Sunday, October 19, 2008

18 Syawal....

Pagi2 dah siap kemaskan rumah sebab lepas ni sibuk lak nak prepare bahan2 untuk masak kuah lodeh untuk marhaban malam ni.

Dalam pukul 9:30 pagi, Kak Jah, Liza dah Shidah datang hantar sayur2 dan bahan2 lain yang akan digunakan untuk memasak. Selepas selesai urusan rumahtangga yang lain, saya pun mulakan tugas untuk penyediaan bahan2 masakan. Saya buat le apa yang patut dulu. Contohnya macam goreng tauhu, kisar bawang2, rendam tauhu kering & soohun. Kalau nak tunggu ahli kumpulan yang lain datang baru nak buat semua tu, takut tak sempat nak memasak pulak nanti.
Disebabkan dapur saya ni molek aje, so saya dan hubby decide nak masak kat bahagian depan rumah. Nasib baik hubby saya ni very understanding dan sporting, so banyak kerja saya yang dia tolong walaupun dia baru balik dari kerja jam 1:30 tengahari tadi. Dialah yang siapkan dapur untuk memasak dan mengopek udang basah. Dan dia jugalah yang menggorengkan popia otak2 untuk kami yang sedang memasak kat luar tu. Sayangggggg hubby....!!

Aini dan Cikgu Shikin datang awal gak. Kami sama2 memotong sayur2an dan tauhu. Then baru Zue sampai. Sebenarnya dia baru aje sampai dari Pontian. So, bermulalah operasi kami....!! Sebenarnya tak le susah mana pun masak kuah lodeh ni cuma yang mengambil masa agak panjang ialah untuk menyediakan segala bahan2 yang diperlukan. Kalau dah mula menumis tu, kejap aje.

Dalam pukul 5:30 petang dah siap masak. Sementara kami memasak kat luar tadi, hubby pulak tolong panaskan rendang tok kat dalam. Bila dua2 dah ready, dia tolong hantarkan ke lokasi jamuan malam ini. Dan kami mengemaskan pulak apa yang patut....

No comments: