Friday, March 13, 2009

Pernikahan Adik di Chuping

Malam ini adik lelaki saya akan dinikahkan dengan pasangannya selepas solat Isyak di Chuping, Perlis. Tapi sedih....sebab saya tidak dapat turut serta dalam majlis tu. Ahad ni ada majlis perkahwinan BIL kat Muar.

Malam tadi ada kenduri doa selamat kat rumah emak. Dan malam tadi jugak mereka menyediakan segala hantaran. Tak banyak pun, 5 dulang aje.



Pukul 12:00 tengahri tadi mereka telah bertolak ke Perlis. Sebanyak 6 buah kereta. Oleh kerana yang pergi tu cuma anak-beranak, jadinya pihak pengantin perempuan telah menyewakan sebuah rumah untuk pihak pengantin lelaki. Kata emak, rumah tu adalah rumah kat Homestay tu. Tadi called Mak Su...kata Mak Su, rumah tu besar, ada 4 bilik dan pandangannya amat cantik sebab mengadap ke sawah. Best, kan? Upacara akad nikah akan dilangsungkan selepas solat Isyak. Moga2 semuanya berjalan lancar. Dan esok (Sabtu) ialah hari langsungnya.

Selamat Pengantin Baru untuk Bam dari kami sekeluarga di Pasir Gudang. Moga ikatan perkahwinan akan berkekalan selamanya.....!!!! Amin....

No comments: