sendiri ke hospital tak boleh sebab emak memang tak boleh bergerak. Memang kena angkat dengan stratcher. Nak masuk dalam kereta biasa memang tak boleh. Itu sebab kena panggil ambulan. Badan emak agak gempal juga. Jadinya kami beramai2 mengangkat emak dengan menggunakan selimut untuk diturunkan setingkat ke bawah sebelum diletakkan di atas stratcher. Lepas tu baru ditolak masuk ke dalam ambulan. Saya mengiringi emak di dalam ambulan untuk ke hospital. Hubby, abah, Abng Ngah dan Pak Andak naik kereta mengikuti kami dari belakang.
Rasanya itulah kali kedua saya menaiki ambulan. Kali pertama semasa nak bersalinkan Ayong di Perak 20 tahun lepas. Pening kepala duduk dalam ambulan tu. Cuma yang bestnya, ** best ke?** bila ambulan membunyikan siren dan semua kenderaan lain memberi laluan. Lampu isyarat merah pun semua dilanggar. Kami menuju ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar. Sampai di hospital, saya daftarkan emak di wad kecemasan sebelum emak di tolak masuk ke Zon Kuning.
Lama juga emak diperiksa di dalam Zon Kuning ini. Dan kami juga dua tiga kali dipanggil masuk ke dalam oleh doktor yang memeriksa emak. Kata doktor, emak kena light stroke. Allahhuakbar! Tapi in shaa Allah boleh sembuh seperti sediakala. Selepas itu emak ditolak masuk ke Wad 9.
Di sini doktor masih membuat bermacam2 pemeriksaan. Sampai ke waktu melawat pun tak siap2 memeriksa lagi. Terpaksalah adik-beradik yang datang nak melawat emak berdiri di luar wad dulu. Abah pun resah menanti. Masa ni barulah saya terasa lapar dan dahaga. Dari awal pagi belum menjamah apa2 lagi. Saya lari sekejap ke kantin membeli air mineral dan roti krim sebagai alas perut.
 Selepas tamat waktu melawat, barulah emak dapat lelap. Masa ni kami lari sekejap ke rumah Abang More (abang hubby) yang dekat dengan hospital. Sempatlah kami makan tengah hari, berehat dan bersolat. Dah hampir waktu melawat sebelah petang, kami kembali semula ke hospital. Ramai yang datang meziarah emak. Adik-beradik emak abah, jiran2 terdekat, biras2 yang berhampiran serta adik-beradik dan anak2 saudara hubby. Allahhuakbar! Seharian saya di hospital, baru terasa kepenatannya. Dah tak larat nak berdiri rasanya. Lenguh kaki. Habis waktu melawat, kami singgah makan malam dahulu sebelum balik ke rumah. Tinggallah emak di hospital ditemani oleh Pak Teh yang baru sampai dari Pasir Gudang petang tadi. Sampai aje di rumah, saya membersihkan diri. Lepas tu terus bummmmm dan zzzzzzz.

22hb September 2013, Ahad
Dalam jam 10:00 pagi kami bergerak ke hospital lagi. Kali ini Abang Yang ikut sama sebab dia akan balik ke Seremban tengah hari ini. Kebetulan hari Jumaat tu dia balik ke P.Gudang tapi tak sempat sampai ke rumah pun. Kami jemput dia di Larkin Sentral dan terus balik ke Muar. Hari ini baru dia sempat melawat neneknya sebab semalam seharian kami di hospital. Jam 11:00 pagi kami beredar ke stesen bas Muar tu untuk mencari tiket ke Seremban. Nasib baik ada. Bas Maju, gerak jam 12:30 tengah hari. Sebelum tu kami ke Tanjung Emas dulu untuk menjamu selera. Selepas Abang Yang selamat menaiki bas, kami bergerak semula ke hospital. Alhamdulillah. Emak nampak bertambah sihat. Tak le tak bermaya macam semalam. Agaknya sebab masuk air tu dan ubat2 yang diberi. Dan selepas Isyak kami balik ke Pasir Gudang.

28hb Julai 2014, Isnin - 1 Syawal 1435H
 Beginilah keadaan emak. Terpaksa diangkat oleh anak2 unutk duduk dan turun dari kerusi malas. Emak tak boleh duduk lama2 sangat. Di atas tikar getah hijau inilah kawasan pembaringan emak. Biasanya ada tilam bujang di tepi langsir hijau tu...tempat emak baring. Dan di bahagian tikar hijau berjalur tu - yang diduduk oleh Pak Su, Mak Su dan Riyad berbaju biru tu - ialah tempat emak membersihkan diri.
 Kalau emak nak membuang air, emak akan mengesot secara berbaring ke sebelah kiri dan tikar getah tu akan diselak. Di bawah tikar getah tu adalah lantai papan yang boleh dibuka. Di situlah emak membersihkan diri...mandi, buang air, gosok gigi. Awal2 dulu, nak bergerak sedikit pun memerlukan bantuan anak2 dan menantu. Sekarang ni emak dah boleh bergerak sendiri walaupun secara berbaring aje. Makan minum pun dah boleh suap sendiri. Dulu kena disuapkan dan minum kena guna straw yang boleh dibengkokkan tu. Alhamdulillah...dah ada perubahan yang baik. Moga emak akan bertambah sihat dan diberikan kesihatan yang baik olehNYA. In shaa Allah.

No comments: