Thursday, December 31, 2009

Yuran Sekolah Agama


Selepas menghantar Adik ke tadikanya, saya terus pulak ke Sekolah Agama Taman Pasir Putih. Hari ini dan esok (31hb Disember 2009 dan 1hb Januari 2010) merupakan hari untuk membayar yuran dan pendaftaran murid2 baru. Disebabkan Abang Yang dah Darjah 5 jadi tak perlu mendaftar lagi, sekadar membayar yuran sahaja. Yurannya.... agak mahak juga berbanding dengan sekolah kebangsaan. Jumlah yuran sahaja ialah RM111.00 untuk murid Darjah 2, 3, 4 dan 5. Murid Darjah 6 ada tambahan RM40.00 lagi dan murid Darjah 1 ada tambahan RM5.00. Duit untuk kitab dan lain2 lagi ialah RM93.20. Jadinya jumlah yang saya bayar tadi ialah RM204.20. Ishhhh....mahal kan? Tapi demi pelajaran anak2, berapa kosnya pun sanggup ibubapa korbankan.

Saya pergi ke sekolah agama dah lebih jam 11:00 pagi, jadinya dah tak ramai ibubapa yang kelihatan. Alhamdulillah, saya pun tidak perlu menunggu lama sebab di depan saya cuma ada 2 orang ibubapa sahaja, seorang yang sedang menunggu dan seorang lagi yang sedang berurusan. Dah le nak naik tangga ke tingkat yang paling tinggi amat memenatkan. Nasib baik urusan cepat selesai, kalau tak...hangin jugak kot!


Sebelum naik ke kelas, mencari2 nama Abang Yang di papan kenyataan. Mana ke nama dia....

Kelas 5 Al-Hambali, Bilik 10, 3:30 petang ~ 6:30 petang. Mana pulak nak cari Bilik 10 ni?



Oooo...adapun carta kelas ni! Memang amat menolong!! Mak oooiiii...Bilik 10 kat tingkat atas sekali, kat hujung sekali!!!!



Dah tak ramai ibubapa dan penjaga yang memeriksa senarai nama anak2 di papan kenyataan...


Inilah ustazah guru kelas Abang Yang....Ustazah Roaini...


No comments: