Thursday, December 31, 2009

Adik Dah Mula Bersekolah!

Orang lain masih dalam mood cuti sekolah tapi Adik dah mula bersekolah hari ini. Hari ini dan esok Tadika Pintar Bistari dah memulakan sesi persekolahan tahun 2010. Tapi hari Isnin nanti, cuti sebab cikgu2 dan ibubapa akan menguruskan kemasukan anak2 ke sekolah kebangsaan dan sekolah menengah pulak.

Dari semalam lagi Adik dah asyik bertanya bila nak ke sekolah. Tak sabar2 rupanya. Buku sekolah dah berapa puluh kali dibelek2 dan cuba2 nak "menyonteng". Pembaris pun, belum apa2 lagi dah bengkok. Pensel pun sama...mata pensel dah patah! Itu sebab beg Adik kena sorok sebelum tiba waktu persekolahan!



"Eeee....bestnya nak gi sekolah...!"


"Apa aku nak buat kat sekolah ari ni ya?"


Cikgu2 sedang mengatur barisan murid2 sesi pagi yang dah nak balik...


Kaunter2 pendaftaran van sekolah...


No comments: