Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada hari Selasa lepas, 1hb Mei 2012, kami ke Negeri Sembilan lagi. Kami menghantar Abang Yang balik ke asrama setelah bercuti selama 4 hari bermula dari hari Sabtu hinggalah hari Selasa tu. Masa balik ke Johor ari tu, dia naik bas hingga ke Larkin bersama dengan 5 orang kawannya. 2 orang kawannya tinggal di Bukit Dahlia P.Gudang, ada yang di Tampoi dan juga di Kulai. Masing2 dijemput oleh ibubapa di stesen bas Larkin tu. Bertolak dari Terminal One Seremban jam 8:00 malam, sampai di Larkin jam 12:15 pagi. Dah dua kali Abang Yang balik, dua2 kali itulah dia naik bas bersama kawan2nya. Alhamdulillah. Bila nak balik semula ke sana, barulah kami menghantarnya. Biasalah...balik ke sini bawak 1 beg aje. Bila balik ke asrama, dah jadi 3 beg. Macam2 benda nak dibawaknya. Yang paling banyak ialah bekalan makanan.
Kami bertolak dari Pasir Gudang sekitar jam 1030 pagi. Memandu secara santai sahaja. Saja je bertolak awal...takut2 jalan jem pulak nanti. Tapi alhamdulillah...tiada sebarang kesesakan sepanjang perjalanan pergi dan balik.
Singgah di Hentian Sebalah Kulaijaya arah utara untuk mengisi minyak.
Hmmm...Kembara Mahkota Johor akan berlangsung dari 13 hingga 16hb Mei ini. Tengok2 tempat yang bakal dilalui...tak ada pulak Pasir Gudang kali ini. Tapi tak apa jugak sebab pada 13hb nanti, PIBG SMKPP akan mengadakan aktiviti riadah berbasikal di sekitar P.Gudang. Kalau KMJ melalu P.Gudang, mungkin aktiviti kami itu terpaksa ditunda.
Dah selesai mengisi minyak di stesen minyak, Adik tiba2 terus lapar. Biasalah...auta dan helah dia tu. Kat situ tak ada R&R, cuma ada lori jual jajan tu. Singgah gak beli jajan sikit...
Tiba2 nampak 3 buah bas JLKN ni. Rupa2nya memang ada pergerakan bas2 ini dari arah utara dan selatan. Kalau tak silap, bas yang ini menuju ke Melaka sebab ada signboard depan bas tu yang tertulis Melaka. Agaknya bas2 ini membawa peserta2 PLKN dari Johor ke kem2 di Melaka. Nama Ayong tak naik dalam mana2 pengambilan tahun ini. Selamat...!
Ada juga kemalangan yang berlaku tetapi tidaklah hingga menyebabkan kesesakan lalulintas. Tengok tu...sebiji kereta menjunam ke dalam parit di tepi lebuhraya setelah melanggar penghadang jalan. Harap2 tak adalah sesiapa yang cedera.
Hampir jam 2:00 petang, kami singgah di Dataran Ayer Keroh Utara ni. Berhenti solat dan makan tengahari. Sebenarnya kami tidaklah menikmati makan tengahari yang sebenar2nya sebab kami hanya makan makanan ringan jer seperti jagung cawan dan pau. Selebihnya, kami merehatkan diri untuk sementara waktu.
Kami sampai di exit Senawang dalam jam 3:30 petang. Masih banyak masa lagi sebelum jam 6:00 petang (waktu untuk masuk ke asrama). Abang Yang tak nak balik asrama lagi. Dia nak jalan2 dulu. Mana kami nak pergi...bukannya kami mahir dengan jalan2 di sekitar Senawang ataupun Seremban ni. Akhirnya, kami singgah aje di Tesco Extra Senawang. Selepas keluar dari tol Senawang, kita jumpa Doll Tomyam ni di simpang empat berlampu isyarat tu. Belok ke kanan untuk ke Tesco Extra. Kali pertama menjejakkan kaki ke situ. Sebelum ni tumpang lalau jer...
Masuk je ke dalam Tesco tu, jumpa kedai buku. Biasalah...Adik mesti nak cari buku cerita. Kali ini Adik rembat buku cerita Batu Belah Batu Bertangkup. Saya pun rembat novel jugak...2 buah je! Lepas tu lami masuk ke ruang hypermarketnya. Sambil jamu2 mata, belilah apa yang patut. Abang Yang mencari shuttle cock dan jajan lagi. Ayong dan Abang Ngah mengikut je... Lepas tu kami menjamu selera di Medan Selera kat Tesco tu. Masing2 makan nasi ayam aje. Dah kenyang, kami ronda2 jer kat dalam tu. Singah kedai sana, singgah kiosk sini...menjamu mata sambil nak menantikan waktu untuk masuk ke asrama. Dalam 5:30 petang, barulah kami keluar dari Tesco menuju ke SDAR.
Hubby, Abang Ngah dan Adik mengikut Abang Yang naik ke bilik. Saya suruh hubby tengok2kan locker Abang Yang. Ari tu dia sendiri yang kenakan pad lock pada locker tu. Kot2 hubby boleh baiki apa yang patut. Tapi hubby kata semuanya ok. Kiranya, Abang Yang dah boleh buat sendiri la.
Adik melilau kat dalam dorm tu...
Serba merah dorm mereka ini. Tikar, langsir, cadar, sarung bantal, cat bilik...semuanya merah! Nasib baik merah hati, kalau merah menyala tu...berpinar2 bijik mata agaknya! Tilam yang masih terlipat tu menandakan muridnya belum balik ke bilik lagi.
Yang dah sampai awal ke asrama, mereka sempat beriadah di gelanggang berhampiran...
Burung ni pun turut memerhatikan murid2 bermain dan jujusan kereta ibubapa yang menghantar anak2 balik ke asrama. Agak2nya kan..apalah yang sedang berlegar difikiran burung ni?
Adik pulak tak kira tempat, tak kira masa. Memang tak boleh duduk diam2 setempat. Berlari ke sana, berlari ke sini, melompat di sana, melompat di sini. Ada budak2 kecik, semua di'usha'nya...
Masa nak berpisah, masing2 macam keberatan aje. Biasalah...hati seorang ibu dan ayah terhadap seorang anak. Berat macam manapun, tetap cekalkan hati untuk menghadapinya. Sebelum berpisah tu, macam2 nasihat, kata2 azimat dan kata2 semangat yang disampaikan kepada anak. Moga anakku tabah dalam menghadapi segala dugaan hidup sebagai seorang pelajar di sekolah berasrama penuh. Mak tau...Abang Yang BOLEH!
Dari Hentian Pedas/Linggi, saya mengambil alih tugas sebagai pemandu. Kesian kat hubby kepenatan. Masa inilah mat2 rempit menunjukkan skil dan kebolehan masing2. Macam pesen mereka menunggang. Bukan sikit2 pulak tu. Rasanya ada dalam 4 kumpulan yang berasingan. Mereka menunggang motor dalam keadaan yang amat membahayakan nyawa mereka sendiri. Macam tak ada sedikit pun perasaan takut mati. Kita yang menengok ni dah naik ngeri bila mereka memotong kenderaan di lorong paling kanan. Lepas tu siap dengan gaya Superman lagi! Cilok kiri...cilok kanan! Heeeee......yang nampak belakangnya lain...yang nampak bontotnya lain...! Nasib baiklah I memandu steady aje...tak tergoda langsung dengan gaya2 mereka! Hahaha..!!!
Tengok tu...gaya orang terbang!
Alhamdulillah...perjalanan balik berjalan lancar. Keadaan lalulintas tidak sibuk. Saya memandu dengan tenang...dengan kelajuan yang sekata ..110km/j...gunakan auto cruise! Hubby kat sebelah jadi paparazzi...hihihi.
Selepas singgah solat Magrib di hentian mana entah..tak ingat...hubby pulak take over semula memandu hinggalah ke dala kawasan pagar rumah. Alhamdulillah, kami sampai ke rumah sekitar jam 10:30 malam.
3 comments:
salam kak, teringat masa sekolah SBP dulu, mak kalau pergi hantar, bila nak balik tu, mesti dah sedih, tiap kali macam tu, nasib dket KL je dulu, hehe
Waalaikumussalam...
Mana2 emak pun sama je perasaannya. Itu sebabnya syurga anak2 di bawah telapak kaki emak...
Kalau tengok suasana bilik asrama tu, itu mesti blok Temenggong kan.
Post a Comment