Thursday, October 16, 2008

Marhaban...

Salam lebaran...
Hari Sabtu ni (18hb. Oktober) kumpulan Yassin Jalan Selayang 10, 12 dan 13 akan mengadakan Majlis Marhaban dan sambutan hari raya kat taman ni.

Macam tahun2 yang lalu, surat akan diedarkan untuk mengutip sumbangan dari tiap rumah yang terlibat. Dengan duit itu nantilah kami akan menyediakan makanan untuk majlis tersebut. Menu untuk tahun ni saya pun tak berapa clear lagi. Tapi yang saya tahu, group saya kena masak kuah lodeh. Tugas untuk memasak diagih2kan kepada beberapa kumpulan. Biasanya tiap kumpulan tu akan berkumpul kat satu rumah untuk sama2 menyediakan menu yang telah ditetapkan oleh ketua kumpulan.

Tadi dapat SMS dari ketua kumpulan menyatakan esok malam (Khamis malam Jumaat), kami kena berkumpul kat Selayang 12 untuk sama2 bergotong-royong menganyam ketupat. Masa ni la masing2 nak tunjuk skill siapa yang terror sangat menganyam ketupat.

Tunggu cerita selanjutnya....

No comments: