Masa pergi Giant beli tuala untuk "beg berkat" hari tu, saya ternampak strawberi Cameron Highlands yang cute2 dan segar. Saya ambik 2 kotak yang sedang2. Buat strawberi cokelat sedap gak ni...kata dalam hati.
Dan saya jugak sedang mencuba beberapa resepi muffin. Boleh dikatakan setiap 2 hari sekali saya mesti buat muffin. Alkisahnya kerana muffin ini akan dimasukkan ke dalam "beg berkat" masa majlis perkahwinan adik ipar hujung minggu depan. Macam2 muffin dah cuba... ada yang rasanya ok, ada yang rupanya ok tapi rasa pulak tak berapa ok. Malam Ahad lepas saya mencuba Muffin Vanilla ni. Boleh tahan rasanya....
Inilah strawberi ari tu. Setelah beberapa hari tersimpan dalam petiais, baru Isnin lepas anak teruna saya mintak kebenaran untuk buat Fresh Strawberi Blended.
Inilah hasilnya. Saya picitkan whipping cream kat atasnya. Walaupun gunakan gelas plastik macam kat kedai tu, ini adalah hasil usaha anak teruna saya ya! Bukan beli tau...!!!
No comments:
Post a Comment