Friday, March 21, 2014

Keputusan SPM 2013

Alhamdulillah. Keputusan SPM 2013 dah pun selamat diumumkan pagi semalam di sekolah masing2. Malam sebelum tu Abang Ngah ada cakap, dia nak ke sekolah bersama kawan2 dia. Biasalah tu...budak lelaki. Kalau Ayong dulu, dia nak pergi dengan mak dan abahnya. Sebenarnya Abang Ngah tu rasa gementar. Dia tak boleh nak agak apa keputusan yang akan dia dapat. Dan kami juga tidaklah mengharapkan keputusan yang cemerlang sangat daripada dia...sebab kami sedar akan tahap pencapaian dia semasa di Tingkatan 4 dan 5. Apa2pun...kami tetap menerima apa juga keputusan yang dia dapat.
Pagi sebelum ke sekolah tu, dia dah menyatakan rasa gementar dan takutnya. Sebelum ni dia selamba je. Semasa exam hari tu, 3 subjek terakhir tu memang betul2 mencabar untuk dia sebab dia menjawab soalan2 di dalam sick bay. Kimia, Fizik dan Biologi. Dia ke sekolah jam 9:00 pagi. Nak bergabung dengan geng2 dulu katanya. Saya pulak menyusul jam 10:00 pagi. Tapi pintu pagar sekolah masih ditutup. Pelajar2 tidak dibernarkan masuk ke kawasan sekolah lagi. Kata pengawal tu, jam 10:30 baru dibenarkan masuk. Saya menanti di dalam kereta je. Melihat dan memerhatikan gelagat anak2 yang datang untuk mengambil keputusan masing2. Apa yang pasti, masing2 datang dengan muka yang ceria dan gembira. Gembira sebab dapat berjumpa dengan kawan2 yang dah lama tak jumpa. Sama macam Abang Ngah juga. Bergelak ketawa dengan kawan2nya.
Jom tengok suasana di dalam dewan sebelum keputusan diumumkan...
Dah lebih pukul 11:00 pagi barulah guru2 kelas berkumpul dengan membawa slip keputusan untuk kelas masing2.

 Yang dapat keputusan 5A - 10 orang
Pelajar yang dapat 6A - 3 orang
Seorang je dapat 7A
Inilah dua orang pelajar yang dapat 10A. Pelajar terbaik ialah pelajar Melayu tu...tak tau siapa nama dia. Dia adalah anak kepada salah seorang guru di sekolah yang sama.
Inilah barisan pelajar2 yang telah mendapat keputusan yang cemerlang. Ada seorang pelajar Melayu lelaki yang dapat 5A tapi dia tidak hadir hari tu.
Pelajar2 yang datang bersama ibu masing2 bergambar bersama2.

Apa2 pun, mak dan abah tetap bangga dengan keputusan yang Abang Ngah dapat. Memang kami tidak mengharapkan keputusan yang amat cemerlang daripada dia. Kami tahu tahap pelajarannya di mana. Syukur alhamdulillah atas apa yang dia dapat, Keputusan ini bukanlah penamat segala2nya. Tetap ada ruang dan peluang untuk pergi lebih jauh. Yang penting ialah kemahuan. Abang Ngah cenderung kepada bidang permotoran. Kalau pasal motor dan kereta, ceritalah dengan dia. Memang masuk punya! Ok...lepas ni kita isi UPU pulak ya Abang Ngah!!!

No comments: