Friday, March 6, 2009

Kisah Adik Demam...


Kesian tengok Adik! Dia demam sejak hari Sabtu malam Ahad lepas. Adik kalau demam mesti panas sangat badannya terutama waktu malam. Masa dia mula2 demam malam Ahad lepas, panasnya tak seberapa. Tapi bila malam makin larut, panasnya makin bertambah. Dia kalau demam panas cam gini, mulutnya lagi riuh. Ada je benda yang nak dicakapnya. Dalam pukul 3:00 pagi tu dia suruh basahkan tuala, lipat2 dan letak kat dahi dia. Masa tu saya pun tak berapa sihat, so hubby yang tak over tugas tu. Tapi bila dah hampir nak siang, panasnya dah berkurang sikit. Hubby pulak kena balik kampung awal pagi Ahad tu. Jam 5:00 pagi hubby bertolak ke kampung bersama Abang Yang, berdua saja.


Bangun pagi tu saya bagi Adik makan ubat selepas sarapan - antibiotik, ubat demam dan ubat selesema. Sepanjang hari tu Adik baring dan tidur aje. Bukanlah sepanjang hari tu tidur aje tapi walaupun tak tidur tapi dia baring aje kat atas tilam yang saya bentang depan tv tu. Tak banyak kerja yang boleh saya buat sebab dia asyik nak dengan emaknya aje. Ayong dan Abang Ngah masing2 duduk dalam bilik - mengulangkaji sebab Isnin ada monthly test.

Hari Ahad malam, lebih kurang pukul 11:30 malam, hubby sampai dari kampung. Masa tu Adik dah tidur jugak dan badannya masih panas. Pagi Isnin, lebih kurang pukul 6:00 pagi, hubby bawak Adik ke klinik sebab badannya panas sangat. Lepas makan ubat, Adik tidur lagi. So dua hari Adik tidak bersekolah - Isnin dan Selasa. Since demamnya keep on and off, kami bawak Adik ke Hospital Penawar pulak pada hari Selasa. Doktor tu bagi antibiotik yang kuat sikit katanya. Dan masuk ubat kat bontot gak. Biasalah, lepas makan ubat, tidur!

Hari Rabu tu dia dah rasa sihat sikit. Pagi tu badan dia dah tak panas lagi. Dia pun teruja nak ke sekolah semula. Tapi badan dia masih lemah sebab makan pun tak berselera. Nampak sangat badan dia dah susut sangat. Kalu dulu, bila bukak baju nak mandi tu, sedap je menampar bontot dia. Sekarang ni...cekeding je! Balik dari sekolah tu, saya rasa badan dia dah panas semula. Lepas makan nasi sikit, saya bagi makan ubat lagi..... then tidur! Tengah malam baru dia terjaga. Gitulah hari2 sejak dia demam hari tu. Actually semalam dia ada aktiviti renang tapi saya tak bekalkan baju renang pun sebab tak nak dia main air. Cikgu suruh dia main gelongsor ae katanya.

Pagi tadi selepas sarapan saya bagi dia makan ubat lagi sebab badan dia masih panas. Since antibiotik dah abis, bagi makan ubat demam dan batuk je. Nasib baik tak ada homework. Sekarang ni dia tengah tengok DVD Monster House. Nampak macam nak terlelap jer.... Kejap lagi mesti pejam tu....!

No comments: