Tuesday, December 15, 2009

1000 Pieces Puzzle

Salam sejahtera untuk semua. Hmmm...semalam, saya dan hubby belikan 1000pcs puzzle sebagai hadiah birthday Adik. Jom kita tengok apa yang jadi dengan puzzle tu!


Inilah kotak puzzle tu...! Lihat gambar tu...cantikkan!!!



Ini pulak isi kandungan kotak tu. Mak oiiii...punyalah banyak!!!

Adik memang suka main puzzle ni. Sebelum ni pun dah banyak belikan dia puzzle tapi kuantitinya tidaklah sebanyak yang semalam. Kalau sebelum2 ni saya belikan saiz setiap puzzle yang agak2 besar, kali ini punya...kecil2 pulak. Sebelum kami menonton perlawanan bolasepak semalam, anak2 dah mula mengasingkan puzzle tu mengikut kumpulan2 yang tertentu. Selepas tamat perlawanan bolasepak, mereka menyambung "tugas" hinggalah ke pukul 1:00 pagi. Itupun baru dapat menyiapkan 10 kumpulan sahaja. Ada lagi 15 kumpulan2 kecil yang harus disiapkan.

Pagi tadi, seawal 7:30 pagi, mereka dah mengadap puzzle tu lagi. Tanpa mandi, tanpa bersarapan, mereka berusaha untuk menyiapkan puzzle tu. Saya pulak, selepas siap kerja rumah, duduk juga bersama2 mereka. Saya pun capailah satu kumpulan puzzle tu dan mencuba nasih. Adui....! Dengan gambarnya yang suram2, warnanya yang semacam potret Monalisa...susah nak membezakan. Satu kumpulan kecil ada 40 keping puzzle. Akhirnya....tidak berjaya saya mencantumkan semuanya. Pertolongan anak2 diperlukan!

Akhirnya, hampir jam 11:00 pagi barulah puzzle tu siap sepenuhnya. Berpinar mata melihatkan hasil cantumannya dengan warnanya yang seakan2 sama je.



Inilah hasil cantuman puzzle2 tersebut...


Mengabadikan kengan bersama hasil titik-peluh...


No comments: