Friday, October 31, 2008

Boiled Honey Corn - Jagung Madu Rebus

I boiled this honey corn this morning, corn that my son brought back last night from Cameron Highlands. Since he bought only 3 tongkol, each of us only can eat half tongkol.

Jagung ni memang manis, butir2nya pun besar2. Memang puas makannya tapi tak cukup le 1/2 tongkol sorang je. Mana nak cari lagi ya?? Kena gi Cameron Highlands la rasanya...

Ole-ole dari Perak dan Pahang

My son just came back from the trip to Perak and Pahang last night. Very tired, he said. They arrived at around 11:30pm. His bus is the last bus arrived at school. Don't know why.

1st day of the trip, they stayed in Perak - Bukit Merah Lake Town Resort, Night Safari (Taiping's Zoo) and spend a night at Kamunting. 2nd day they continue their journey to Pahang - Cameron Highlands. They went to Sek. Keb. Ringlet, Strawberry Park, Bees Park and shopping little bit.

Pokok kaktus comel2 - 3 for RM5. Ok lah kan...

Strawberi besar2....geram tengoknya. Sebekas RM5, adalah dalam 7-8 biji.

Yang ni pulak versi kecik2 molek. Sebekas RM10, adalah dalam 20 biji.

Ini muka Abang Ngah baru sampai malam tadi. Mamai sikit sebab sepanjang perjalanan dia tidur je.

3 tongkol jagung madu (RM5) bersama strawberi.

Gelang tangan magnet ni untuk emaknya dan yang tiup2 tu untuk Ayong sebab Ayong suka main alat muzik.

Labu Sayong mini - yang hitam untuk abahnya, lagi satu tu untuk birthday kawannya. Tapi sayang, pecah le pulak!

Thursday, October 30, 2008

Simple Porridge for Dinner

Little bit lazy to cook today. So just prepare simple porridge for our dinner tonight. But hubby not joint for dinner coz he's going to attend Majlis Yassin at PC Factory, Tanjung Langsat. As usual, my youngest son only prefer to eat boiled egg only. He can finish all eggs without taking the porridge.


Bubur nasi simple, telur bulat, bawang goreng, kacang tanah goreng, ikan bilis goreng dan telur dadar hiris.


Ready to be eaten. Uppss...forgot to put some soy sauce.

Barang Lama

Masa gi beraya ke rumah Wak Amat (bapa saudara hubby) ari tu, ternampak telefon dan typewritter lama ni. Hubby pun snap le gambar.

Telefon ni masih berfungsi macam biasa.

Typewritter ni pulak ialah versi bahasa arab / jawi. Pernah nampak @ jumpa tak sebelum ni??

Yang ni plak, telefon cantik kat rumah Shidah...

Wednesday, October 29, 2008

Petua Dapur

Petikan dari majalah Mingguan Wanita...

Tauhu tidak masam
Untuk mengelakkan tauhu daripada menjadi masam semasa disimpan, cuci tauhu dan lumurkan garam diseluruh permukaan tauhu. Simpan dalam peti sejuk.

Hilangkan gatal keladi
Masukkan sedikit kapur sirih atau buah pinang ketika masakan sedang menggelegak. Keladi juga akan mudah lembut dan lazat.

Lembutkan daging
Ambil segenggam beras pulut dan masukkan ke dalam periuk yang digunakan untuk memasak daging. Dalam masa yang singkat, daging akan menjadi lembut. Cara yang sama boleh dipraktikkan untuk melembutkan ayam kampung.

Bersihkan kulit kerang
Ambil pelepah pisang dan potong nipis2.Ramaskan bersama kerang yang berlumpur dan basuh hingga bersih.

Jantung pisang tidak hitam
Untuk mengelakkan jantung pisang daripada hitam apabila direbus, rebus jantung pisang bersama2 dengan pucuk ubi.

Tuesday, October 28, 2008

Perjalanan Bermula....

Malam tadi bertolak le murid2 dan guru2 SKTPP ke Perak dan Pahang untuk lawatan sambil belajar selama 3 hari 3 malam (termasuk satu malam kat atas bas dalam perjalan pergi).

Pukul 10:30 malam pergi hantar Abang Ngah ke sekolah. Ramai ibubapa yang turut datang menghantar anak masing2. Meriah jugak malam tu. Macam2 gelagat anak2 boleh dilihat malam tu.

Kumpulan pelajar dibahagi kepada 3 kumpulan, mengikut bas, 3 buah bas kesemuanya. Bermakna lebih kurang 120 orang (termasuk guru2 dan anak2 guru). Bilangan murid perempuan lebih ramai daripada murid lelaki. Dalam setiap barisan tu, barisan murid perempuan semuanya panjang2, terutama dalam bas No.3. Abang Ngah dalam Kumpulan 1 (bas No.1).

Sebahagian daripada murid2 yang sedang berkumpul mengikut kumpulan masing2.

Cikgu Md Nor sedang memeriksa senarai kedatangan dan memberi sedikit penerangan kepada murid2.

Abang Ngah posing (jaket hijau) kat dalam bas sebelum bertolak.

Lampu bas dah dipasang, enjin bas pun dah mengaum. Menandakan perjalanan akan bermula sebentar lagi.

Dekat pukul 1:00 pagi baru bas bertolak ke destinasi. Selamat jalan!! Moga mereka selamat pergi dan selamat kembali.....

Monday, October 27, 2008

Happy Deepavali

Wishing to all Hindus viewers, Happy Deepavali!!!

Rumah Terbuka

Hmm...masih di bulan Syawal. Biasalah, ada je jemputan ke rumah terbuka. Tambah2 dekat nak hujung Syawal ni. Masing2 ambil kesempatan untuk mengadakan rumah terbuka dan kebiasaannya cuti hujung minggu akan mnejadi tumpuan.

Malam Sabtu lepas, pergi beraya ke rumah Shidah dan rumah Kak Jah. Then malam Ahad pulak, pergi ke open house kat rumah Cikgu Rafidah dan jugak rumah Sue. Actually ada satu lagi open house kat Seri Alam (rumah Ghazali/Kak Ana) tapi tak sempat nak gi malam tu sebab bawak si kecik gi klinik. Kat klinik pulak, queue panjang.

Petang tadi, Ayong pergi beraya ke open house classmate dia kat Taman Air Biru. Lepas jemput dia balik, kami terus ke open house Wak Sahlan pulak. Malam tadi pun ada lagi satu jemputan ke open house kat taman ni tapi tak boleh nak pergi sebab si kecik tu tak sihat dan anak2 yang lain semuanya tidur awal.

Thursday, October 23, 2008

Lawatan ke Perak dan Pahang

SKTPP akan mengadakan lawatan ke Perak dan Pahang untuk murid2 Darjah 6 yang baru tamat menghadapi peperiksaan UPSR September lalu.

Abang Ngah sibuk gak nak ikut. Tambangnya RM195.00. Dengar cerita peserta lawatan dah mencecah 3 buah bas. Ramai tu.... Bertolak pada 28/10/2008 jam 10:00 malam.

Lawatan ke Bukit Merah Lake Town Resort, Night Safari kat Zoo Taiping, pembuatan labu Sayong kat Kuala Kangsar dan on the way balik, bermalam kat Cameron Highlands, Pahang. Best nyer.... Dah lama tak sampai ke Bukit Merah Lake Town Resort walaupun selalu balik kampung kat Perak tu. Cameron Highlands??? Lagi le berzaman tak menjejakkan kaki ke sana.

Tapi sekarang ni tengah banjir kat Bukit Merah tu. Cam mana yek?? Apa ntah perancangan guru seterusnya.

Monday, October 20, 2008

Minggu Final Exam

Hari ini (20/10/2008) bermula peperiksaan akhir tahun untuk sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Moga anak-anakku berjaya dengan cemerlang!!

Abang Ngah (Tahun 6) menghadapi peperiksaan berganda sebab sekolah kebangsaan dan sekolah agama mengadakan peperiksaan pada tarikh yang sama. Tapi final exam untuk sekolah kebangsaan tidak melibatkan core subject dan hanya bermula pada hari Rabu (22/10/2008).

Abang Yang (Tahun 3) pulak, minggu lepas dah final exam untuk sekolah agama. So minggu ni cuma final exam untuk sekolah kebangsaan aje. Subject hari ini ialah BM1, BM2 dan Pendidikan Islam.

Ayong pulak, final exam only will be started on Friday (24/10/2008) and will continue after Deepavali holiday.


Jom Raya 2008 SKTPP

Karnival Jom Raya 2008 Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Putih.


Ini ialah kali ke-2 PIBG SK Taman Pasir Putih telah mengadakan karnival Jom Raya di perkarangan sekolah. Sambutan dari murid2 dan ibubapa serta orangramai amatlah menggalakkan.

Bermacam2 acara dan aktiviti dijalankan untuk kanak2 dan orang2 dewasa. Aktiviti2 untuk kanak2 adalah seperti menunggang kuda, playground, magic show, flying fox dan peraduan melukis. Untuk orang dewasa, ada pemeriksaan kesihatan secara percuma. Ada banyak gerai jualan di mana bermacam2 barangan, makanan dan minuman dijual. Semua pembelian adalah menggunakan kupon. Kupon pulak boleh dibeli di kaunter2 yang disediakan.

Ada cabutan bertuah untuk pembelian kupon berharga RM30.00 dan jugak cabutan bertuah bonanza untuk pembelian kupon RM50.00 ke atas. Hadiah utama cabutan bertuah bonanza ialah sebuah TV 21", 2 buah basikal dan jugak set pinggan-mangkuk Vantage.


Ada kuiz terbuka untuk semua, kecil besar tua muda murid2 dan ibubapa.... Tapi yang suka mengambil bahagian ialah golongan kanak2.... Salah satu solan yang diajukan oelh guru ialah : Adakah mouse computer tu lelaki atau perempuan?? Siapa dapat jawab???


Sebelum cabutan bertuah bonanza, ada acara meneka kuih raya. 8 orang peserta diperlukan dan salah seorangnya ialah saya...!! Saja seronok2... Selepas merasa, membau dan mengamati bentuk kuih, kuih2 yang berjaya saya teka ialah kuih bangkit, kuih ros @ kuih loyang @ kuih goyang. Tapi sampai kat putu kacang, sangkut la pulak!!! Macam pernah makan kuih ni, macam ku kenal bau kuih ni, tapi kuih apa ya...?? Rupa2nya putu kacang. Tapi dah ditambah perasa cokelat & dibakar. Confuse betul!! Dapat le tempat ke-3 dan hadiahnya ialah sekotak Cadbury Zip!!!! Alhamdulillah.

Sebaik saja pengacara nak umumkan hadiah cabutan hadiah bonanza utama (TV 21"), hujan turun agak lebat jugak. Bertaburan orang ramai mencari tempat berteduh. Nasib baik tak lama, then renyai2 aje. Anak bongsu saya pulak sibuk main hujan sambil menutup kepalanya dengan kotak Cadbury Zip tadi. Habis aje cabutan bertuah bonanza, masing2 mengundurkan diri.... Selesai sudah Jom Raya 2008 SKTPP....

Marhaban Ya Marhaban...18 Syawal

Malam ni ada Majlis Marhaban dan Sambutan Hari Raya Kumpulan Yassin Selayang 10, 12 dan 13. Acara bermula dengan kaum lelaki berkumpul kat tapak jamuan dalam pukul 8:30 malam, untuk pembahagian kumpulan marhaban. Kumpulan marhaban dibahagikan kepada 3 kumpulan, so cepat le sikit habisnya nanti. Kumpulan 1 kat Selayang 10 dari rumah no berapa sampai berapa, dan begitulah jugak untuk Kumpulan 2 dan 3. At the end mereka akan bertembung di khemah jamuan. Dalam 9:30 malam dah siap marhaban.

Masa ni le kaum ibu berkumpul bersama. Selepas sedikit ucapan dari Imam Masjid Jamek Tmn Pasir Putih dan wakil Ketua Kumpulan Yassin (En. Hamidon), jamuan pun bermula.....

Banyak jugak makanan malam tu. Ketupat, kuah lodeh, rendang ayam, kuah kacang, rendang tok, mee rebus, puding berkuah, buah2an dan jugak kuih2 raya.

Malam ni jugak diadakan pertandingan pakaian paling menarik dan sedondon. Rugi saya sebab malam ni saya tak pakai sedondon dengan hubby dan anak2. Biasanya kami akan pakai baju sedondon. Mungkin memang bukan rezeki saya malam ni... Pemenang2 dapat hadiah hamper.

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar hingga ke penghujungnya. InsyaAllah, tahun depan kita jumpa lagi!!!
Nak tengok gambar lagi??? Jom gi sini...

Sunday, October 19, 2008

18 Syawal....

Pagi2 dah siap kemaskan rumah sebab lepas ni sibuk lak nak prepare bahan2 untuk masak kuah lodeh untuk marhaban malam ni.

Dalam pukul 9:30 pagi, Kak Jah, Liza dah Shidah datang hantar sayur2 dan bahan2 lain yang akan digunakan untuk memasak. Selepas selesai urusan rumahtangga yang lain, saya pun mulakan tugas untuk penyediaan bahan2 masakan. Saya buat le apa yang patut dulu. Contohnya macam goreng tauhu, kisar bawang2, rendam tauhu kering & soohun. Kalau nak tunggu ahli kumpulan yang lain datang baru nak buat semua tu, takut tak sempat nak memasak pulak nanti.
Disebabkan dapur saya ni molek aje, so saya dan hubby decide nak masak kat bahagian depan rumah. Nasib baik hubby saya ni very understanding dan sporting, so banyak kerja saya yang dia tolong walaupun dia baru balik dari kerja jam 1:30 tengahari tadi. Dialah yang siapkan dapur untuk memasak dan mengopek udang basah. Dan dia jugalah yang menggorengkan popia otak2 untuk kami yang sedang memasak kat luar tu. Sayangggggg hubby....!!

Aini dan Cikgu Shikin datang awal gak. Kami sama2 memotong sayur2an dan tauhu. Then baru Zue sampai. Sebenarnya dia baru aje sampai dari Pontian. So, bermulalah operasi kami....!! Sebenarnya tak le susah mana pun masak kuah lodeh ni cuma yang mengambil masa agak panjang ialah untuk menyediakan segala bahan2 yang diperlukan. Kalau dah mula menumis tu, kejap aje.

Dalam pukul 5:30 petang dah siap masak. Sementara kami memasak kat luar tadi, hubby pulak tolong panaskan rendang tok kat dalam. Bila dua2 dah ready, dia tolong hantarkan ke lokasi jamuan malam ini. Dan kami mengemaskan pulak apa yang patut....

Persiapan Marhaban 1

17 Syawal, Sabtu....

Pagi tadi saya menyambung proses pengeringan rendang tok. Dalam pukul 2:oo petang baru siap. Adui, penatnya!!! Tapi hasilnya cukup membanggakan. Hmm...hmmm...masuk bakul angkat sediri la ni! Lepas anak2 semua dah gi sekolah, tinggal saya dan si kecik aje kat rumah. Masa2 gini memang time dia tidur. So saya pun tidurkanlah dia.

Then Zue datang rumah sebab nak minta tukar tempat untuk memasak kuah lodeh petang esok. Originally, plan memasak kat rumah dia tapi last minute tak boleh sebab kena hantar anak sulungnya pergi menghadiri peperiksaan untuk memasuki MRSM. No problem, leh masak kat rumah saja je...

Kat rumah Kak Jah pulak sedang berlangsung proses memasukkan beras ke dalam sarung ketupat. Ampun Kak Jah! Tak larat dah nak joint sekali. Lagipun si kecik dah tidur (alasan le tu...!). Proses merebus akan dilakukan oleh kaum bapa malam ni. Kaum2 ibu tak perlu le nak joint sekaki. Hubby pun tak pergi sebab dia gi ke rumah terbuka bekas pekerja dia kat Kota Masai.

At the same time, Zue datang lagi hantar periuk besar dan lain2 keperluan. Then si kecik tu pulak mengikut dia balik. Rumah kami dekat je, selang 6 rumah je. On the way Zue nak gi raya, dia hantar semula si kecik balik.


Friday, October 17, 2008

Persediaan Marhaban

16 Syawal, selepas Isyak...

Malam ini dah start gotong-royong menganyam ketupat untuk Majlis Marhaban hari Sabtu nanti. Ibu2 berkumpul kat rumah Ketua Kumpulan dan bapa2 pulak berkumpul kat rumah satu lagi. Ibu2 dan bapa2 tak boleh dikumpulkan sekali sebab takut tak siap menganyam ketupat pulak....lain pulak yang mereka anyam nanti...hehehehe....

Inilah diantara kaum2 ibu yang sedang bertungkus-lumus menganyam ketupat. Ada Fiza, Maria, Kak Norma, Zue, Shidah.


Ini ialah Hajjah Khatijah. Lebih mesra dengan panggilan Kak Jah, Ketua Kumpulan... Disamping sebakul ketupat yang telah siap dianyam.

Yang lelaki tu anak bongsu saya dan yang budak comel tu baru dikenali malam ni. Namanya Nor. Amboi amboi amboi!! Siap naik Vespa lagi! Vespa ni kepunyaan tuan rumah...

Malam ni nganyam, esok isi berasnya dan malam esok pulak merebusnya. 20kg beras...banyak jugak tu. Target nak dapatkan 500 biji ketupat.

Menu untuk marhaban kali ini ialah ketupat, kuah lodeh, serunding kelapa, rendang ayam (ini set untuk ketupat), mee rebus dan puding berkuah. Tugas untuk memasak dah diagihkan.

Then hubby pulak berniat untuk menyediakan rendang tok sebagai sumbangan peribadi dari keluarga kami untuk majlis tu nanti. So, malam semalam dah beli daging dan bahan2 yang diperlukan. Siang tadi saya dah mula memasak, pukul 3 petang start tenggek atas dapur sampai la ke jam 8 malam. Bergilir2 dengan Ayong. Itupun belum kering sangat, masih basah2 lagi. Esok akan sambung untuk mengeringkannya. Rendang tok ni kena masak sampai kering2. Bila kuah dah mula kering, mesti dikacau selalu. Tak boleh ditinggalkan...takut hangit! Resepinya dari ibuku yang tersayang. Itu sebab saya namakan rendang ni Rendang Tok Bonda.....


Thursday, October 16, 2008

Marhaban...

Salam lebaran...
Hari Sabtu ni (18hb. Oktober) kumpulan Yassin Jalan Selayang 10, 12 dan 13 akan mengadakan Majlis Marhaban dan sambutan hari raya kat taman ni.

Macam tahun2 yang lalu, surat akan diedarkan untuk mengutip sumbangan dari tiap rumah yang terlibat. Dengan duit itu nantilah kami akan menyediakan makanan untuk majlis tersebut. Menu untuk tahun ni saya pun tak berapa clear lagi. Tapi yang saya tahu, group saya kena masak kuah lodeh. Tugas untuk memasak diagih2kan kepada beberapa kumpulan. Biasanya tiap kumpulan tu akan berkumpul kat satu rumah untuk sama2 menyediakan menu yang telah ditetapkan oleh ketua kumpulan.

Tadi dapat SMS dari ketua kumpulan menyatakan esok malam (Khamis malam Jumaat), kami kena berkumpul kat Selayang 12 untuk sama2 bergotong-royong menganyam ketupat. Masa ni la masing2 nak tunjuk skill siapa yang terror sangat menganyam ketupat.

Tunggu cerita selanjutnya....

Wednesday, October 15, 2008

Minggu Peperiksaan

Sepanjang minggu ini, murid2 Tingkatan 3 menghadapi peperiksaan PMR. Anak jiran ada 2 orang dan anak sedara pun ada 2 orang - Kakak (anak adik) dan Angah (anak abang) - yang menduduki peperiksaan PMR tahun ini. Moga mereka akan berjaya dengan cemerlang. InsyaAllah....

Anak ke-3 (Abang Yang) saya pulak sedang menduduki peperiksaan akhir tahun untuk sekolah agama. Dia dalam Darjah 3 (Tahap 1). Hari ini hari kedua peperiksaan sebab hari Selasa (semalam) baru bermula. Anak kedua pulak (Abang Ngah) , peperiksaan akhir tahun untuk sekolah agama akan bermula minggu depan (20hb. Oktober). Dan minggu depan jugak peperiksaan akhir tahun untuk sekolah kebangsaan dan sekolah menengah akan bermula. Maknanya, ketiga2 anak saya akan menghadapi peperiksaan akhir tahun minggu depan. Abang Ngah (Darjah 6) pulak akan menghadapi peperiksaan akhir tahun berganda sebab sekolah agama dan sekolah kebangsaan akan mengadakan peperiksaan akhir tahun pada tarikh yang sama.

Anak sulung pulak (Ayong) akan menduduki peperiksaan akhir tahun minggu depan jugak, tapi bermula pada 24hb Oktober. Lepas tu cuti Deepavali, then baru sambung peperiksaan pada 30hb.

Abang Ngah dah 2 hari tak pergi sekolah. Dapat MC sebab kena demam campak. Hari Sabtu lepas dia gi beraya dengan kengkawan kat area taman ni. Walaupun hari hujan, mereka redah jugak. Hari Ahad tu dah kena demam. Panas betul suhu badannya. Abahnya bawak pergi klinik dan doktor bagi le ubat. Malam tu sempat lagi ikut emak dan abahnya gi beraya kat rumah jiran2. Balik tu tengok badannya dah nampak bintik2 merah banyak sangat. Dan suhu badannya pun tinggi semula. Risau jugak sebab sekarang ni ada penyakit baru yang ditakuti....

Pagi Isnin telefon guru kelas dia bagi tau Abang Ngah tak dapat ke sekolah sebab demam. Lepas tu bawak dia pergi ke klinik yang dia pergi semalam. Doktor kata itu demam campak dan dia bagi ubat lagi. Dan jugak MC 3 hari. Rehat aje dia kat rumah....

Raya Lagi...

Antara kawan2 sekolah anak2 yang datang beraya.


Bila sepupu2 mereka datang beraya, barang permainan pulak yang jadi rebutan...


Tuesday, October 14, 2008

Mari Kita Beraya....

Jumpa lagi kita..

Dalam bulan Syawal ni, kesempatan diambil oleh tiap insan untuk kunjung-mengunjung sambil bermaaf-maafan dan berkenal-kenalan dengan jiran2 baru dan kawan2 baru. Hari ini dah masuk hari ke 14 kita beraya. Yang paling suka beraya ialah budak2 sebab makin banyak mereka berkunjung, makin banyak duit raya yang boleh dikumpul. Paling kurang pun satu rumah boleh dapat RM1.

Kat taman saya tinggal ni, budak2 ambil kesempatan cuti sekolah hari Sabtu dan Ahad untuk beraya. Sekali datang....10 orang. Mereka berkunjung secara berkumpulan...termasuklah 2 hero saya.

Sebelah malam pulak, saya pergi berkunjung ke rumah jiran2 terdekat bersama2 dengan 2 @ 3 keluarga yang lain. So, kami pun berkunjung secara berkumpulan jugak. Satu malam, paling banyak pun boleh dapat 3 rumah je. Itupun dah dekat 11:00 malam. Tak kan le nak beraya sampai tengah malam pulak, kan?

Wednesday, October 8, 2008

1 Syawal

Ini kisah 1 Syawal....

Subuh2 hari anak2 dah bangun. Excited sangat nak raya. Masing2 tak sabar nak pakai baju baru terutamanya hero 3 orang tu.

Kami sampai kat rumah atoknya pada 30 Ramadhan. Bertolak dari Pasir Gudang lebih kurang pukul 12:30 tengahari. Lebih kurang jam 3:00 petang kami sampai. Alhamdulillah, jalan tak sesak.

Sampai je kat kampung, hero2 terus tak duduk diam. Bukan main suka lagi mereka kerana bebas nak buat apa2. Si kecik tu awal2 lagi dah gi cari ayam dan air.... Hubby pulak melayan kerenah mereka sambil berbual2 dengan adik-beradik yang ada. Saya?? Kena turn memasak le pulak!!! Emak dan adik ipar dah siap masak kuah kacang dan rendang. Atok dah siap rebus ketupat. Saa pulak kena masak kuah lodeh dan ayam kicap bercili.

Berbuka puasa hari ni kami makan ketupat dan jugak makanan yang dihantar oleh saudara-mara dan jiran terdekat.
Ini 3 orang hero saya yang dah sedia nak gi sembahyang sunat Aidil Fitri. Tapi si kecik tu tak leh pergi lah, mengacau je nanti!

Balik dari sembahyang, pergi ziarah ke pusara atok dan nenek (nyai dan ya'i).

Ini Pak Tam dan anak2 sedaranya...

Macam yang saya cerita dulu, lepas Zohor barulah kami berkumpul semua adik-beradik bersama keluarga masing2 untuk bersalam-salaman dan bergambar sebelum pergi beraya ke rumah adik-beradik emak dan abah yang dekat2.

Saya dan hubby tengah "mengadap" emak dan abah...

Cucu2 atok tengah beratur untuk bersalaman dengan atok dan nenek..dan jugak emak & bapa saudara untuk menuntut duit raya!!!.

Inilah keluarga besar kami, cuma Pak Teh dan family je yang tak ada sebab tahun ni turn Pak Teh beraya kat rumah mertua di Felda Adila... Kurang 4 orang!!

Inilah emak, abah dan adik-beradik hubby. 7 hero (kurang sorang)!!!!

Inilah cucu-cucu atok dan nenek!!!

Ini masa beraya kat rumah Mak Lah, bertembung dengan family sepupu (Nor).

Apalah yang ditunjukkan oleh si Aidid tu...

Ini kat rumah Mak Long...

Satu petang kami berjalan ke rumah saudara-mara dan jiran terdekat, penat! Rumah terakhir yang kami kunjung ialah rumah Mak Long. Itupun emak dah tak ikut, dah tak larat katanya. Sampai aje rumah, terus mandi-manda, menyegarkan diri semula...

Friday, October 3, 2008

Selamat Hari Raya 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin....

Salam lebaran untuk semua pengunjung.

Hari ni dah masuk hari ke-3 Syawal. Maknanya dah 3 hari kita berhari raya. Bila pulak nak start puasa 6???