Sunday, March 2, 2014

Mesyuarat Agung PIBG SKTPP Kali Ke-12


Alhamdulillah. Mesyuarat Agung PIBG SKTPP Kali Ke-12 telahpun selamat diadakan pada hari Sabtu lepas, 1hb Mac 2014.
AJK PIBG Sesi 2013/2014 telah mengadakan mesyuarat terakhir pada  hari Ahad, 23hb Februari, jam 8:30 malam. Mesyuarat terakhir sebelum AGM. Semua AJK telah diagihkan tugas masing2. Saya telibat dengan sambutan tetamu dan VIP. Tetapi di saat akhir, saya menerima panggilan dari guru bertugas meminta saya untuk bertugas di kaunter pendaftaran kerana kekurangan tenaga di situ. Ai ai maam!

Pendaftaran bermula seawal jam 7:30 pagi. Pendaftaran dibahagikan mengikut tahun anak2....Tahun 1 hingga Tahun 6. Dan ibubapa yang hadir juga diberikan door gift sebagai tanda penghargaan dengan kehadiran mereka yang merupakan sebuah beg, sebatang pen dan buku program. 

Ketibaan tetamu VIP


Progam dimulakan dengan nyanyian lagu "Bangsa Johor", diikuti bacaan doa selamat, ucapan oleh Puan Guru Besar SKTPP, Puan Rosyati Jani dan menyusul pula ucapan oleh Yang Di Pertua (YDP) PIBG, Encik Haron bin Maskam.
 Bacaan doa
Ucapan alu-aluan daripada Puan Rosyati binti Jani, Guru Besar SKTPP
Ucapan alu-aluan daripada En Haron bin Maskam, YDP PIBG 2013/2014

AGM kali ini telah dirasmikan oleh Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Datuk Dr Arshad bin Kassim. Dan beliau juga dengan rasminya telah menjadikan SKTPP sebagai anak angkat PSI. Alhamdulillah. InsyaAllah...banyak program yang akan bergabung dengan PSI akan dilakskanakan pada kali ini. 
Perasmian oleh Datuk Dr Arshad bin Kassim
Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan ( PIS )

Selepas perasmian, majlis diserikan dengan persembahan murid.

Dan PIBG juga telah berbesar hati untuk menyumbang sebanyak lima (5) buah set komputer kepada pihak sekolah memandangkan pihak sekolah masih lagi menggunakan komputer yang telah berusia lebih sepuluh tahun. Simbolik penyampaian sumbangan komputer oleh Naib YDP dan Naib YDP kepada Guru Besar.

Sebelum majlis berhenti rehat untuk menjamu selera, sedikit cenderahati disampaikan kepada perasmi majli oleh YDP diiringi oleh GB.

Majlis berhenti rehat untuk menjamu selera dulu sebelum mesyuarat diteruskan. Ibubapa diagihkan dengan makan dan minuman manakala tetamu VIP dan AJK menjamu selera di dalam bilik mesyuarat.
Antara juadah untuk tetamu VIP

Dah kenyang perut dan tetamu VIP dah pun mengundurkan diri, barulah AGM diteruskan. Biasalah...dimulakan dengan ucapan oleh YDP. Lepas tu adalah pembentangan program, pembentangan kewangan, dan pengesahan bagai. Selepas AJK PIBG Sesi 2013/2014 dibubarkan, diadakan majlis penyampaian cenderahati kepada mantan2 AJK.

Dan ini adalah barisan AJK PIBG SKTPP Sesi 2014/2015. Selamat bertugas untuk semua!

Penasihat : Puan Hajah Rosyati binti Jani
YDP : En Jasman bin Ehsan
NYDP : Tn Hj Adam bin Basri
S/U : Cikgu Mohd Hafizan bin Othman
Naib S/U : Cikgu Dayang Azfiza binti Abang Zainal Ariffin
Bendahari : Cikgu Fatin binti Md Ghazali
Penolong Bendahari : Cikgu Nora Azlin bin Salleh

AJK Guru :
Cikgu Jaidi bin Ali
Ustaz Salihudin bin Yusof
Cikgu Hanisya binti Sufian
Cikgu Nuraiani binti Ghazali
Cikgu Nor Zahirah binti Zulkifly

AJK Ibubapa :
YM Ungku Shaharudin bin Ungku Cheik A. Jamal
En Jamnan bin Daiman
En Syed Zainal Abidin bin Syed Husin Aljofree
En Shamsaidi bin Nordin
Pn Rossita binti Mohd Zain
Pn Hasibah binti Abu Bakar
Pn Asmah binti Abu Bakar
Puan Nurlina binti Md Isa

Pemegang Amanah :
Pn Shafizie binti Abdul Ghafar
Cikgu Marziah binti Ibrahim

Pemeriksa Kira-Kira :
Pn Dr. Sabarina binti Omar
Cikgu Mohd Shuhail bin Abd Rahim

No comments: